Thursday, August 29, 2013

Bila Cina Tuduh Melayu Pendatang



AIDCNews – Ketua wanita DAP, Chong Eng menuduh orang Melayu juga pendatang sama seperti orang Cina dan India di Malaysia. 

“Fikiran di dalam buku ini..yang saya khuatir ialah ia menggambarkan bahawa orang Cina, orang India adalah pendatang dan orang Melayu adalah tuan tanah di dalam Malaysia ini. 

“Yang sebenarnya..Melayu (juga) adalah datang dari luar Malaysia. Yang betul-betul orang asal di sini ialah orang asli,”katanya kepada KiniTV. 

Kenyataan Chong Eng pada tahun 2011 itu disifatkan blog the Unspinners sebagai kenyataan bodoh yang buta sejarah. 

Dzulkarnain Mohd Taib, Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) ketika ditemui baru-baru ini mendedahkan terdapat usaha terancang pihak tertentu mahu menghapuskan identiti Melayu-Islam di Malaysia. 

Menurutnya Malaysia adalah bumi Melayu sebagaimana nama asalnya Persekutuan Tanah Melayu dan ia sebahagian kepulauan Melayu Nusantra. 

“Pada 2004, National University of Singapore, penulisnya bernama Timothy P. Bernard telah menulis satu buku yang bertajuk “Contesting Malayness : Malay Identity Across Boundaries”. 

“Kita tahu siapa di belakang buku itu, seorang tokoh pemimpin veteran Singapura. 

“Buku itu mengatakan bahawa bangsa Melayu itu tidak wujud. Bahawa bangsa Melayu itu diwujudkan hanya di atas dasar politik, untuk kepentingan politik. Kita tidak akan jumpa buku ini di negara kita kerana diharamkan di Malaysia tetapi telah dijual berjuta-juta naskah di luar negara. 

“Kalau kita pergi ke muzium Singapura, kita akan lihat pertama kali kita melangkah, (ditulis) ‘Melayu bodoh..Melayu rasuah..Melayu lanun…Melayu perompak’, itulah imej yang diberikan Singapura kepada setiap pengunjung muzium itu, meracuni pemikiran rakyat mereka sendiri dan para pelancong. 

“Bangsa Cina yang mendominasi Singapura, mereka amat mencemburui bangsa Melayu,”katanya. 

Baca selengkapnya, sila klik di sini

Tanda Putera : GSC Tunduk Kepada DAP Pulau Pinang



Shuhaimi Baba bersuara,pawagam GSC boleh diharamkan di Malaysia.

Pengarah filem kontroversi Tanda Putera Shuhaimi Baba berkata, pawagam yang menyekat tayangan filemnya tanpa persetujuan boleh ditarik lesen pawagam oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Ini kerana, tambah Shuhaimi, filem itu berada bawah skim wajib tayang.

"Setakat ini kita tidak ubah apa-apa dan tayangan di Pulau Pinang akan diteruskan kerana filem ini di bawah skim wajib tayang.

"Bagi pawagam yang menarik balik tayangan tanpa sebarang persetujuan daripada pihak kami atau Finas, tindakan menarik balik lesen pawagam boleh kenakan," beliau dipetik sebagai berkata kepada media.

Rangkaian pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) hari ini akur dengan "arahan" kerajaan Pulau Pinang untuk tidak menayangkan filem itu di kesemua panggung wayangnya di Pulau Mutiara itu.

Menurut kenyataan GSC pagi ini, syarikat berkenaan akan memulangkan wang pelanggan yang telah membeli tiket lebih awal.

Sumber: utaranews.
Post: Tok Guru.

3 Sekeluarga Dibunuh Di Dengkil


 3 sekeluarga dibunuh. Mencabar pihak berkuasa ketika Ops Cantas ?


PM bersuara tentang pendedahan kongsi gelap.


Waytha Moorthy diberi 'amaran' oleh PM. 

Pembanterasan penjenayah perlu disokong sepenuhnya oleh segenap lapisan masyarakat.



Umum nama kongsi gelap demi keselamatan rakyat - PM



PUTRAJAYA 29 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan kerajaan mengumumkan senarai 49 pertubuhan haram termasuk kongsi gelap sebagai langkah untuk menjamin keselamatan rakyat.

Tegas Perdana Menteri, pengumuman tersebut bagi memenuhi kehendak rakyat yang mengharapkan tindakan tegas dapat diambil terhadap kumpulan penjenayah berkenaan.

"Rakyat mengharapkan tindakan yang tegas dapat diambil. Jadi ini semua adalah ketetapan yang dibuat oleh kerajaan supaya sesuatu dapat kita lakukan secara bersungguh-sungguh dan menyeluruh," kata Najib.
Beliau bercakap dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera di sini hari ini.

Kementerian Dalam Negeri hari ini mengumumkan kesemua 49 kumpulan haram dan kongsi gelap melibatkan 40,313 ahli yang bergerak aktif dalam kegiatan jenayah dadah, bunuh, peras ugut dan pergaduhan di seluruh negara.

Sementara itu Perdana Menteri menegaskan Op Cantas Khas yang dijalankan oleh pihak berkuasa sejak dua seminggu lalu bukan suatu operasi pemburuan.

"Rakyat mahu hidup dalam suasana yang bebas dari ketakutan, justeru kita perlu membenteras jenayah terutama jenayah terancang.

"Rakyat mesti dapat hidup dalam sebuah negara di mana mereka dapat merasai keselamatan, ini tidak akan kita kompromi. Malahan saya meminta Polis Diraja Malaysia tindakan ini dilakukan secara berterusan," kata beliau. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130829/dn_26/Umum-nama-kongsi-gelap-demi-keselamatan-rakyat---PM#ixzz2dLmEZFCD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiga Line Diharamkan

PUTRAJAYA 29 Ogos - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan senarai 49 kongsi gelap yang mempunyai keanggotaan seramai 40,313 ahli dan aktif beroperasi di seluruh negara.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, antara senarai kongsi gelap tersebut ialah Geng 007, Tiga Line dan Geng 30 yang majoritinya dianggotai oleh kaum Melayu.

Katanya, bagi kebanyakan kaum India pula menganggotai Geng 04, Geng 21, Geng 24, Geng 08, Geng 18, Geng 35, Geng 36, Geng 303 dan Geng Satu Hari.

"Kaum Cina di Semenanjung ramai menganggotai Geng 24, Geng 18, Geng 36, Geng 21, Ang Soon Thong, Wah Kee, Sio Sam Ong, Hong Hong San, Pneh, Hai San, Sin Ang Bin, New Cell 20, Jit It Hai, Sio Koon Tong, Gee Lam Kor, Gee Ah Heng, Loh Kuan, Tiang Yee Tong dan Geng Leng Hor.

"Kumpulan di Sabah pula ialah Atap, Hung Ann, Sui Yuk, Wah Kee, Otai dan Borneo Red EMP manakala, di Sarawak ada 16 pertubuhan iaitu Ah Ngau, Batu Tiga, Ah Feng, Batu 10, Sibu Ti, Ah Seng, Ah Chin, Lee Lung, Lo Han, Sungai Merah, Sungai Badut, Ting Ching Lee, Tua Cak Lee, Teksi Station, Pintu Merah dan Krokop," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahim, pihaknya telah mengisytiharkan kesemua pertubuhan tersebut sebagai haram dan menyalahi undang-undang mengikut seksyen 5(1) Akta Pertubuhan 1966 berkuatkuasa semalam. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130829/je_09/Senarai-49-kongsi-gelap-dengan-40313-ahli-diumum#ixzz2dLTRmNHU
© Utusan Melayu (M) Bhd