Monday, April 20, 2009

Nizar Diberi Didikan Diraja

Penulis tak siasat sama ada Nizar Jamaluddin memenuhi jemputan Sultan Perak ke Istana Iskandariah semalam,tetapi yang jelas, Sultan Perak dan Raja Nazrin mahu sekolahkannya.

Sultan Azlan membahasakan kenyataan sulungnya selepas baginda berkeputusan untuk menitahkan Nizar meletak jawatan hasil mahsul separuh ADUN tidak percayakannya lagi Februari lalu.

Nizar perlu sedar bahawa Sultan adalah empunya negeri dan prerogatif baginda lah yang mahu menghentikan proses demokrasi terpimpin bukan pribumi yang telah diperintah kerajaan Perak selama 500 tahun.

Jemputan ke atas Nizar Jamaluddin adalah penghargaan kepada Ahli Parlimen Bukit Gantang itu sendiri kerana dipanggil untuk mendapat didikan diraja. Didikan yang perlu bagi seorang politikus junior yang dahulunya kalah merata-rata di kawasan ditandinginya.

Ibarat red indian dapat senapang, apabila berkuasa, institusi beraja dipinggirkan oleh Nizar. Institusi beraja Perak terpaksa menunggu Hari Keputeraan Sultan Azlan untuk memberitahu bahawa negeri ini bukan kepunyaan mana-mana parti politik.

Kesukaran memahami hakikat ini adalah akibat terlalu terpengaruh dengan 'politik merampas' sebuah parti sosialis pimpinan kaum Cina yang mana, tiada istilah feudalisma. Feudalisma tiada dalam sosialis.

Penolakan ke atas institusi beraja akan terus diperhebat oleh gerakan sosialis yang bertopeng parti DAP.

Hari ini DAP mengajar orang Cina untuk meruntuhkan Raja-raja Melayu dan ianya memerlukan kebangkitan orang Melayu sendiri untuk menolak Malayan Union teknik baru.

Ini bukan satu bentuk rasisma. Konsep 1Malaysia menolak unsur anti-feudalisma. Anda sebagai seorang warga sebuah negara berpelembagaan, mengetahui bahawa Perlembagaan itu sendiri di bawah kuasa raja. Jadi, soalnya, anda bersama negara atau anda bersama musuh negara?

Sebab itulah ahli PAS bawahan berani menyebut " sistem komunis lebih adil dan lebih baik ".

Dunia telah dibolak-balikkan Allah SWT untuk tapisan akhir zaman.

Nota : Tahniah Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Ahli Parlimen Tambun, dan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak, ADUN Pangkor, atas kurniaan anugerah yang membawa gelaran Datuk Seri oleh Sultan Perak sempena hari keputeraan baginda, 19 April 2009.