Thursday, April 28, 2011

Kenaikan Ringgit Mendadak Membimbangkan

Kenaikan ringgit dipasaran tukaran asing perlu diberi perhatian oleh semua. Adakah ini menguntungkan? Atau apakah ada pihak terdesak yang memainkan permainan 1997 untuk memain permainan ini sekali lagi?

Jika benar Bank Negara membeli ringgit dipasaran dan tahu apa yang perlu dilakukan demi ekonomi negara, berita itu mungkin melegakan.

Tetapi bagaimanakah jika sahabat manipulator George Soros padaa tahun 1997 mengulanginya semula. Ringgit dibeli oleh pihak lain sehingga kemudiannya melambakkan ke pasaran dunia hingga jatuh teruk.

Ringgit meningkat ke 2.89 berbanding dollar tiga hari selepas ia naik ke 2.99. Dalam tempoh itu, Ringgit naik dari 2.45 ke 2.37 berbanding dollar Singapura.

Tiga hari sebelumnya, setiap ringgit berharga 2941 Rupiah. Hari ini naik ke 3257. Seringgit pertama kali bernilai lebih 10 Baht sejak lebih 15 tahun manakala di Arab Saudi, setiap ringgit menghampiri 1.33 Riyal.

Rakyat perlu dijelaskan tentang apa yang sedang terjadi kerana pensabotaj negara kini terperangkap dalam mainannya sendiri dan ia pasti mempunyai hasad yang busuk untuk negara ini.