Sunday, July 30, 2017

Mencuba MRT (Line 9)

Penulis mencuba MRT dari Cheras menaiki bas feeder T401 ke stesen Cochrane. Tetapi sebaik melalui Maluri, penulis turun. Tambang RM1.00 dan pengguna T&G perlu menyentuh semasa turun jika tidak mahu di potong RM3.00.


MRT (SBK) yang baru dibuka ini menggunakan warna hijau muda. Bas feeder yang disediakan berkeliling dalam laluan berlawanan.


Nampaknya MRT belum selesai digilap selepas pemasangan. Stesen MRT Maluri terletak di bawah tanah.


Suasana mirip stesen-stesen MRT di Singapura.


Nuansa Singapura kelihatan kental namun pengiklanan di masa depan mampu mencorak suasana yang lebih KL.


Ramai penumpang terdiri dari kaum Cina bagi laluan arah Kajang yang akan ditempuh ini.


Penulis berniat ke Kajang bersiar dengan kad T&G dan menaiki komuter ke Bandar Tasik Selatan.


Pengguna di galakkan memiliki kad T&G bagi memudahkan pergerakan dan niat persinggahan.


Seperti LRT, MRT menggunakan landasan standard 1.4 meter lebar.


Penggunaan MRT pada hari ini nampaknya tinggi dan mencapai kapasiti.


Ramai dari mereka adalah kalangan ingin mencuba dan terdiri majoriti dari kaum Cina yang turun di Kajang.


Pembinaan MRT (Line 9) ini menelan belanja RM21 billion. Nilai ini menurut kiraan inflasi dan kadar tukaran asing, bernilai  RM7.4 billion 20 tahun lalu.


Kaca cermin pintu yang panjang ke bawah memberi sudut pandang lebar keluar.


Penggunaan MRT dilihat amat menggalakkan pada usia pembukaannya.


Namun pemandangan di Kajang sedikit menggambarkan kemunduran.


Namun masa depan pastinya berubah.


Tambang yang dipotong dari T&G dari Maluri ialah RM1.70. Perjalanan mengambil masa 31 minit. 


Stesen Kajang diintegrasikan dengan Stesen Komuter Kajang yang terletak dalam sektor Seremban - Batu Caves yang selepas ini dikenali Line 1.


Stesen MRT Kajang masih belum digilap semasa pembukaannya.