Tuesday, January 11, 2011

Harakah Menipu Lagi. Malaysia Kononnya Hampir Muflis.

Serakahdaily sekali lagi memulakan permainan menipu mereka. Sebelum ini dengan kisah Alex Ong dan Robingah (yang mereka masih terdiam), kali ini dengan isu Malaysia di gerbang kemuflisan.

Mereka menuduh bahawa penjualan bon akan memufliskan negara tetapi mereka tidak mengkeji bahawa tindakan tersebut telah lama diamalkan bagi memperoleh sebuah negara yang kita dapat hari ini.
Malaysia sedang menuju gerbang muflis
Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 11 Jan: Malaysia sememangnya sedang menuju ke gerbang kemuflisan jika Umno BN terus berhutang sewenang-wenangnya seperti sekarang, tetapi bukanlah disebabkan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat.

Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tuduhan Perdana Menteri bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, Umno BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung.

Menurut Ketua Umum PKR itu, laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50 peratus buat kali pertama dalam sejarah negara.

Katanya, kenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan Rakyat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi Umno BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta.

Teman nak tanya, kalau Malaysia di gerbang kemuflisan, apakah PAS dapat mengeluarkan fakta dari Unit Perancang Ekonomi mereka sendiri selain dari penulisan yang sesuai untuk orang tidak ke sekolah?

Oh. Lupa. Parti cap telur mana ada pakar ekonomi. Semua 'pakar ekonomi' nya adalah ahli politik anti-establishment yang berkepentingan dengan pelobi Zionis.

Buktikan bagaimana Malaysia mampu menuju tahun 2020 dengan cara PAS. Tetapi PAS yang jelas meletakkan Kelantan atas sedikit dari garisan kemuflisan terlebih dahulu kemudian kini memomokkan ketakutan. Padahal infrastruktur Kelantan selama inipun dibiaya oleh Pusat.

Bagaimana pula penjawat awam yang setia menjilat PAS yang mendesak kerajaan meminjam supaya bonus mereka dibayar?

Pada masa yang sama, penyokong PAS menyebut Malaysia mempunyai banyak wang. Pada masa yang sama juga mereka menyebut Malaysia banyak berhutang.

Pada masa yang sama, mereka mendesak ahli politik kerajaan mengisytihar harta. Pada masa yang sama mereka berpendapat harta mereka tidak perlu diisytiharkan.

Sekiranya Malaysia tidak mempunyai apa-apa perancangan masa depan tanpa ada apa-apa pendapatan kecuali rompakan pasir dan rumah pelacuran seperti negeri Selangor, teman yakin Malaysia di gerbang kemuflisan.

Tetapi hari ini, pak lebai toreh getah pun jual sekerap ikut harga semasa. Muflis apa kebendanya? Kalau hampir muflis, tentulah semua peladang getah dan sawit dikenakan cukai pendapatan yang tinggi kerana pendapatan mereka yang compang-camping ini menyamai pegawai kerajaan bertali leher sepanjang hari.

Interlok Tiada Elemen Rasis - Anwar

Anwar membuat percubaan rasionalnya pertama kali dalam tempoh 13 tahun dengan enggan berada di pihak Tamil dalam bantahan mereka (yang tidak faham bahasa Melayu dengan baik) ke atas novel Interlok.

Sebelum ini, asal apa yang dibantah kaum India, dia akan berada di sana menyokong mereka walaupun atas dasar taktik meraih undi.

Anwar akui Interlok tiada elemen rasis

11/01/2011 3:19pm

PETALING JAYA 11 Jan. — Novel Interlok tidak mempunyai elemen rasis seperti yang disuarakan oleh pihak tertentu, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya dah baca novel ini sudah lama, saya tidak nampak apa-apa yang rasis pun,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Anwar mencadangkan satu perbincangan dilakukan antara mereka yang mempertikaikan mengenai novel itu dan Kementerian Pelajaran.

Beliau diminta mengulas desakan golongan tertentu yang mahukan novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain diharamkan daripada dijadikan antara novel untuk komponen sastera Bahasa Malaysia di Tingkatan Lima bermula tahun ini kononnya ia mempunyai unsur yang menghina kaum India di negara ini.


Bagi teman novel berat ini memang tiada apa yang hendak dibantahkan kerana ia berkait dengan sejarah yang telah berlalu. Bantah bagaimana sekalipun, kaum India tidak boleh menafikan bahawa mereka dibawa masuk bekerja di Tanah melayu adalah melalui SISTEM KANGANY, iaitu kontrak.

Mereka yang tertinggal adalah batch-batch terakhir yang gagal dipulangkan ke Tamil Nadu. Hakikatnya berjuta-juta pekerja Tamil yang terbabit pembinaan infrastruktur dan ladang, telahpun pulang sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Itu sejarah. Sejarah tidak boleh dipadam mahupun dibakar.

Pengguna Blackberry Di Malaysia Belum Selamat

Indonesia telah lama mengambil langkah untuk mendesak Research In Motion (RIM) untuk menyediakan server di negara tersebut bagi membolehkan Blackberry beroperasi di negara tersebut.

Mereka memberi tarikh akhir penghujung Januari ini untuk RIM menyediakan server tersebut tetapi sehingga hari ini RIM belum memenuhi permintaan Indonesia.

Pornografi hanya sekadar alasan kedua. Komisi Pembanteras Korupsi Indonesia mempertikaikan Blackberry bersandarkan kesukaran menyiasat kes rasuah.

Pihak polis di sana mengakui bahawa siasatan kes jenayah akan menjadi sukar kerana maklumat di BBM tidak boleh di akses.

Umum mengetahui, Blackberry menjadi popular adalah kerana applikasi Blackberry Messanger (BBM) yang memudahkan urusan perhubungan seharian.

Sekiranya chat dijalankan di terminal komputer melalui penyedia perkhidmatan internet, ianya masih terbuka untuk disiasat sekiranya keadaan memerlukan.

Tetapi ini tidak buat Blackberry. Bagaimanakah siasatan kes rasuah atau jenayah sekalipun boleh dibuat oleh SKMM apabila Blackberry berada di tangan setiap rakyat yang baik mahupun jahat?

BlackBerry tidak diharamkan

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan tidak akan membuat keputusan tergesa-gesa mengikut langkah Indonesia yang mungkin bertindak mengharamkan penggunaan telefon pintar BlackBerry.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim bagaimanapun berkata, pihaknya sedia mengkaji semula perkara berkenaan sekiranya terdapat bukti menunjukkan penggunaan telefon berkenaan menimbulkan masalah keselamatan, budaya dan pentadbiran kepada negara.

Menurutnya, kajian yang dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebelum ini mengesahkan penggunaan BlackBerry tidak menimbulkan sebarang masalah seperti di Arab Saudi dan India.

“Setakat ini, saya tiada dimaklumkan tentang perlanggaran tersebut, jadi tidak wajar bagi kami mengatakan secara khusus apakah tindakan yang perlu diambil sedangkan kami tidak menerima sebarang laporan pun.

“Sekiranya ada rakyat negara ini yang mempunyai fakta tertentu, diharap mereka memaklumkan kepada kementerian dan kita akan cuba mendalaminya serta menyiasat di bawah undang-undang SKMM,” katanya di sini hari ini.

Rais berkata demikian pada sidang akhbar selepas bertemu pengarah-pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini.

Beliau mengulas kemungkinan penggunaan BlackBerry di Indonesia diharamkan berikutan kegagalan penyedia perkhidmatan telefon itu, Research In Motion (RIM) untuk menapis unsur pornografi daripada perkhidmatan Internet yang disediakan telefon berkenaan.