Basuki Cahaya Purnama atau nama Cinanya Chong Mak Yip ( 钟万勰 ) menjadi bualan di Jakarta. Gandingan Joko Widodo ini menjawat Timbalan Gabenor Jakarta selepas Joko Widodo memenangi jawatan Gabenor Jakarta dalam pilihanraya gabenor baru-baru ini.
Joko Widodo , seorang Jawa, dilihat sebagai seorang yang lemah lembut dan kerap menemui rakyat miskin dalam rangka lawatan hariannya.
Namun, Chong atau lebih dikenali Ah Hock, yang dieja Ahok di Indonesia, mempunyai sifat yang bertentangan dengan si ketua, Joko Widodo.
Video di bawah ini memaparkan bagaimana Ah Hock mempermalukan jurucatatnya di depan khalayak umum.
Hal ini menjadi kepanjangan dari polemik dikaitkan dengan bau perkauman ketika kempen pilihanraya lalu. Rhoma Irama telah menuduh kemenangan Ah Hock akan menjadikan Jakarta diambil alih seperti Lee Kuan Yew mengambil alih Singapura dari Malaysia. Dia dikecam hebat atas kenyataan tersebut.
Hasilnya, suku Betawi yang majoritinya menjadi penghuni Jakarta sejak 300 tahun lalu dan wakilnya menjadi penyandang, kalah dalam pemilihan tersebut memandangkan Ah Hock disokong oleh semua masyarakat Cina yang merupakan 15% dari penduduk Jakarta.
Siapa Ah Hock? Baca DI SINI
SELASA, JULAI 17, 2012
Ah Hock, Cina Pertama Timbalan Gabenor Jakarta Pasca Reformasi

Gandingan Jokowi - Ah Hock telah memenangi kawasan Jakarta Utara, Jakarta Pusat, Jakarta Timur dan Jakarta Barat , menewaskan gandingan Gabenor Jakarta masa ini, Fauzi Bowo dan Nachrowi Ramli.
amanda.pradanaabout an hour ago
- Aku kutip kata-katanya Koh Ahok: "Saatnya kebangkitan etnis tionghoa". Selengkapnya »