Monday, January 28, 2013

Transformasi Gagal Andai PRU13 BN Kemuka Muka Lama Yang Kalah

Cukup ironi apabila mendapati majoriti penyokong PKR hari ini adalah golongan yang tidak menyokong parti itu pada awal pembentukannya.

Contoh dari kawan teman yang kuat PKR, ketika PRU 1999 dan 2004, hamba Allah ini belum membenci UMNO. 

Tetapi selepas PRU 2008, dia menjadi penyokong totok PKR sehingga ke hari ini. Lebih banyak wajah sebenar pembangkang didedahkan, lebih berat sindrom penafian mewabaki hidupnya.

Bila di kaji sejarahnya, pergerakan wang dalam hidupnya adalah sangat laju. Sejak terkencing dek entah siapa, dia telah menjadi marah-marah kepada UMNO.

Tidak tahu siapa individu yang mengencingnya, marah-marahnya terhadap UMNO berlanjutan ke hari ini sejak tahun 2006 - 2007.

Walaupun banyak memperlihatkan simpati kepada nasib Palestin, dia membalas kenyataan 'saya menyokong semua usaha memastikan keselamatan Israel' dengan 'Felda jual minyak sawit ke Israel'.

Ia seperti kanak-kanak sekolah rendah yang bermulut jahat bermain-main nama bapa masing-masing.

Tiada yang relevan dapat dilihat paksi sokongan mereka yang bersama PKR hari ini melainkan kebencian yang meluap-luap seolah-olah mereka tidak dibenci sesiapa. Kebanyakan mereka adalah mereka-mereka yang dikecewakan oleh himpunan individu penipu yang menggunakan nama UMNO dalam dasawarsa yang lalu.

Jiwa-jiwa kecewa ini tidak pula menghentam si penipu mereka melainkan pucuk pimpinan UMNO yang tiada kena mengena dengan mereka.

Transformasi politik dan ekonomi yang sedang berjalan mulus tidak seharusnya diganggu oleh proses pilihanraya yang tidak telus dalam menampilkan muka wakil rakyat. 

Mereka yang kalah pada tahun 2008 harus ditiadakan melainkan terdapat bukti sokongan yang meyakinkan.

Justeru, kedengaran ada negeri yang dengan selamba mengugut untuk tidak menyokong calon baru jika muka-muka lama tidak dikembalikan merupakan langkah anti-transformasi yang menjijikkan.

Mereka harus ada sebab besar perlu dikalahkan pada PRU 2008 yang sebenarnya, paling kotor dalam sejarah kerana terdapat berjuta-juta undi boikot dan sabotaj.

Jika para pemimpin hanya sekadar mengambil janji supaya jangan dilakukan perkara tersebut lagi kepada ahli UMNO sendiri, bagaimana pula dengan kehendak mereka? 

Atau kita perlu wujudkan Pilihanraya Pusingan I , Penamaan Para Calon. Kalau teman, memang setuju benorlah.