Thursday, January 05, 2012

Ikuti Ipoh Malay di Twitter

Klik untuk pautan ke @ipohmalay

Menjawab tweet LKS tentang artikel 'How Sincere is Najib'

Sindiran kepada Anwar

Menjawab tuduhan Skupangduas tidak mnghormatinya.

Menyindir kedua-duanya yang saling bermesraan di mahkamah selepas Nga memfailkan saman ke atas seorang blogger.

Menyindir Anwar

Menyindir Anwar

Menyindir Nizar tentang tweet nya yang menyebut gelombang sokongan ke atas mereka di Sabah meningkat. Tingkat mana? Mangkuk tingkat!

Singapura Potong Gaji Ahli Parlimen Dan Menteri

President, MPs react to pay cut
Posted: 04 January 2012 1847 hrs

SINGAPORE: Singapore's President Tony Tan Keng Yam has welcomed the recommendations of the Ministerial Salaries Review Committee announced on Wednesday. (Presiden Singapura, Tony Tan Keng Yam (gambar) mengalu-alukan cadangan Jawatankuasa Mengkaji Gaji Menteri yang diumumkan pada hari Rabu.)

In a statement, a spokesman for the Office of the President said Dr Tony Tan has informed the prime minister he will adopt the president's salary as recommended by the committee, backdated 1 September last year, the day he was sworn into office. (Jurucakap Presiden dalam pengumumannya menyebut, Dr. Tony Tan telah memaklumkan Perdana Menteri, dia akan menerima gaji presiden seperti yang ditetapkan oleh jawatankuasa berbalik ke tarikh 1 September 2011, ketika dia dilantik ke jawatan tersebut.)

Meanwhile, Member of Parliament (MP) for Jurong Group Representation Constituency (GRC) David Ong said: "Personally, for me, with the reduction of the MP allowance and removal of the GDP Bonus, it won't affect my performance at all, as an MP. (Sementara itu, Ahli Parlimen bagi Kawasan Wakil Rakyat Berkumpulan (GRC) bagi Jurong, David Ong berkata; " Secara peribadi, pemotongan elaun Ahli Parlimen dan Bonus GDP, tak akan memberi kesan terhadap tugas saya sebagai Ahli Parlimen.)

"I'm elected to serve the people of Singapore, my residents in Jurong GRC, and I'll continue to do that. ("Saya dipilih untuk berkhidmat kepada rakyat Singapura, di kawasan kediaman saya di GRC Jurong, dan akan terus melakukannya.)

Mr Ong added he believes there are Singaporeans who will be prepared to step forward and serve the country despite significant cuts to political salaries. (Ong menambah, dia percaya yang ada rakyat Singapura yang tampil untuk berkhidmat untuk negara walaupun berhadapan potongan gaji ahli politik yang agak signifikan.)

Mr Ong told MediaCorp it is important that the financial sacrifice, however, not be too steep as this will affect the government's ability to attract top-calibre leaders. (Ong memberitahu MediaCorp yang pengorbanan kewangan itu amatlah penting, namun, tidaklah terlalu besar kerana ini memberi kesan kepada kerajaan untuk menarik pemimpin berkaliber.)

"There will be some challenges, but hopefully with this adjustment of the pay package we can attract people with the heart to want to serve and give a little bit more discount in terms of their material gains, and step forward to serve the country," he said. ("Akan ada cabaran-cabaran, namun harapnya dengan penyelarasan pembayaran kita akan menarik rakyat yang mahu berkhidmat dan turut memberi diskaun dalam bentuk material seterusnya membolehkan mereka berkhidmat untuk negara.)

MP for Tampines GRC Baey Yam Keng said: "It has been quite a sore point for many people over the last few years, so I think anything less than 20 per cent would not mean anything." (Ahli Parlimen GRC Tampines, Baey Yam Keng berkata " Terlalu berat apa yang telah dilalui oleh ramai orang sejak beberapa tahun kebelakangan ini jadi saya rasa potongan kurang dari 20% tidak memberi apa-apa erti".)

"We're looking at 30 per cent (cut) and for the president, 50 per cent -- I think it's a very strong signal, and I believe the public would see some sincerity."("Kami mahukan potongan 30% dan untuk Perdana Menteri, potongan 50% -- saya rasa itu cukup untuk memperluhatkan kepada rakyat ketulusan kerajaan.")

- CNA/wk

Kepahitan Zaman Pemerintahan DAP di Perak XI

Hari ini, 5 Januari 2012, genap 3 tahun selepas posting di bawah tersiar di blog ini. Ia masih menjadi iktibar besar buat kita dan seluruh anak bangsa bagaimana keadaannya apabila DAP memerintah Perak.

Ironis sekali tarikh ini adalah genap 1 bulan sebelum runtuhnya Kerajaan DAP di Perak. Sebab itulah anda dapat mengagak mengapa orang Melayu di Perak tidak menentang besar-besaran perubahan pemerintah di Perak pada ketika itu yang kononnya 'coup-de-etat' menurut Nizar Jamaluddin.


ISNIN, JANUARI 05, 2009

Kerajaan Perak Semakin Zalim

Pemerintah yang zalim nescaya akan diberi penghinaan di dunia apatah lagi di akhirat. Bahkan, yang menyokong mereka juga tidak mungkin akan terkecuali.

Kerajaan DAP di Perak melalui kesepakatannya dengan PAS kali ini bertindak di luar batas manusiawi dengan mengarahkan penutupan Tabika Kemas yang membabitkan 700 buah premis, kira-kira 13000 murid dan beratus-ratus guru KEMAS yang mungkin kehilangan perkerjaan.

Ya, kini sekolah-sekolah rendah telah menawarkan pendidikan pra-sekolah. Tetapi wajarkah anak bangsa yang tinggal di pendalaman yang mana selama ini memiliki Tabika Kemas, terpaksa keluar jauh untuk mencari sekolah rendah? Kerajaan Perak adalah kerajaan negeri paling kejam di negara ini!

Apakah murid-murid tabika ini diajar siapa UMNO siapa PAS siapa DAP? Apa nasib beratus-ratus pendidik anak bangsa yang tidak lagi dapat mencurahkan bakti?

Apakah kerajaan BN pernah mengarahkan PASTI yang terang-terang tegak atas nama PAS supaya ditutup?

Mengapakah anak Melayu yang 90% mengikuti pra-sekolah di Tabika Kemas dinafikan hak mereka?

Ini merupakan diskriminasi besar apabila kindergarten-kindergarten persendirian yang diragui corak pembelajaran dan halal haram makanannya seperti tajaan syarikat besar contohnya di Tiger Lane, Ipoh, mula tumbuh bersepah-sepah.

Begitu juga Tadika-tadika Methodist yang menyebarkan agama Kristian secara halus.

Jika tadika-tadika yang dikatakan berlatarbelakangkan parti politik perlu ditutup, tadika-tadika kendalian PAS juga perlu ditutup kerana pernah satu masa dahulu tersiar bahawa kanak-kanak tadika PAS di ajar supaya membenci sesetengah pemimpin Islam.

Kerajaan Perak mula mengambil pendekatan totalitarian, kuku besi dan menindas kurang setahun mereka merampas, merogol dan meliwat tampuk pemerintahan negeri. Rakyat Perak akan bangkit sedikit masa lagi.

Kebiadapan MPPP Bina Tandas Berupa Surau

Agaknya kerana ghairah memberi contoh kebiadapan DAP Pulau Pinang dalam mempersenda umat Islam negeri ini (yang dilihat menentang pemerintahannya), maka DAP Pulau Pinang, melalui MPPP , membina sebuah tandas berbentuk seperti surau jika sekali imbas.

Mungkin telah ramai yang bersegera ke situ kerana menyangka ianya musola, tetapi terkejut apabila mendapati ia sebenarnya adalah sebuah tandas berdasarkan apa yang tertulis di dahi bangunan.

Kotor jijik dan jorok pemikiran mereka yang membina binaan ini dengan niat yang jahat. Sudahlah binaan ibarat surau, diwarnakan hijau seperti warna Islami, mungkin bertujuan memanggil Muslimin yang ingin bersolat supaya mereka dibodohkan.

Disangka surau rupanya tandas
WARTAWAN SINAR HARIAN
January 2, 2012

GEORGETOWN – Mungkin tidak patut rasanya apabila tandas yang merupakan tempat membuang najis dan kotor dibina menyerupai bentuk sebuah masjid dan surau.

Namun, itulah realitinya yang terjadi di Jalan Padang Polo apabila bumbung tandas awam milik Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) direka seakan kubah masjid dan kelihatan seperti surau kecil.

Ketua Penerangan Pas Tanjung, Rashidi Salim berkata, pihaknya menerima aduan orang ramai mengenai bentuk bumbung tandas berkenaan.

Menurutnya, walaupun tandas awam itu dibina sejak 2000 dahulu namun kerajaan sekarang patut mengambil tindakan dengan mengubahnya kepada yang lebih baik.

“Isu tandas yang menyerupai rumah ibadat sememangnya sensitif, kami bukan perkauman tetapi apabila anda sendiri sebagai umat Islam melihat tandas yang mempunyai bentuk seakan masjid atau surau, apa perasaan anda?.

Bacaan lanjut : Sinar Harian (Utara)