Tuesday, July 05, 2011

300,000 peserta BERSIH?

Raja Petra membidas pemberian kebenaran untuk Ambiga berjumpa dengan YDP Agong dengan menyindir pihak polis dengan perhimpunan haram yang kononnya mampu menarik 300,000 orang ke jalan raya.

Ini kerana katanya, sesebuah stadium tidak mampu menampung lebih dari 200,000 orang dengan ketiadaan tempat letak kereta yang mencukupi, akan menjadikan perarakan ke stadium tersebut tidak jauh beza dengan perarakan BERSIH di tengah jalanraya.

Sejurus selepas Pakatan Rakyat merampas Selangor, satu perhimpunan dibuat di Stadium Kelana Jaya bagi memprotes kenaikan harga minyak. Berapa ratus ribu yang hadir? Sudah tentulah isu ini menarik minat pihak yang menyokong kerajaan juga apabila tiba-tiba menanggung kenaikan harga minyak yang melampau.

Lihat gambar di atas. 300,000 kah? 300,000 adalah sama banyak dengan penduduk Brunei Darussalam, atau seluruh penduduk Ampang Jaya.

Nampaknya perhimpunan kali ini dibenci oleh ramai pihak. Sebanyak mana pula yang mampu mereka kutip untuk dikumpulkan?

Yang penting, baik sahaja Stadium Kelana Jaya digunakan lagi kerana ia terletak dalam negeri Selangor yang diperintah PKR dan yang susah adalah penduduk Kelana Jaya sendiri yang mengundi PKR. Mampus la korang nak berhimpun berapa ratus ribu sekali pun.

Akhirnya BERSIH 2.0 setuju berdemo di stadium

Setelah mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong hari ini, BERSIH 2.0 bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.

Bagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan tetapi tarikh pada 9 Julai ini tidak berubah.

NONEJawatankuasa itu yang terdiri daripada pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, petang tadi.

Menurut Ambiga, pada sidang media selepas pertemuan itu, pihak jawatankuasa BERSIH 2.0 berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

Ditanya wartawan sama ada tindakan itu satu bentuk tolak ansur, Ambiga menjawap 'Ya".

Sebelum ini, sumber yang rapat dengan pihak penganjur, memberitahu Malaysiakini tidak ada ahli politik yang menyertai pertemuan berkenaan.

NONESejak jam 1.30 petang, ketiga-tiga pemimpin itu menunggu di pondok pengawal menanti untuk masuk sebelum dibenarkan berbuat demikian pada jam 1.55 petang tadi.

Kira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara.

Ahad lalu, Seri Paduka bertitah dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka diminta supaya tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.

NONETuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Titah Seri Paduka, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Sehubungan dengan titah itu, Ambiga berkata gabungan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan untuk mengadap Seri Paduka. (malaysiakini)