Tuesday, August 18, 2009

Timbang Rasa? Masa Berdemo Tak Reti Pulak Timbang Rasa?

Utusan Malaysia, Selasa, 18 Ogos 2009

Bertimbang rasalah - MB

KUALA SELANGOR 17 Ogos - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta penduduk Seksyen 23, Shah Alam. bertimbang rasa menerima keputusan kerajaan negeri membina kuil di atas tanah seluas 0.2 hektar berhampiran kawasan perumahan tersebut.

''Kita hidup dalam masyarakat majmuk, bertimbang rasalah,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persiapan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada 330 fakir miskin di Masjid Nurul Iman, Kampung Batu 8, Ijok di sini semalam.

Menurut Abdul Khalid, kuil itu sebenarnya dialihkan dari kawasan lain dan selepas beberapa perbincangan dibuat, ia diputuskan dibina di Seksyen 23.

"Jadi bila kena alih, boleh jadi penduduk di tempat yang kena alih senang hati dan orang yang di tempat yang kita nak bawa itu pula yang tidak suka," katanya.

Ulasan

Bertimbang rasa? Cubalah bina sebuah masjid di tengah penempatan Hindu dinegara ini, dan lihat apa reaksi mereka?

Kenapa apabila melibatkan isu orang Islam, bertimbang rasalah, bersabarlah, beritulah, berinilah, tetapi perkataan 'bertimbang rasalah' tak pernah keluar ketika semangat untuk mengadakan demonstrasi membuak-buak walaupun ia mengakibatkan kerugian sementara kepada pihak lain contohnya peniaga-peniaga?

Bila tertegak sebijik tokong hindu ditengah-tengah kawasan Melayu, berhampiran sebuah surau, ia bukan kerugian sementara, malah kerugian selama-lamanya. Dengan kebisingan loceng pada waktu Maghrib, kesesakan yang diundang oleh penganut yang terpaksa ke situ serta bau-bauan colok yang tidak bersesuaian dengan adat resam Melayu, Khalid Gagap boleh berkata " bertimbang rasalah?"

Cuba tegakkan sebijik tokong hindu di laman rumahnya yang besar tu. Sejauh mana Khalid Gagap akan bertimbang rasa dengan ktang kting ktang ktung loceng yang akan diperdengarkan tok sami hindu tanpa ada sedikitpun 'timbang rasa'. Itu belum masuk pesta pecah kelapa.


Orang Melayu Selangor harus tahu siapa patut diundi. Jika tidak suka Khir Toyo, bukan itu sebabnya untuk tidak mengundi BN untuk mentadbir negeri. Lain orang boleh bikin kasi jadi MB. Aiyo hindu surpa cakap suda.