Saturday, March 07, 2009

PR Jadi Bahan Ketawa Di Perak

Sebenarnya, sesiapa pun boleh membuat laporan polis ke atas seseorang yang dikira melakukan perbuatan seleweng. apa lagi sesuatu yang membawa kepada kekacauan ke atas ketenteraman sedia ada.

Rakyat Perak tidak kira siapa, yang berasa tersinggung atau kurang senang terhadap perbuatan sesetengah ahli politik, boleh melaporkan kepada polis tentang memohon agar langkah membanteras diambil segera.

Contohnya, laporan polis ke atas Pakatan Rakyat yang mengganggu urusan kehidupan rakyat boleh dibuat bagi mengesahkan kerugian yang dialami dengan tunjuk perasaan mereka. Ia juga bentuk kekacauan yang merosakkan urusan sesetengah pihak sehingga kerugian. Pihak ini wajar membuat laporan polis bagi menuntut apa apa kerugian.

Telah menjadi sandiwara kedai kopi betapa Pasir Dua Butir telah menjadi nama rasmi negeri Perak. Pakatan Rakyat mendapat malu besar. Kemaruk kuasa melampaui adab hidup beraja dan mereka mula bersifat anti feudal.

Hinggakan untuk melepak diwaktu petang di tepian padang, boleh menggunakan ayat " Jom buat sidang DUN bawah pokok!"

Itulah penghinaan yang diperoleh PR dengan sikap kartun mereka, Ketaksuban membuka undang-undang mengikut pemahaman mereka mengakibatkan mereka terlupa bahawa rakyat mula mengkaji perlembagaan negeri.

Akibatnya, mereka telah menyangka bahawa mereka yang paling pandai walhal mereka tidak.