Monday, May 06, 2013

Masih Belum Mengerti Sebab Keputusan PRU13 ?



Allah itu sebaik-baik hakim. Dia lah seadil-adil pemberi keputusan. Namun keputusan PRU13 ini cukup jelas jika dilihat dari mesej yang boleh kita fahami.


1. Tumbangnya pemimpin PAS yang mengatakan tidak kepada kerjasama UMNO-PAS

2. Penguasaan non-Muslim ke atas institusi pembangkang menguat. Islam minoriti kecil.

3. BN rampas Kedah, PR Tambah kerusi Parlimen.

4. Puak yang menuduh org lain perkauman, kini terperangkap dalam kekangan perkauman.

5. Orang Islam yang mahu menjatuhkan pemerintahan orang Islam diperdaya bukan Islam.


Mesej jelas ialah, bukankah ini arahan 'dari atas' supaya orang Islam di negara ini kembali bersatu? Masa diberi, 5 tahun dari sekarang. Tanpa kuasa politik mencukupi, tidak ada gunanya berdegar-degar memperjuangkan Islam dalam pentadbiran. Fikirkan.

Pengundi Tambun Beri Mesej Jelas Kepada Husni



Tahniah teman ucapkan kepada Ahmad Husni Hanadzlah atas peningkatan majoriti kemenangan dari 5000 lebih kepada hampir 10,000 di Parlimen Tambun.

Namun penzahiran itu nampaknya menunjukkan ada perubahan corak mengundi pemilih dalam Parlimen Tambun apabila calon UMNO bagi kerusi Parlimen Tambun, 'menang besar' tetapi untuk kerusi DUN Manjoi di dalam parlimen tersebut, nyaris kalah.

Jika sepanjang masa 5 tahun kebelakangan ini Manjoi ditatang bagai minyak yang penuh pun nyaris memberi kekalahan kepada UMNO, teman hanya senyum sajalah.

Nampaknya ramai yang mengundi Husni di peringkat Parlimen tetapi memilih pembangkang di peringkat DUN di Manjoi. Malah undi rosak melebihi undi majoriti.

Ini memberi mesej jelas kepada Husni bahawa kerja cemerlangnya dinilai pengundi ke atas dirinya sahaja, bukan partinya. Maka di lain masa, adalah tidak molek untuk meletakkan calon yang dirasakan sesuai tanpa memerhatikan kehendak rakyat pengundi secara keseluruhannya.

Mujur sahaja Hulu Kinta ditandingi PKR dengan calon India.

Apapun, tahniah kepada UMNO kerana berjaya mempertahankan Parlimen Tambun dan kerusi-kerusi DUN dalam parlimen tersebut.



Pakatan Rakyat Mulakan Himpunan Haram Malam Ini

Siapa yang marah? Rakyat? Atau Anwar yang marah? 

Sepatutnya Cina-cina lah yang marah kepada Melayu Pakatan Rakyat kerana menipu mereka kononnya mereka bakal menang. 

Akibat dari itu, Cina-cina ini berpusu-pusu mengundi DAP. Tetapi malang sekali, mereka ditipu PKR dan PAS.

Akibat Cina-cina kini dituduh bangsa rasis tak kenang budi.

Akibatnya Cina-cina kini apabila berselisih dengan orang Melayu, tiada lagi rasa kebersamaan.

Akibatnya, Cina-cina terus semakin teruk dilabel pendatang cuba merampas kuasa di kedai-kedai kopi dan pejabat-pejabat.

Nah sekarang himpunan apa lagi? 

Berhimpun untuk memuji -muja negara Fiji yang dijadikan kiblat?

Inilah kacau bilau pertama yang ingin dicetuskan oleh puak-puak pembangkang malam ini.


Adakah Cina Pengundi DAP Sekarang Benar-Benar Gembira?

Mesej jelas telah ditujukan ke seluruh dunia. Cina menolak BN. Cina menolak untuk meletakkan wakil mereka dalam kerajaan.

Cina telah berpusu-pusu menyokong DAP kerana apa? 

Menurut seorang penganalisis kedai kopi, orang-orang Cina segera mengundi DAP kerana terlalu dihebohkan kisah kononnya Pakatan Rakyat akan mengambil alih pemerintahan negara.

Mereka perlu memangkah DAP kerana jika Pakatan Rakyat memerintah, suara mereka kurang dalam kerajaan persekutuan.

Malangnya mereka ditipu oleh orang Melayu dalam pihak pembangkang. Melayu PAS dan PKR tidak habis membuat kajian, terlalu yakin bahawa mereka akan menang dan sentiasa meyakinkan segmen Cina dalam Pakatan Rakyat bahawa mereka perlu memberi mandat kepada DAP.

Hasilnya, Melayu berpusu menyokong UMNO dan Cina berpusu menyokong DAP.

YANG UNTUNG DALAM HAL INI HANYALAH DAP. YANG JELAS KELIHATAN KARAT TERUSLAH MELAYU DALAM PAKATAN RAKYAT. DIPERKUDAKAN SEHINANYA.

Ramai tertanya-tanya, apakah pentingnya lagi MCA dan Gerakan di dalam BN? Bahkan ramai yang menyangka-nyangka, seandainya UMNO dan BN tumbang, kedua-dua parti ini akan segera memeluk Pakatan Rakyat.

Semoga Melayu Pakatan Rakyat terus sedar bahawa mereka merugikan parti -parti mereka sendiri dan menguntungkan DAP.

Namun lain pula halnya di Perak. Kerajaan 97% Melayu tercipta akibat tangan orang Cina sendiri. 

Persoalannya, adakah orang Cina di negara ini hari ini bergembira? Atau mereka berduka tiba-tiba apabila menyedari mereka tidak ada wakil yang signifikan dalam kerajaan?