Sunday, January 11, 2015

Rakyat Singapura berang dihina pekerja asing Filipina

Singapura digemparkan minggu lalu dengan perlakuan seorang jururawat lelaki dari Filipina yang bekerja di Hospital Tan Tok Seng, mengutuk keras warga Singapura dengan kenyataan penuh benci.

Selain itu dia juga menghina laungan Allahuakbar yang menyebabkan kerajaan Singapura menganggap ianya ancaman terhadap kepelbagaian masyarakat beragama di Singapura.

Lelaki tersebut turut dikecam keras oleh segenap warga Singapura yang bersatu

tanpa mengira bangsa yang bersatu mempertahankan negara mereka di media sosial.

Pinoy ini akhirnya dipecat oleh Hospital tempat dia bekerja setelah mengaku perbuatannya itu walaupun sempat menyebut akaun Facebook nya diceroboh.



Seperkara lain yang patut kita kagumi dengan Melayu di Singapura ialah, walaupun dikatakan ditindas, hidup tanpa keistimewaan, dengan jumlah 14% dari populasi, mereka hari ini telah menjadi pengkritik yang disegani, didengari, lantang dan jarang disanggah di media sosial. Malah mereka mampu mengajak kaum Cina sewarganegara mempertahankan nilai-nilai Singapura yang cuba diganggu oleh pendatang asing.