Monday, August 15, 2011

Usir Pengusaha Premis Judi Di Taman Perpaduan


Deretan kedai dua tingkat yang baru di bina di Taman Perpaduan, berhampiran sebuah stesen minyak yang sedang di bina, berhadapan dengan surau baru yang mula digunakan oleh umat Islam Taman Perpaduan, kini diselit dengan sebuah kedai yang separuhnya dijadikan kedai menjual CD/DVD, dan separuh lagi kedai jackpot menggunakan komputer!

Bagaimana boleh sebuah kedai judi wujud di penempatan 90% Islam ini? Jika UMNO Bandar Tun Razak boleh menentang kewujudan premis judi di Jalan Jujur dengan lantang, bersama PAS Bandar Tun Razak, bagaimana pula UMNO Tambun dan PAS Tambun?

Jika pada tahun 1999, sebuah kedai mesin jakpot kuda pernah diancam untuk dibakar oleh penduduk sehingga kumpulan kongsi gelap yang membuka kedai tersebut di Tingkat Perpaduan 2 itu menutupnya dengan serta merta, mengapa tidak boleh kali ini?

Ini kerana kedai itu kini tumbuh berhadapan jalan utama yang sentiasa sibuk dan dapat dilihat oleh sesiapa sahaja.