Monday, April 22, 2013

Kisah Sebenar 'Sabah Nak Hilang' : Jeffery Kitingan Halau Semua Parti Dari 'Malaya' Keluar Sabah - Maksudnya?




Dibawah ini pula ialah petikan blog www.mosepa.com :


Kepada semua warga Sabah, yang menggelarkan dirinya anak kelahiran Sabah, Negara Sabah... Sekarang, pemimpin kita sudah bersuara dan memanggil kita untuk semua bersatu dalam memperjuangkan perjuangan yang sepatutnya diperjuangkan oleh pemimpin kita sekian lamanya. Sekarang, sudah tiba untuk kita memberikan sokongan penuh kepada beliau dalam memperjuangkan masa depan Sabah melalui pemerintahan baru sacara menyeluruh yang mana sistem pentadbiran akan dirombak sepenuhnya.


Melalui Kerajaan Baru yang akan dibentuk oleh Parti Pimpinan Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan, beliau akan mengembalikan status Sabah sebagai sebuah NEGARA yang telah bersama-sama dengan Negara Sarawak, Negara Singapura (telah dikeluarkan daripada Persekutuan) dan Negara Persekutuan Tanah Melayu dalam membentuk Negara Persekutuan Malaysia. Walau bagaimanapun, Persekutuan ini sebenarnya telah GAGAL berfungsi kerana perjanjian yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia yang ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 telah GAGAL dilaksanakan sepenuhnya! Selain itu itu, Kerajaan Malaya yang bertopengkan Kerajaan Persekutuan telah menindas Negara Sabah dalam semua aspek seperti aspek Sosial, Ekonomi dan Politik. Perkara 20 Perkara tidak dipatuhi,dihormati malah dilanggar dengan sengaja.

Dibawah kerajaan baru ini juga, Negara Sabah akan bakal mempunyai Perdana Menteri Sabah yang pertama dalam sejara Borneo Utara iaitu Dr.Jeffrey G.Kitingan. Dibawah Pentadbiran Perdana Menteri Sabah, akan diwujudkan Kabinet Menteri dan Gabenor Wilayah yang akan menjalankan Pentadbiran mengikut Negeri. Kedudukan teratas iaitu Yang Di-Pertua Negara akan dikembalikan semula sebagai Ketua Negara yang menjadi Simbol Kestabilan Politik Sabah. Selain itu, Kerajaan Negara Sabah bakal mempunyai Parlimen Sabah (DUN) dan dibawahnya ialah Council Wilayah. Kerajaan Baru Negara Sabah juga akan mempunyai Ketua Setiausaha Negara dan dibawahnya ialah Setiausaha Wilayah.

Gambar diatas pula menunjukkan Pentadbiran Tempatan Sistem Kerajaan Sabah yang mana yang teratas ialah Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negara. Selepas itu, ia terbahagi kepada Pentadbiran Wilayah dan Pentadbiran Daerah, Setiausaha Wilayah dan Urusetia Wilayah dan Ahli-ahli Konsul Wilayah.

Kerajaan Baru dibawah Pentadbiran Parti Reformasi Negeri (STAR) melalui pimpinan Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan akan menaikkan status bahagian iaitu lima bahagian yang dikenali sebagai Bahagian Kudat, Sandakan, Tawau, Pedalaman dan Pantai Barat akan dinaikkan statusnya sebagai Negeri. Dalam erti kata lain, Sabah bakal mempunyai 5 buah Kerajaan Negeri yang dikenali sebagai Negeri Marudu, Negeri Kinabatangan, Negeri Segama, Negeri Trusmadi dan Negeri Kinabalu seperti gambar yang ditunjukkan diatas ini.
Labuan pula akan diambil semua oleh Kerajaan Negara Sabah kerana penyerahan Labuan kepada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tidak melalui proses undang-undang yang sah. Penyerahan Labuah juga tidak melalui referendum antarabangsa. Rakyat Labuan tidak ditemu duga sama ada bersetuju untuk dimasukkan dibawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan Kuala Lumpur. Dan penyerahan Labuan oleh Ketua Menteri pada masa itu iaitu Harris Salleh yang memimpin Kerajaan Berjaya telah menyerahkannya kepada Persekutuan Kuala Lumpur yang pada masa itu Mahathir merupakan Perdana Menteri "Malaysia".

Kesimpulannya, dibawah Kerajaan Baru Negara Sabah, Sabah bakal membentuk 7 Buah Kerajaan Dalaman kerana Wilayah Persekutuan Sabah juga akan diwujudkan. Dengan terbentuknya 7 buah kerajaan dalaman ini, maka ini akan memberi SATU HARAPAN YANG PASTI BAHAWA MASA DEPAN SABAH TERJAMIN! Sistem Kabotaj akan dihapuskan kerana ia merugikan Kerajaan Sabah. Sabah juga boleh berhubung dengan mana-mana Negara Luar untuk tujuan perdagangan dan juga pengukuhan politik. Sabah juga bakal mempunyai satu Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (Ministry of Home Land Security) dan Polis Kerajaan Negara Sabah bakal dibentuk untuk menjaga kestabilan dan keamanan. Dengan terbentuknya 7 buah Kerajaan Dalaman ini, maka Pentadbiran Sabah akan menjadi sangat cekap dan lancar. Proses Pertumbuhan Ekonomi akan berlaku sangat pantas kerana Sabah akan mengamalkan Perdagangan Bebas seperti Negara Singapura. Pecutan ekonomi ini bakal memberi satu berkat yang melimpah-limpah tanpa henti kerana Minyak dan Gas Asli Sabah akan diambil alih oleh Kerajaan Negara Sabah. Sabah akan membina Pusat Penapisan Minyak Petroleum dan Gas Asli serta mampu untuk mengeskport ke Negara Luar seperti Singapura, Filipina, China, South Korea, Japan, Indonesia, Malaya dan seumpamanya.

Maka dengan itu, marilah kita memberikan mandat penuh kepada Kerajaan Parti STAR untuk membentuk Kerajaan. Keluarlah beramai-ramai untuk mengundi. Kepada Generasi Muda, Generasi Y, anda yang sedang belajar dan juga yang mempunyai kelayakan akan diserapkan masuk kedalam Kerajaan Baru. Dijangkakan bilangan Generasi Muda yang menganggur sekarang pun tidak mampu untuk mengisi kekosongan jawatan yang tersedia. Ini membawa maksud bahawa Generasi masa hadapan tidak akan mempunyai masalah pekerjaan kerana pekerjaan itu menanti untuk diisi. Bangsa Sabah yang berada di Luar Negara sekian lama diminta untuk kembali ke Tanah Air untuk berkhidmat kepada Bangsa, Agama dan Negara untuk bersama-sama membangunkan Bangsa Sabah yang terdiri lebih daripada 37 suku etnik. Marilah kita Bersatu dalam merealisaikan Negara Impian yang selama ini kita inginkan. Cukup Sudahla selama 50 Tahun kita Merdeka tetapi selama itu jugalah kita dijajah dan diperbodohkan. 

Bangunlah Bersatu dan ketepikan sengketa peribadi dan berjuang bersama untuk menjayakan Misi Negara kita iaitu"SELAMATKAN TANAH AIR KU SABAH!!!"

Uptown Sunway Ipoh mula gamit pengunjung

Uptown Sunway Ipoh di Sunway City Ipoh, Tambun mula dibuka akhir bulan lalu, kini mula menarik pengunjung. Terletak berhampiran The Lost World of Tambun, kawasan ini menyediakan lebih 400 tapak perniagaan untuk peniaga kecil. Walaubagaimanapun sehingga kini, hanya separuh yang baru memulakan operasi.










Rupa-rupanya Ini Kisah Sebenar 'Sabah Nak Hilang'

Nampaknya PRU13 ini tertafsir sebagai gelanggang referendum Sabah keluar dari Malaysia. Perbuatan ini, sama ada bentuk ugutan dan ketidakpuashatian terhadap kelompok tertentu dan menjaja hak-hak Sabah demi keuntungan sendiri, telah mempernampakkan pilihanraya kali ini menjadi medan referendum kedua selepas 1963 tanpa penanganan secara bijak oleh pemerintah. Anda nilaikan 3 artikel darik sumber berbeza  ini.

ARTIKEL 1


Wednesday, April 25, 2012

Kenapa rakyat Sabah harus memilih STAR



Oleh Maslan Maginda

Senario politik di Malaysia hari ini sudah berubah jika dibandingkan pada era PBS kerana kerajaan persekutaan pada waktu itu masih kuat dan masih boleh memerintah walaupun tanpa Sabah dan Sarawak. Datuk Dr Jeffery Kitingan pengerusi Parti STAR Sabah, telah menjelaskan kepada rakyat di seluruh negeri ini agar memilih parti STAR pada pilihanraya ke 13 untuk menyelamatkan Sabah daripada terus dikuasai oleh kerajaan Barisan National dan UMNO yang dilihat sudah menjajah Sabah dan sewenang-wenangnya melanggar Perjanjian Malaysia.

STAR adalah sebuah parti tempatan yang benar-benar berjuang untuk rakyat. Datuk Dr Jeffery juga telah memberikan jaminan kepada rakyat Sabah, yang STAR akan menyelesaikan segala isu yang membabitkan hak-hak rakyat apabila STAR memerintah nanti.

Beliau telah menjelaskan, bahawa parti-parti daripada Semenanjung yang datang ke Sabah bukan untuk benar-benar memberikan pembangunan, tetapi mereka hanya mendapatkan undi rakyat dan mengikis kekayaan Sabah sahaja. Oleh itu, rakyat perlu menolak parti daripada Semenanjung dan memilih parti STAR supaya hak-hak rakyat Sabah boleh mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Parti STAR tidak serupa dengan parti-parti yang lain yang hanya mahukan kedudukan dan kepentingan peribadi. Perjuangan kepimpinan Datuk Dr Jeffery terbukti sentiasa konsisten sejak beliau terlibat dalam politik di Sabah di tahun-tahun 1980-an. Perjuangan beliau adalah menuntut Perjanjian Malaysia dan mendapat semula hak-hak yang dijanjikan dalam 20 Perkara tetapi telah dihakiskan kerana permainan agenda para pemimpin Malaya.

Rakyat Sabah harus bangun daripada tidur dan keluar daripada genggaman penjajahan Malaya yang telah memperbodohkan para pemimpin dan rakyat Sabah selama hampir setengah abad lamanya. Rakyat Sabah tidak ada pilihan lain untuk keluar daripada mulut naga selain daripada kuasa cahaya bintang dari Borneo. 

ARTIKEL 2

Gambar Panas] Terkini!!! BN Sabah Makin Goyang, TPM Gagal Dalam Misinya.. Lajim Ukin Sambut DS Anwar Di Kediamannya Dan Acara Seterusnya... Jom Terjah!!!

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) tengah malam tadi dari Kuala Lumpur.

Ketibaannya disambut oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua, pengerusi majlis pimpinan negeri, Ahmad Thamrin Jaini, ahli-ahli majlis pimpinan negeri dan puluhan penyokong Pakatan Rakyat yang setia menunggu Anwar tiba di balai ketibaan. 

Anwar baru sehari tiba dari tanah suci Makkah setelah selesai mengerjakan ibadah umrah selama lima hari dan tiba dari Jeddah, Arab Saudi dengan penerbangan jam 1.45 petang kelmarin. 

Turut menanti ketibaan Anwar adalah Presiden Parti Reformasi Sabah (STAR), Jeffery Kitingan. 

Paling mencuri tumpuan, kehadiran Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin yang mengumumkan perletakkan jawatannya dalam semua jawatan parti Umno-APCO dan kerajaan serta Pengerusi BN Beaufort. 

Lajim mengumumkannya dalam satu majlis ringkas di kediamannya di Likas Jaya, Kota Kinabalu, jam 6 petang semalam. 



ARTIKEL 3


Kepada semua warga Sabah, yang menggelarkan dirinya anak kelahiran Sabah, Negara Sabah... Sekarang, pemimpin kita sudah bersuara dan memanggil kita untuk semua bersatu dalam memperjuangkan perjuangan yang sepatutnya diperjuangkan oleh pemimpin kita sekian lamanya. Sekarang, sudah tiba untuk kita memberikan sokongan penuh kepada beliau dalam memperjuangkan masa depan Sabah melalui pemerintahan baru sacara menyeluruh yang mana sistem pentadbiran akan dirombak sepenuhnya.

STAR Perjuangkan Sabah Keluar Malaysia

Gerakan separatisme semakin kedengaran di Sabah usai pembubaran parlimen. Semudah apalah pemisahan ini pada pemikiran mereka kita tidak dapat bayangkan. Tetapi, pihak asing tentu sekali mengintai peluang ini memandangkan pihak separatis ini masih belum dipersenjatai meninggalkan vakum untuk negara lengkap beralutsista (alat utama sistem pertahanan)  untuk mengambil peluang. Namun apakah kempen dan manifesto sebegini adalah sah?

PANAS : Parti STAR Tetap "Keluarkan" Sabah Dari Malaysia

Penulis : Tukang Carut on Friday, 12 April 2013 | 09:12


Parti STAR Sabah masih bertekad bahawa mereka tetap akan membawa Sabah keluar dari Malaysia jika menang besar dalam PRU-13 akan datang ini. Pendirian tersebut dijelaskan semula oleh pemimpin parti STAR kepada penyokong mereka. Apa cerita ni Jeffery Kitingan??? Bolehkah itu?
 
Baru-baru ini iaitu pada 10 April yang lepas, parti STAR telah mengadakan perjumpaan dan ceramah di Pekan Telupid Beluran yang dihadiri seramai 80 orang penyokong mereka. Dalam ceramah tersebut, pemimpin parti STAR tetap bersemangat bahawa STAR akan bawa Sabah keluar dari Malaysia kerana ingin bebas daripada ikatan Malaysia.

Pendirian tersebut telah disuarakan oleh En. Ishmar iaitu orang kanan dalam parti STAR Telupid. Beliau merupakan tetamu/VIP dalam program ceramah tersebut. Menurut beliau, kerajaan/negara baru perlu ditubuhkan jika STAR menang dalam PRU-13 akan datang ini sesuai dengan perjuangan STAR untuk membentuk 'Negara Sabah' sendiri.

Wahhhhh.......buli ka tu ging??? Kalau dah keluar nanti, tidak takut ka Kesultanan Sulu akan serang kamurang tu??? Tidak takut ka sama Jamalul Kiram tu? Ketenteraan kamurang ada ka? Silap langkah, merana ging.

Kalau nak berjalan, toleh kiri dan kanan la dulu ging. Ukur baju di badan sendiri. Apapun......STAR tidak mendapat sokongan rakyat.......parti ikan bilis!!!!