Tuesday, June 12, 2012

Pengangkutan Awam Ipoh Bercelaru


Ketika perpindahan Termidal Medan Kidd ke Terminal Medan Gopeng pada tahun 2005, terlalu banyak rungutan yang diterima oleh sepelusuk penduduk Ipoh selain yang tinggal di Gunung Rapat. Ini juga dapat diandaikan antara punca kalah teruk kerajaan BN pada PRU 2008 di bandaraya ini amnya, di negeri ini khususnya.

Bayangkan pula perpindahan Terminal Medan Gopeng ke Terminal Bas Ipoh yang baru nun di utara bandaraya. Ini pastilah menuai kritik dan kesusahan yang dialami penduduk setempat nescaya diluahkan ketika mengundi.



Maka, solusi termudah ialah dengan membina terminal bas kedua di kawasan selatan atau Terminal Bas Ipoh Selatan yang memudahkan mereka yang tinggal di selatan Bandaraya ini untuk ke terminal bas. Tapak paling sesuai untuk terminal bas ini ialah di tol Ipoh Selatan iaitu di kawasan Ampang-Tambun atau di kawasan Simpang Pulai. Ini juga memudahkan pengusaha bas ekspres kerana mudahnya berurusan dengan penumpang ke Ipoh apabila kedua-dua stesen bas tersebut terletak di pinggir lebuh raya Utara-Selatan. 

Bas ke utara boleh dimulakan di terminal selatan dan bas ke selatan boleh dimulakan di terminal utara.


Ipoh Perlukan Stesen Bas Ekspres Selatan

Sebuah kawasan perniagaan yang dipanggil Medan Kidd telah dijadikan terminal bas ekspres Ipoh selama lebih 20 tahun sebelum ditukar ke Terminal Medan Gopeng yang bersifat sementara pada tahun 2005. 

Kebijakan buah pleor kerajaan DAP Perak satu ketika dahulu melancarkan pembinaan terminal bas pusat di kawasan yang diwawarkan oleh kerajaan BN terdahulu di Meru Raya sememangnya tidak memberi manfaat besar kepada pengguna pengangkutan awam di Perak.



Kini Terminal Bas Ipoh di atas tanah seluas lebih 8 ekar telah siap pembinaannya. Malangnya ia berada di kedudukan paling tidak strategik dan menyusahkan di Ipoh.

Bukan terletak di pusat bandaraya seperti cadangan tanah KTMB di belakang stesen keretapi Ipoh, stesen bas Meru Raya ini terletak 10.6 km  dari Stesen Keretapi Ipoh , sebuah prasarana pengangkutan tajaan kerajaan pusat yang memakan berbillion ringgit penaiktarafan.

Ketika perpindahan Termidal Medan Kidd ke Terminal Medan Gopeng pada tahun 2005, terlalu banyak rungutan yang diterima oleh sepelusuk penduduk Ipoh selain yang tinggal di Gunung Rapat. Ini juga dapat diandaikan antara punca kalah teruk kerajaan BN pada PRU 2008 di bandaraya ini amnya, di negeri ini khususnya.

Bayangkan pula perpindahan Terminal Medan Gopeng ke Terminal Bas Ipoh yang baru nun di utara bandaraya. Ini pastilah menuai kritik dan kesusahan yang dialami penduduk setempat nescaya diluahkan ketika mengundi.



Maka, solusi termudah ialah dengan membina terminal bas kedua di kawasan selatan atau Terminal Bas Ipoh Selatan yang memudahkan mereka yang tinggal di selatan Bandaraya ini untuk ke terminal bas. Tapak paling sesuai untuk terminal bas ini ialah di tol Ipoh Selatan iaitu di kawasan Ampang-Tambun atau di kawasan Simpang Pulai. Ini juga memudahkan pengusaha bas ekspres kerana mudahnya berurusan dengan penumpang ke Ipoh apabila kedua-dua stesen bas tersebut terletak di pinggir lebuh raya Utara-Selatan. 

Bas ke utara boleh dimulakan di terminal selatan dan bas ke selatan boleh dimulakan di terminal utara.

Kelaknya, Perak Transit, yang dikendalikan sebuah konsortium pengangkutan awam pula perlulah menyediakan perkhidmatan bas yang menghubungkan Stesen Keretapi Ipoh, Terminal Bas Ipoh Utara dan Terminal Bas Ipoh Selatan.