Thursday, December 09, 2010

Kabinet Berangan Yang Tak Tahu Memerintah


Pakatan Haram pernah mengeluarkan senarai barisan kabinet bayangan mereka pada pertengahan tahun 2008 sejurus selepas tiba-tiba mendapat sambutan pada PRU 12.

Untuk mengimbas memori, sila klik di sini. Menteri Pertanian dan Asas Babi itulah yang dengan sombong bertelagah dengan penjaga Masjid Negara hujung minggu lepas.

Walaupun mereka ada Kabinet Bayangan, sehingga hari ini, selepas 2 tahun setengah, satu manifesto atau pentadbiran bayangan langsung tak ada. Bagaimanakah jadinya jika mereka memerintah negara?

Wajarkah diundi puak yang bermain retorik semata-mata. Zuraidah ahli parlimen Ampang lagi kuat lah retoriknya. Mengharap masuk ke Shadow Cabinet ini.

Tanpa perancangan yang mantap untuk dinilai sebagai alternatif yang realistik seperti pembentangan bajet mengikut kacamata kabinet bayangan yang lebih kepada kabinet berangan ini, hanya yang bodoh sahaja mengundi mereka.

Jika rakyat itu mempunyai kuasa, manakala pemerintah adalah pekerja mereka, adalah bodoh bagi majikan untuk memilih pekerja tak berpengalaman yang cuma bermain kata-kata tanpa resume di tangan dan menolak pekerja yang mempunyai pengalaman kerja yang diiktiraf dalam dan luar negara.

Jangan kita ikut bodoh sama macam mereka.

Kit Siang Tahu Anwar Hipokrit

Kit Siang mengetahui keburukan Anwar Ibrahim dan menyimpan kebenciannya dalam diam. Sikap inilah yang ada pada setiap kepala parti yang ada dalam Pakatan Rakyat. Sebab itulah Pakatan Rakyat tidak pernah beperlembagaan sendiri. Mereka menipu rakyat kononnya mereka bahagia.

Pada tahun 2006, Kit Siang pernah mencuit Anwar melalui tulisan di blognya yang meminta Anwar membongkar skandal Bank Negara dari tahun 1992 hingga 1994 sehingga negara kerugian hampir RM30 billion.

Namun beranikah Anwar sebagai Menteri Kewangan pada ketika itu untuk menjelaskan mengapa selain menuduh ianya berpunca dari Tun M dan Tun Daim.

Menurutnya :
At the time when I raised the Bank Negara forex losses in the House, the then Prime Minister, Dr. Mahathir said the forex losses came from “profits made in forex dealings in preceding years” while the then Finance Minister, Datuk Seri Anwar Ibrahim, that the Bank Negara forex losses were mere “paper losses”.

( Ketika saya timbulkan isu kerugian tukaran asing Bank Negara di Parlimen, PM pada waktu itu, Tun M berkata kerugian itu adalah hasil dari keuntungan yang telah banyak dibuat terlebih dahulu sebelum itu manakala Anwar sebagai Menteri Kewangan berkata, kerugian Bank Negara hanyalah kerugian yang tidak dizahirkan lagi. )
Seterusnya Kit Siang menyambung dengan nada menyelamatkan Anwar tetapi mahu Anwar menjelaskan lagi. Perlu diingat bahawa Anwar pada waktu ini tidak memiliki parti yang mempunyai ahli parlimen melebihi DAP seperti hari ini. Namun adakah itu satu sindiran?
Anwar may not be in the loop at the time although he was Finance Minister, with regard to whatever “overriding agreements” Mahathir and his then loyal economic adviser, Tun Daim Zainuddin, devised with other corporate high-flyers to salvage Bank Negara, but Anwar has now the opportunity to throw light of what he knew about the colossal Bank Negara forex losses when he was Finance Minister and how these “paper losses” had triggered off other mega-financial scandals like the RM1.8 billion MAS-Tajudin privatization scam.

(Anwar mungkin tak terbabit walaupun dia Menteri Kewangan semata-mata yang tertakluk kepada perjanjian-perjanjian yang dibuat antara syarikat-syarikat korporat oleh Tun M, dan penasihat setianya, Tun Daim untuk selamatkan Bank Negara, Anwar kini sepatutnya berpeluang menghurai segala yang diketahuinya sepenuh kapasitinya sebagai Menteri Kewangan pada ketika itu tentang kerugian belum terzahir ini yang akhirnya mewujudkan skandal kewangan mega seperti penswastaan MAS oleh Tajudin.)
Anwar mula menjadi Menteri Kewangan pada tahun 1991. Sehingga hari ini, dia sangat akrab dengan pemain-pemain ekonomi dunia. Tun M dan Tun Daim pula adalah Melayu pertama yang berani bermain permainan ekonomi skala besar bagi memperoleh keuntungan dalam membina negara sepanjang dekad tersebut.

Mengapakah apabila Soros membalas dendam ke atas Malaysia kerana terlalu banyak bermain wang, Anwar berada di sisi kumpulan pemain matawang yang membenci Mahathir?

Mengapakah isu ini tidak ditimbulkan lagi selepas PRU 2008, iaitu selepas Pakatan Haram ditubuhkan? Lim Kit Siang perlu lah menjawab.