Tuesday, February 03, 2009

Cakap Banyak Tak Guna! Bubarlah!

Korek sana-korek sini, dapat la jugak teman tengok gempor-gempor ( gempar, not gempur ) orang di pihak sebelah sana yang 'teringin nak jadi calon' kalau-kalau ada pilihanraya kecil.

"Sekarang ni, cuma tunggu apa SPR kata. Esok SPR akan bermesyuarat dan tunggu keputusanya. Dipihak PR, kita bersedia dengan pilihanraya kecil di Changkat Jering dan Behrang, TAPI KALAU SPR TIDAK MAHU MENERIMA SURAT PERLETAKAN JAWATAN ITU, DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK AKAN DIBUBARKAN." [MSK]

Haa.. yop, aper lagi ditunggu, bubar le. SPR dah tolak perletakan jawatan Behrang dengan Changkat Jering tu. Moh lerah ke gelanggang le yop kalo ye benor teringin nak mandat baru. Rentikanler melabun tu.

Bila dikatakan yang pilihanraya DUN bazirkan duit rakyat, ader ler pihak-pihak demer kata alasan takut nak berdepan rakyat lah, alasan takutkan suara rakyat lah. Apa yang komer merepek ni?

Sebenarnya, kami sangat teringin nak tunjukkan yang rakyat TAK SIOR berkerajaankan Pakatan Rakyat yang takkan mungkin Melayu dalam PAS dan PKR yang akan menguasai.

Sama ker kami yang bergaul dengan semua orang Melayu tak kira parti, dengan orang PKR dan PAS yang duduk dalam kepompong mereka sendiri. Yop, jangan ingker. Mendapat komer besok.

DAP kalau menang semua kerusi macam PRU12, akan dapat 18 kerusi. Tinggal 41 kerusi nak dibahagikan antara PAS dengan PKR. Kalau nasib BN menang cuma 10 kerusi dan PR menang 49 kerusi sekalipun, DAP tetap dominan dengan 18 kerusi sedangkan PAS dan PKR berebut kerusi mengikut algebra 18 + PAS + PKR = 49. Kalau bahagi sama rata, kira-kira 15 setengah kerusi setiap sorang. Tetap dipimpin DAP. Tapi komer ingat DAP bodoh? ADUN PKR Cina tu dah lama dorang perhati. Sapa tak mau 'strength'. Lagipun berapa ramai orang PKR yang tak suka Nasarudin tu? Komer ingat demer sior jugak ke nak hadap? Komer je terlebih beraya.

Jangan menipu rakyat Perak. Cukuplah sekali. Komer maner keluor 'romah'. Komer tak tau aper cerita kat luor tu ha. Komer busy dengan rebut kuasa dalaman komer. Tapi, kalo dah berani benor, bubarlah!

Ugutan Pilihanraya DUN Perak

Penyokong Pakatan Rakyat menyebut bahawa Akujanji yang ditandatangani ADUN-ADUN mereka adalah idea istana. Mereka mengatakan bahawa baginda Sultan Perak bersetuju bahawa ianya sah, semalam.

Jika benar, hanya SPR yang akan menentukan perletakan jawatan itu sah atau tidak. Khabarnya, jika SPR tolak, DUN Perak akan dibubarkan untuk mencari mandat baru.

Bila berhadapan dengan pilihanraya, apa yang perlu diingat ialah KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT di Perak adalah kerana SILAP BN MEMILIH CALON walaupun ada pertambahan kerusi DAP kerana kaum Cina dan India termakan politik menyamaratakan hak warganegara.

Jika benar mereka mahu bubarkan DUN Perak, mereka menuntut jutaan ringgit dibelanja lagi untuk kerja pilihanraya. Adakah ini kehendak rakyat?

Mereka kata BN menghabiskan wang rakyat. Apakah idea Pakatan Rakyat selama ini MENJIMATKAN DUIT RAKYAT? Adakah rakyat mahu pilihanraya semula?

Jika pilihanraya semula, adakah rakyat akan memilih PR? Apakah jasa PR dalam 10 bulan. Kenapa tidak tunggu lebih banyak jasa ditabur dahulu? Itu pun kalau ada masa terluang selain masa merebut peluang.

Adakah rakyat Perak mahukan huru-hara dalam pilihanraya DUN Perak apabila semua hooligan politik UMNO, PAS, PKR ( Cina jugak tak payah pakai semua ni ) dari seluruh pelusuk negara menyerbu negeri ini.

Idak ke menyemak namanya?

Lainlah kalau sorang PR sorang BN, tiap cawangan, pegi survey. Setiap pasang survey 1000 orang, duduk la komer tepi jalan ke tepi pasar ke supermarket ke, tanya pengundi nak pilihanraya DUN atau tak. Ekonomi pun bukan baik sangat.

Sebenornya, kalau nak buat kerajaan campuran memang boleh. Tapi ini la orang Islam dok ikut telunjuk 'penentang Islam'. Semua GILA KUASA. Ibarat pepatah 'Inuit' : "Yang tuduh orang makan taik pun tengah suap taik ke mulut."

Nota kaki : Tajol dah takde, Zahid Hamidi? Zambry? Bincang lain kali..