Thursday, March 28, 2013

Filipina Terus Anggap Sabah Jajahannya

Filipina semakin berani mencabuli pengiktirafan antarabangsa ke atas Sabah sebagai milik Malaysia. Hari ini mereka semakin menzahirkan dengan kata-kata bahawa Sabah adalah JAJAHAN mereka. 

Sikap ini  tentu sekali disebabkan oleh adanya puak dalam negara ini yang bersedia untuk bersekongkol dengan mereka. 

Nampaknya kita tidak boleh berdiam lagi.  Usaha masyarakat Tausug untuk memerdekakan Sulu dari Filipina perlu disokong segenap lapisan masyarakat Malaysia. Hanya itulah pengajaran berguna kepada Filipina.


Jangan rujuk Sabah hak Malaysia

MANILA 27 Mac - Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina mengingatkan agensi-agensi kerajaan di negara ini berhubung arahan supaya tidak merujuk Sabah sebagai sebahagian dari Malaysia.

Jurucakap jabatan itu, Raul Hernandez berkata, arahan itu dikeluarkan oleh Istana Malacanang melalui Memorandum 162 bertarikh 20 Ogos 2008 bertajuk Garis Panduan berhubung Utara Borneo (Sabah).

''Memorandum itu dikeluarkan kepada semua jabatan kerajaan berhubung tindakan atau kenyataan sama ada secara langsung atau tidak tentang pengiktirafan kedaulatan negara asing ke atas Sabah yang merupakan jajahan Filipina,'' katanya.

Beliau memberi penjelasan berhubung memorandum itu yang dikeluarkan oleh Setiausaha Eksekutif ketika itu, Eduardo Ermita atas arahan Presiden ketika itu, Gloria Macapagal-Arroyo selepas isu tersebut dibangkitkan semasa perbincangan pada Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Alam Nasional, semalam.

Filipina sentiasa mengekalkan hak undang-undang dan sejarah ke atas Sabah.

Hernandez berkata, memorandum itu dikeluarkan ekoran keperluan garis panduan berhubung aktiviti, tindakan dan kenyataan berkaitan Sabah untuk melindungi hak Filipina.

''Memorandum sedia ada itu tidak pernah dipinda atau diubah setakat ini,'' katanya.

Memorandum itu memperuntukkan bahawa 'Tiada jabatan, agensi kerajaan Filipina boleh membuat sebarang tindakan atau kenyataan bagi melahirkan atau membayangkan secara langsung atau tidak, sebarang pengiktirafan kedaulatan negara asing ke atas Borneo Utara (Sabah) atau menolak hak sejarah dan perundangan Filipina ke atas negeri itu'. - Agensi



Wednesday, March 27, 2013

Menjelang Rundingan Damai Patani - Thai Di Malaysia

15 wakil dari 9 kumpulan pemisah Patani akan menyertai rundingan damai dengan 15 delegasi Thailand di Malaysia esok. Selain dari itu, pihak berkuasa Thailand menemui lebih banyak kain rentang dan pemidang yang berbau desakan kemerdekaan di Patani dan Naratiwat semalam dan bertulis " Damai, Bersatu, Negara Pattani".



Nine separatist groups to join Malaysia talks

15-delegate panels on both sides confirmed


Fifteen representatives from nine insurgent groups will join the South peace talks with 15 Thai delegates in Malaysia tomorrow, secretary-general of the National Security Council Paradorn Pattanathabutr said Tuesday.

Lt Gen Paradorn said Kuala Lumpur, which faciliates the talks, had informed him the 15 insurgent representatives would come from the Barisan Revolusi Nasional (BRN), New Pulo, Pulo 88, BRN Congress, BRN Coordinate, Barisan Islam Pembangunan Pattani, as well as Gerakan Mujahideen Islam Pattani, Gerakan Mujahidin Pattani and Ulama Pattani.

Lt Gen Paradorn said he could not reveal the list of the 15 insurgent representatives as Malaysian authorities asked him to keep it a secret for the sake of their own safety.

The NSC chief said the Thai government had also finalised its list of 15 delegates who will join the talks.

Lt Gen Paradorn said cabinet backing for the name list is not necessary as the cabinet had given in-principle approval to the setting up of the negotiation team.

As the head of the team, Lt Gen Paradorn said he will periodically report to Prime Minister Yingluck Shinawatra as the peace talks progress.

The NSC chief met his team Tuesday to finalise preparations.

A security source said the negotiators include Southern Border Provinces Administrative Centre chief Thawee Sodsong; deputy permanent secretary for defence Nipat Thonglek; Special Branch Police commissioner Saritchai Anekwiang; Internal Security Operation Command officer Nakrob Boonbuathong; and director of King Prajadhipok's Office of Peace and Governance Ekkachai Srivilas.

Also joining the delegation are religious leaders, representatives from civic and women's groups, and governors of the southernmost provinces.

Meanwhile, authorities continued to find banners calling for an independent Pattani in several parts of Pattani and Narathiwat Tuesday.

It was the second day that banners, reading "Peace, unity, Pattani state", were found.

The banners were found in at least 20 locations on roads in four districts of Pattani _ Yarang, Yaring, Thung Yang Daeng, and Kapho.

Similar banners were put up in nine spots in Nong Chik district on Monday.

In Narathiwat, two of the banners were hung above roads in Muang district.

Lt Gen Paradorn said he was not worried about the banners as state security units were capable of keeping the situation under control.

Two shootings took place in Pattani and Narathiwat Tuesday, injuring a deputy tambon administration organisation (TAO) chief and a former TAO member.

Muhammadsata Dosama, 35, deputy chief of Batong TAO, was shot three times by attackers while he was riding his motorcycle from his house to a religious school in Narathiwat's Rue So about 5.30am.

The bullets hit his right shoulder, right arm and nose. Residents nearby took him to hospital after hearing the gunshots, while the gunman fled.

In Pattani, a former member of Taloh Kapo TAO was wounded in a drive-by shooting in Yarang district also about 5.30am, police said. - BANGKOK POST

Filipina mungkin kemuka tuntutan ke atas Sabah

Angkara murka yang dibawa oleh sesetengah pihak mencapai fasa lain apabila Filipina mula berhajat mengemukakan tuntutan ke atas Sabah. Walaupun ditolak tuntutan mereka ke atas Sipadan dan Ligitan 11 tahun lalu, mereka kembali ingin memalukan diri.

Filipina mungkin kemuka tuntutan ke atas Sabah

MANILA 25 Mac - Kerajaan Filipina mungkin mengemukakan tuntutannya ke atas Sabah selepas Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima hari ini membayangkan akan berbuat demikian.

Akhbar Filipina melaporkan, perkara itu mungkin berlaku selepas De Lima mengesahkan bahawa Jabatan Kehakiman telah mengemukakan satu cadangan daripada sudut undang-undang kepada Presiden Benigno Aquino III berhubung tuntutan tersebut.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan kandungan dokumen berkenaan.

De Lima berkata, Filipina mungkin mengemukakan isu tersebut kepada 'tribunal berkaitan'.

"Persoalan yang timbul sekarang, adakah kami mempunyai alasan kukuh dan sah jika membawa perkara ini kepada tribunal berkaitan," katanya kepada wartawan di Persidangan Kumpulan Pakar Persaingan ASEAN di sini hari ini.

Beliau berkata, Jabatan Kehakiman telah melakukan kajian daripada aspek undang-undang berhubung tuntutan ke atas Sabah dan mengemukakan cadangan itu kepada Aquino untuk diluluskan.

"Terpulang kepada Presiden sama ada beliau mahu menimbang kajian itu atau tidak," katanya.

Aquino sebelum ini dilapor menugaskan Jabatan Kehakiman dan Jabatan Luar supaya meneliti kesahihan tuntutan Kiram ke atas Sabah.

Menurut beliau, isu pemilikan Sabah oleh pengikut Jamalul Kiram III adalah satu pengulangan sejarah, ketika bekas Presiden, Ferdinand Marcos melancarkan rancangan untuk menceroboh Sabah pada 1968, yang dikenali sebagai pembunuhan Jabidah. - Agensi

Tuesday, March 26, 2013

Anwar Disahkan Berjumpa Misuari, Mengapa Tak Saman Raja Petra RM100 juta?


Apabila Raja Petra mengesahkan pertemuan Anwar dan Misuari di Jakarta dan Manila, dengan segera Rafizi Ramli melabelkan ianya cakap tanpa bukti.

Bila cakap tanpa bukti, ia samalah dengan memfitnah.

Justeru, Raja Petra dilabel oleh PKR sebagai memfitnah Anwar Ibrahim.

Bersekongkol dengan penceroboh negara tentulah sangat berat kesannya. Selain ditolak rakyat, sudah tentu pula berhadapan dengan sabitan undang-undang yang memperuntukkan hukuman berat.

Tidak seperti berjubur dengan lelaki  berumur lebih 18 tahun yang tidak lagi dilindungi Akta Kanak-Kanak. Belum tentu diperangkap undang-undang.

Jika tiada apa yang perlu digusarkan dengan pertemuan itu, mengapa sangat-sangat bersegera macai pangkat tinggi , Rafizi Ramli, menuduh Raja Petra menulis mengikut kepala sendiri, bercakap tanpa bukti? Mengaku sahajalah pertemuan itu wujud.

Jika benar Raja petra menulis tanpa bukti dan sekadar bercakap mengikut kepala, sila saman Raja Petra dengan amaun piawai RM100 juta. Berani ke tidak?

Dengan blogger marhaen berani pulak? Sedangkan blogger-blogger ini cuma 'withdrawer' dengan izin dari pemilik-pemilik akaun di "Bank of Realiti Sebenar Anwar Ibrahim" yang sangat ditakuti Anwar Ibrahim sehinggakan "pemilik akaun" di bank ini imun dari ancaman RM100 juta.

Pendapat Menarik Soal Pembubaran Parlimen



Kecoh di pihak sana soal parlimen yang masih belum dibubarkan.

Memang pembubaran parlimen merupakan sesuatu yag ditunggu-tunggu oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia.

Ini kerana amalan menunggu parlimen bubar sendiri belum lagi diamalkan.

Namun terdetik di kalangan beberapa ahli fikir tak sekolah tinggi mana sangat pun.

Kata mereka, jika kita masuk kerja jam 8.30 dan tamat jam 5.30, memang kita boleh balik awal jam 4 lebih jika bos izinkan. Ia dibenarkan, tetapi kalau tiap-tiap hari macam tu, walaupun bos benarkan, ADAKAH ITU SESUATU YANG BERETIKA?

Benarlah juga dikatakan mereka bahawa jika anda digaji untuk bekerja 8.30 hingga 5.30 , begitulah juga pemerintah digaji dengan mandat 5 tahun.

Mandat bermula pada hari selepas angkat sumpah. Bukan selepas pilihanraya.

Perumpamaannya, gaji dibayar dari tarikh lapor diri. Bukan dari tarikh hari surat tawaran dikeluarkan.

Nampaknya pemikir setakat sekolah menengah lebih bijak dari yang berkelulusan universiti luar negara dan menang berbagai anugerah akademik.


Orang Cina Semakin Cenderung Mengundi BN

Chinese voters tilting towards Barisan 

GOPENG, Mar 25: The parliament is expected to be dissolved by the first week of next month for a late April general election. Political analysts and commentators are detecting encouraging signs of shifting attitudes of the Chinese voters towards the government.

The Chinese community is observing the change and progress that Barisan Nasional is doing for the Chinese and would consider this as a turning point. They might have seen that it is important to have a government that can ensure stability in the country.

MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lekurged the Chinese community to decide if their political strength is in the ruling-government or opposition in this upcoming 13th General Election (GE13).

He said Barisan Nasional was set to form the Government and DAP and its PAS and PKR allies were in no position to change this fact.

"I can say with confidence that the Malay and Indian votes are very good for Barisan," Dr Chua said after visiting Lawan Kuda wet market here yesterday.

He advised the Chinese, whose priorities had always been on the economy and education, to seriously consider where to place their political trust. 

Bacaan lanjut : http://www.themalaysiantimes.com.my/chinese-voters-tilting-towards-barisan/

Dipetik dari THE MALAYSIAN TIMES


PKR Permatang Pauh Desak Anwar Kekal Di Permatang Pauh

Sehebat mana Anwar Ibrahim memimpin Permatang Pauh selama ini? 

Namun, macai-macai setia Anwar di Permatang Pauh mendesak Anwar Ibrahim untuk terus mengekalkan kerusi Permatang Pauh. Memorandum untuk gesaan itu disampaikan oleh Ketua Penerangan PKR Permatang Pauh, Mohd Shukri Abdul Hamid kepada Nurul Izzah di Guar Perahu, malam tadi.

Awat cempera? Takut tiada lagi 'kepala agong' dari funder terulung yang hebat bermain wang ringgit ini ?

Atau takut 'si cult leader' akan tewas tanpa maruah di kerusi-kerusi lain? 


Anwar urged to remain contesting at Permatang Pauh

By Adie Suri Zulkelfi


BUKIT MERTAJAM: The Permatang Pauh Pakatan Rakyat supporters yesterday handed over a memorandum appealing Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to remain contesting at the constituency during the upcoming general election.

The memorandum was handed over by Permatang Pauh PKR division information chief Mohd Shukri Abdul Hamid to Anwar's daughter Nurul Izzah, who is also the PKR vice president during a ceramah in Taman Guar Perahu, Penanti here last night.

Among others, Mohd Shukri said the supporters had pledged their support and wanted Anwar, the Permatang Pauh member of Parliament,  to remain contesting in the constituency.

The memorandum came after Anwar recently hinted that he could be shifting to other Parliamentary seat outside Penang and was mulling contesting in Perak.




Anwar Rancang Kacau Bilau Jika Pakatan Rakyat Kalah

Beberapa rakan teman mengideakan agar setiap pengundi yang memangkah BN, menangkap gambar kertas undi yang di pangkah secara sembunyi-sembunyi sebelum melipat dan memasukkan ke dalam peti undi. Kemudian sebarkan ke media sosial. Ini bagi dijadikan bukti rakyat teguh menyokong BN bukan atas alasan suka-suka.

Tapi teman tak rasa SPR membenarkannya.

Ramai pihak mentafsirkan bahawa pihak pembangkang sebenarnya menunggu kekalahan mereka bagi mencetus kacau bilau dan bagi memulakan 'kebangkitan Arab' yang sehingga hari ini, mereka-mereka yang 'bangkit' di sana, berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi yang buruk. Makan pun susah.

Pembangkang nampaknya meletakkan pengundi dalam keadaan terugut. Menangkan mereka atau berhadapan dengan kacau bilau sebagai hukuman. Kebiadaban yang tidak boleh dimaafkan.

Taktik keji ini dapat dilihat dari matlamat perjuangan sebilangan individu macai yang menganut fahaman demonstrasi yang ekstrim.

SEDANGKAN JIKA PAKATAN RAKYAT MEMENANGI PRU13 SEKALIPUN, ADAKAH PEPERANGAN PUAK ISLAMIS DAN PUAK SEKULAR LIBERAL TIDAK AKAN MENIMBULKAN KACAU BILAU? TIDAKKAH JADAH-JADAH KEMARUK KUASA AKAN BERTEMPUR SESAMA MEREK ADALAM MENJARAH PERBENDAHARAAN NEGARA?

SHAH ALAM: Tun Daim Zainuddin memberi amaran bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendalangi rusuhan dan tunjuk perasaan jika Pakatan Rakyat gagal menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
 
Mantan Menteri Kewangan itu berkata Anwar sudah pun menguar-uarkan kepada dunia bahawa pembangkang akan menubuhkan kerajaan baru "walaupun beliau sendiri tahu (Pakatan) tidak akan menang."
 
Jika kalah, Anwar "akan terus mendakwa berlaku penipuan dan cuba membawa Arab Spring di sini (dengan) menghasut rakyat (untuk) merusuh di jalanan bagi mendapatkan balik undi mereka," kata Daim.
 
"Ini akan menimbulkan huru hara. (Tetapi) beliau tidak peduli kerana cita-citanya (menjadi Perdana Menteri) mengatasi segala pertimbangan. Pakatan pun tidak peduli kerana mereka berada di pihak sama," tambah Daim.
 
Daim dilihat sebagai menteri kewangan yang paling berpengalaman di dalam Kabinet Tun Mahathir Mohamad sebelum bersara daripada politik untuk menceburi semula bidang perniagaan.
 
Daim menyifatkan Anwar sebagai seorang yang terlalu taksub untuk memegang kuasa.
 
"Cita-cita peribadinya mengatasi segala-galanya dan menghantui dirinya hingga beliau tidak kisah mengorbankan keamanan dan kestabilan negara," kata beliau.

Arab Saudi Ugut Haramkan WhatsApp

Arab Saudi mengugut untuk mengharamkan WhatsApp , Viber dan Skype sekiranya penyedia perkhidmatan gagal memberi kebenaran pihak berkuasa melaksanakan beberapa sekatan ke atas aplikasi tersebut.

Saudi threatens to ban WhatsApp, Viber and Skype

RIYADH: Internet messenger applications such as Skype, Viber and WhatsApp face being banned in Saudi Arabia if operators fail to allow authorities in the kingdom to censor them, industry sources said on Monday.

Local telecommunication providers have been told to ask the operators of  the services to furnish means of control, an official at the kingdom's  Communications and Information Technology Commission said, requesting anonymity.

Another source at telecom operator Saudi Telecommunications Co. (STC) said  the commission gave service providers one week ending on Saturday to respond,  warning it would "take measures to ban them" if they failed to comply.

An industry source said telecom operators were behind the move, accusing  the STC, along with Mobily and Zain, of asking the commission to impose  censorship due to the "damage" caused by the free-of-charge applications.

In neighbouring UAE, most Skype applications and Viber are blocked but  WhatsApp messenger remains accessible.

The two countries in 2010 threatened to ban BlackBerry instant messaging  and demanded installing local servers to censor the service. The services  remain uninterrupted but it was not clear how far the RIM Canadian maker did  comply. -- AFP



Monday, March 25, 2013

Pakatan Kerugian, Budaya Demonstrasi Cetus Benci Ramai Pihak



Jelas, demonstrasi yang sebelum ini dicegah dari menguasai jalan raya dan stadium oleh pemimpin yang anti konspirasi mata sebelah, hari ini telah membina sebuah generasi yang pada majoritinya, amat membenci demonstrasi yang dipertunjukkan sesetengah pihak yang angkuh demi kuasa. 

Persepsi umum jelas berpendapat jika mereka berjaya menghimpunkan 3 juta hingga tiada tersisa lagi penyokong mereka di mana-mana, semakin tetap lah ia menjana kebencian 10 juta lagi pengundi di Malaysia ke atas sikap kacau ganggu mereka ke atas aktiviti hidup dan denyut nadi perekonomian. 

Bukan itu sahaja. Kelewatan temujanji perniagaan, kesukaran mendapatkan teksi dan bas. Sekatan-sekatan jalan, memporak perandakan tarikh yang mencetus kesesakan yang menyusahkan kes-kes kecemasan dan menggendalakan majlis penting pihak lain, menjadi bualan dalam senyap dan merebak lebih pantas dari angin.

Padahal, sekiranya ekonomi terbantut, yang kebulur tentulah Melayu kerana simpanan wang yang sangat sedikit. Nafsu kuasa bentak terjah dan bantah inilah yang sebenarnya kelak menyusahkan orang Melayu sendiri kerana tanah air Malaya seluas 125,000 km persegi ini tetap dihuni hampir 40% bukan Melayu termasuk mata-mata sebelah sana.

Ternyata, kita juga kagum dengan beransurnya segelombang besar pemikir tulen dari kalangan rakyat dan cendikiawan termasuk putra putri negara yang beramai-ramai duduk menyebelahi kerajaan walaupun sekadar untuk pilihanraya sahaja kerana masa untuk menzahirkan kebencian ke atas Pakatan Rakyat yang bongkak dan penuh tipu daya itu bagi mereka telah tiba.

Pilihanraya berlalu, keadaan kembali seperti sediakala. Itu harapan mereka. Mereka mempunyai otak untuk berfikir tentang bala apakah yang akan tiba andai Pakatan Rakyat menang apabila perang agamawan dan sekularis mengambil tempat.

Pakatan Rakyat semakin terdesak untuk memanggil kembali pihak-pihak yang sangat teruja ketika mereka mendirikan kerajaan di beberapa negeri hasil dari meraup untung melalui undi protes penyokong kerajaan sendiri. Pihak-pihak ini kini enggan lagi mengundi pakatan pembangkang malah mungkin sahaja kali ini tidak akan memberi peluang Pakatan Rakyat merogol undi-undi protes tersebut demi menghasilkan pandangan bahawa mereka itu popular.

Paling cemerlang ialah dorongan dan sokongan oleh masyarakat yang tidak berparti supaya kerajaan BN patut dikekalkan dalam keterpaksaan. Darurat. Preventive measure.

Institusi pembangkang negara ini berubah serta merta dari bangkangan semak dan imbang bereputasi kepada bangkangan melulu berlaukkan fitnah.

Ini bukan Islam. Organisasi sekular tulen  tidak akan menerima agama. 

Tetapi jika mereka mahu Islam ditiadakan dalam pemerintahan atas nama sekularisme, mengapa Kristian yang dilebihkan mereka? Pun orang Melayu jenis pembangkang melulu mengatakan itu betul. 

 Islam tidak akan dapat diterap dikalangan Pakatan Rakyat melainkan semua agama disamaratakan dan sebuah ala-pancasila ditegakkan. Selamat datang ke Negara Salihara.

Umum dapat melihat. Macai tidak dapat melihat.


Expired 8 Mac : PKR Perbodohkan Melayu

Jika kita tengok cara orang Melayu diperbodohkan oleh pihak tertentu yakni orang Melayu yang mereka sokong, kita dapat melihat, mereka tidak akan pandang pada undang-undang bertulis. Melayu ini jenis pra-matang. 

Cuba lihat pihak bukan Melayu di kalangan pembangkang. Mereka tidak memomokkan sesama mereka soal  PM tidak sah selepas 8 Mac. 

Namun seorang agen PKR yang teman observe, dia masuk kedai makan orang Melayu, yang sememangnya kawan dia dari dulu. Cerita yang dia bawa, kerajaan dah expired. Si polan PKR ini juga sedang berkempen untuk dirinya.

Mungkin orang bukan Melayu tahu, kerajaan bermula pada mesyuarat pertama yang diadakan. Sebab itu mereka tidak heboh seheboh orang Melayu. 

Namun pihak yang mempunyai buruk sangka yang menyatakan orang Melayu itu mudah dibodohkan, terus mengemudi persepsi yang mengenepikan perlembagaan dan segala mak nenek undang-undang bertulis. Pun ada yang ikut. Atekecaneropetu..



Kukuhkan, Lebarkan Tiang Seri Negeri Perak

Di bawah ini artikel teman semasa Perak masih di bawah pemerintahan DAP. Dari rajah di atas, wajiblah kita rakyat negeri Perak untuk kali ini, keluar beramai-ramai mengundi , tidak seperti PRU 12 yang diwarnai sabotaj, undi protes dan sejumlah 300,000 pengundi negeri Perak yang tidak keluar mengundi.

Kali ini, pilihanraya umum benar-benar berbeza dengan pilihanraya umum yang lalu. Solidariti rakyat semakin meningkat dalam menyokong pihak yang benar-benar berkeupayaan mentadbir. Rakyat Perak telah mendapat pengajaran yang sangat bermakna dalam pilihanraya yang lepas.

Gelombang turun mengundi semakin kuat. Peratusan keluar mengundi kali ini dipercayai mampu melebihi angka 90%. Rakyat mahukan kerajaan yang kuat. Tetapi rakyat juga telah faham bahawa di zaman media sosial ini, kerajaan yang kuat pun tidak boleh lagi melakukan sesuka hati. 

SELASA, JANUARI 06, 2009

UMNO Tiang Negeri Perak?

Mungkin ianya kebetulan atau ianya gambaran bahawa penentangan terhadap penjajahan akan bermula di Sungai Perak, tempat bermulanya kerajaan Perak kira-kira 500 tahun dahulu, yakni 350 tahun sebelum kedatangan imigran Cina dan Tamil.

Hari ini, secara simboliknya, penguasaan politik UMNO, parti bumiputra atau lebih molek disebut keturunan asal rakyat sultan, seakan-akan membentuk kerangka kepada negeri Perak dan menjadi tiang penegak negeri itu walaupun keturunan asal rakyat Sultan Perak kini dipencilkan demi menaikkan penguasaan kaum Cina yang telah diterima menjadi rakyat Perak kurang 60 tahun lalu.

UMNO menguasai sepanjang Sungai Perak melebihi 300km merentas negeri itu dan membahagikannya kepada dua bahagian.

Sepertimana penentangan terhadap British yang berlaku di pinggir Sungai Perak, penentangan ke atas kerajaan boneka pimpinan parti sosialis Cina mungkin bermula dari kekuatan tulang yang menjadi asas tegaknya negeri Perak.

Walaubagaimanapun ianya merupakan satu kebetulan yang menggambarkan kekuatan bagi sebuah kebangkitan.

Anwar 'Bunuh Diri' Jika Bertanding di Lumut atau Tambun

Anwar dipelawa tanding di Tambun
8:34 PG Idham Lim
13 Jamadil Awal 1434 H.

Datuk Seri Anwar Ibrahim

BAGAN SERAI - Selepas Pemuda Pas Perak mempelawa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Lumut, kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) Daerah Kerian pula mencadangkan beliau bertanding di kerusi Parlimen Tambun.

Sumber PR berkata, keperluan peletakan Anwar di kerusi Parlimen Tambung penting berikutan kawasan itu mempunyai majoriti penduduk bandar, selain bilangan pengundi bukan Melayu yang tinggi.

Teman sangat-sangat hairan mengapakah Pakatan Rakyat daerah Kerian mencadangkan Anwar Ibrahim bertanding di Tambun. Sudahlah jalanraya di Lahad Datu lebih cantik dari jalan Permatang Pauh - Penanti, jasa apa yang dapat dicurah oleh Anwar Ibrahim di tempat orang setelah tempat sendiri pun bagaikan suasana di negara mundur.

Adakah Pakatan Rakyat daerah Kerian dan PAS Perak menunjukkan rumah sembelihan untuk Anwar Ibrahim merasai kalah pilihanraya? Lumut dengan Pengkalan TLDM manakala Tambun dengan kem PGA. Adalah kaedah bunuh diri sekiranya sepanjang penggal yang akan berakhir ini, kerja Anwar Ibrahim hanya menggerakkan usaha memburukkan pasukan polis dan tentera.

Kebencian terhadap Anwar Ibrahim semakin berleluasa di parlimen Tambun amnya, DUN Hulu Kinta khususnya. Ini kerana kawasan ini menempatkan pesara-pesara polis dan tentera serta waris-waris mereka yang panas hati kerana sikap pembangkang ke atas anggota keselamatan ketika ini di Lahad Datu.

Sehinggakan, pihak PKR sendiri terkial-kial untuk mencari tenaga kerja jentera pilihanraya mereka dek kerana semakin ramai yang enggan bersekongkol dengan PKR - walaupun menawarkan upah yang lumayan - nampaknya pada masa ini, wang bukan lagi segala-galanya.

Sekiranya Anwar Ibrahim bertanding di Tambun, adalah haram jadah kepada sesiapa yang mengundinya memandangkan dia tidak mencurah apa-apa bakti langsung ke atas penduduk di dalam Parlimen Tambun.

Parlimen Tambun dikordinasi dengan baik dan segala permasalahan dalam penggal pemerintahan yang akan berakhir ini, telah diselesaikan oleh wakil rakyat yang walaupun sibuk dengan tugas sebagai Menteri Kewangan II , namun kelibatnya di parlimen yang diwakilinya sentiasa ada.

Jika Anwar mahu bertanding di Tambun, silakan.  Namun dia harus ingat, kemunculannya di Tambun, khususnya  Taman Perpaduan membawa debut lagu Sabah Nak Hilang nya Disember lepas hanya menarik 250 orang penyembahnya. 88,000 pengundi di Tambun telah membuat pilihan.

سودهكه اندا ممبوات ڤيليهن؟



باڽق كالي تله كيت دڤرايڠتكن تنتڠ ڤچه بله بڠسا ملايو كيني برادا ڤد تاهڤ يڠ 
ممبيمبڠكن.

كيت تيدق اكن داڤت برساتو سلاڬي اد د انتارا كيت توندوق كڤد ڬرقن ليبراليسم كران كيت براڬام اسلام.

كيت اكوا اورڠ چينا سماكين راماي مڽوكوڠ باريسن ناسيونل نامون كيت تيدق تاهو سياڤا يڠ مريك اوندي. 

جك كيت ليهت كڤد ڤركمبڠن هاري اين، تيدق مستحيل كواس بوكن اسلام اكن ممڬڠ تمڤوك ڤمرينتاهن جك ڤاكتن رعيت ممرينته

كيت ماهو مليهت ريفورماسي. ماله كيت ماهو مليهت ڤينتادبيران يڠ لبيه باءيق. تتاڤي قاعده يڠ دباواكن اوليه ڤاكتن رعيت ساڠت مربهاي

اڤ رانچڠن سبنر مريك يڠ كاتڽ ممڤرجواڠكن اسلام تتاڤي ڤد ماس يڠ سام برسكوڠكول دڠن ڬرقن سكولاريسما دان ليبراليسم؟ كيت سنديري ڤون تيدق تاهو

تتاڤي اڤ يڠ داڤت دليهت اياله، كاچاو بيلاو يڠ اكن ممباوا چمڤورتاڠن نڬارا اسيڠ كران اي مليبتكن ڬرقن يڠ دسوكوڠ اڬين-اڬين زياونيس

ككالكن كمعمورن سديا اد اتاو برسديا مڽقسيكن ڤرتمڤوران ڤواق اسلام دان سكولر دالم ڤاكتن رعيت؟

.اندا تنتوكن. ستياڤ اوندي ساڠت برهرڬ

Menteri Kewangan II Rasmikan Surau Taman Perpaduan

Ahli Parlimen Tambun, yang juga Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah telah merasmikan surau Taman Perpaduan (Surau Al-Ittihadiah) yang mula dibina pada tahun 2009 dan siap pada tahun 2012 petang semalam, Ahad 24 Mac 2013 bersamaan 12 Jamadilawal 1434 jam 3.00 petang.




Thursday, March 21, 2013

Indonesia Lindung Pengganas Sulu ?

Baca laporan ini betul-betul. Sama ada tersalah lapor, atau sememangnya laporannya sebegini. Jika laporannya benar-benar sebegini, bermakna kenyataan tersebut ditujukan kepada siapa? Kawalan sempadan diperketatkan untuk menghalang siapa?

Sudah tentu jika Malaysia mendapati ada pengganas yang menyusup ke wilayah Indonesia, maka pihak Indonesia yang akan diminta mengesannya. Jadi maksud berita tersebut sebenarnya apa? Indonesia melindungi pengganas Sulu dari ditangkap oleh Malaysia???


Rabu, 20/03/2013 13:18 WIB

Cegah Rembesan Konflik Sabah, Perbatasan di Kalimantan Diperkuat



Jakarta - Konflik bersenjata antara militer Malaysia dengan pasukan kerajaan Sulu di Sabah, Kalimantan. Untuk mencegah dampaknya terhadap keamanan RI, perbatasan Indonesia-Malaysia di Kalimantan semakin diperketat penjagaannya. 

"Jarak perbatasan kita dari titik konflik Sabah sejauh 150 km, dan kita sudah lakukan koordinasi dengan Mabes TNI. Kita sudah perkuat pos perbatasan," ujar Menhan Purnomo Yusgiantoro saat jumpa pers di acara JIDD di Jakarta Convention Centre, Senayan, Rabu (20/3/2013).

Pengamanan dilakukan untuk mencegah adanya pihak Malaysia ataupun Kerajaan Malaysia yang masuk ke Indonesia secara ilegal. Purnomo mengaku, Indonesia juga menaruh perhatian pada konflik tersebut.

"Kita sudah perkuat perbatasan supaya jangan sampai ada satu kebocoran, supaya tidak terjadi rembesan-rembesann," ungkapnya.

Purnomo mengatakan, Menlu Indonesia Marty Natalagewa akan bertemu dengan Menlu Filipina untuk membicarakan masalah tersebut. "Termasuk saya yang akan bertemu dengan kawan saya Menhan Malaysia," paparnya.

Baca sendiri di SINI  


Majlis Peguam Sedia Khidmat Guaman Kepada Pengkhianat

Bagi memenuhi tuntutan undang-undang negara ini dan undang-undang antarabangsa, Majlis Peguam berbesar hati menawarkan bantuan guaman kepada mereka-mereka yang ditahan di bawah Ops Daulat kerana didapati terlibat membantu Sultan Sulu palsu dalam pencerobohan bersenjata ke atas kedaulatan negara ini.




KUALA LUMPUR — Majlis Peguam Malaysia akan menemui Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Persatuan Undang-undang Sabah berhubung kerjasama untuk memberi bantuan guaman kepada semua tahanan di bawah Ops Daulat.
Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong berkata hari ini, majlis itu menyambut baik tawaran Peguam Negara kepada Badan Peguam Malaysia dan persatuan itu untuk memberi bantuan guaman kepada tahanan berkenaan.
Jumaat lepas, Abdul Gani berkata, Majlis Peguam dan Persatuan Undang-undang Sabah akan bekerjasama ke arah usaha ini.
Leong berkata langkah itu selaras dengan obligasi Malaysia untuk mematuhi keperluan undang-undangnya dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan standard hak asasi manusia.
Lebih 100 orang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 berikutan serangan pengganas di Lahad Datu dan Semporna baru-baru ini. - Mynewshub

PapaGomo Ditawar Wang Ringgit ?



Ada pihak menawarkan sogokan? Apakah yang dimaksudkan oleh PapaGomo ini? 

Nampaknya politik wang begitu subur di pihak sebelah sana. 

Di sebalik saman RM100 juta yang dikemukakan terhadap PapaGomo oleh Anwar Ibrahim, nampaknya ada imbuhan yang hanya PapaGomo sahaja yang mengetahui amaunnya berapa. 

Berhadapan dengan tawaran yang entah berapa angka, tentu sekali ia menguji seseorang. Maka kita tunggu dan lihat sahajalah. 

Keberanian PapaGomo seharusnya tidak mungkin dipadamkan begitu sahaja dengan tindakan korupsi oleh pihak yang kononnya 'bersih'.

Masa terus berlalu. Tempoh 48 jam yang diberi semakin suntuk. 

Emmm emmm emmmm bukak harga nampaknya.... Emmmmm kuatkan iman... Kepala Agong jadi tawaran.... Fuh...

Wednesday, March 20, 2013

Pemimpin Islam Filipina Kecam Misuari , Pemimpin 'Islam' Malaysia Sokong Anwar

Pemimpin MILF Murad Ebrahim, terus menyelar Nur Misuari dan menyatakan bahawa bukan Malaysia yang menuntut Sabah kerana Sabah berada di Malaysia. Beliau juga menegaskan bahawa bukan Filipina yang menuntut Sabah. 

Menurutnya lagi, bukan Malaysia yang menawar diri untuk menjadi orang tengah rundingan damai antara MILF dan Filipina tetapi Malaysia dijemput Presiden terdahulu, Gloria Macapagal Arroyo.

Dia turut menyebut bahawa apa yang dikatakan oleh Misuari adalah merepek.



Berbeza dengan di tanah air, sahabat Misuari yang enggan mengecam pencerobohan yang didalangi Misuari  terus disokong oleh pemimpin 'Islam'.

Terbaru, seorang Mursyidul Am sebuah parti yang kerap menonjolkan diri sebagai jaguh dalam mempertahankan Islam dengan selamba menyebut " kalau Anwar tempang sekali pun, kalau dia dah cerdik, terima je la."

Itu menunjukkan PAS menerima sesiapa sahaja yang cerdik tidak mengira latarbelakang apapun. 

Tidak hairan jika berlaku pencerobohan tentera Yahudi sekalipun, oleh kerana Yahudi itu 'cerdik'; maka kita boleh tahu apa ulasannya.

Saifudin Nasution Lari Ke Kulim Bandar Baru, Rafizi Ramli Cuba Nasib Di Pandan

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan beliau mungkin akan bertanding di Perak pada pilihanraya umum nanti.

Beliau yang ditanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini tentang hasrat beliau sama ada untuk terus mempertahankan kerusi yang dimenangi oleh beliau sebelum ini di Permatang Pauh atau tidak.

Anwar memberitahu, sehingga sekarang beliau berhasrat untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Namun, beliau turut memberitahu ada menerima pelawaan untuk beliau bertanding di Selangor dan juga di Perak.

"Buat masa ini saya tidak berhasrat untuk mempertahankan kerusi di Permatang Pauh, namun saya juga turut menerima jemputan agar bertanding di Selangor dan juga Perak.

"Tetapi di Selangor mungkin tidak, mungkin saya akan bertanding di Perak," jelas beliau dengan senyuman.

Anwar yang sebelum itu sempat membuat pengumuman lima calon dari PKR yang akan bertanding di Sarawak pada pilihanraya nanti.

Antara nama yang disebut adalah Pengerusi PKR negeri Sarawak, Baru Bian yang akan bertanding di Parlimen Limbang.

Sementara itu, beliau turut mengesahkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar akan terus kekal di kawasan itu.

"Nurul Izzah biarlah dia di Lembah Pantai buat apa kita kacau.

"Nama-nama calon yang saya sebut ini adalan kerusi yang milik PKR dan tidak bertindih, apa yang pasti kedudukan kerusi di Sarawak sudah pada peringkat terakhir," sambung beliau lagi.

Selain lima nama yang akan bertanding di Sarawak, turut diumumkan adalah kerusi Parlimen di Kulim Bandar Baru yang akan diisi oleh Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Parlimen Padang Serai akan diwakili oleh N Surendran, Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan juga Fuziah Salleh yang akan mempertahankan kerusi di Parlimen Kuantan.

Turut hadir pada sidang media tersebut itu adalah Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian. ~ hrkah

Anwar Ibrahim Bertanding Di Gopeng ?

Setelah Kit Siang lari dari Ipoh Timur membawa rekod buruk perkhidmatannya selama dua penggal di sana, kini Ipoh Timur menjadi rebutan antara Nga dan Ngeh, dua bersaudara yang pernah membonekan PAS satu ketika dahulu melalui Nizar Jamaluddin.

Tetapi, boleh jadi, kejutan akan berlaku. Tiada siapa tahu. Oleh kerana skandal yang membuatkan orang Melayu semakin menyampah dengannya, adakah Anwar Ibrahim akan cuba bertanding di Ipoh Timor? 

Teman lebih yakin kalau Anwar akan bertanding di Parlimen Gopeng jika dia mahu ke Perak. Parlimen yang turut merangkumi pinggiran bandaraya Ipoh itu mempunyai bilangan pengundi Melayu dan Cina yang sama banyak, dimenangi oleh  wakil PKR , Lee Boon Chye pada tahun 2008. Statistik terkini menunjukkan Parlimen tersebut merupakan kawasan parlimen paling tinggi bilangan pemilih di negeri Perak dengan jumlah kira-kira 96,000 orang pemilih.

Ipoh Timor mempunyai lebih 83,000 pengundi dengan statistik 2008 menunjukkan kira-kira 80% dari pemilih di dalam kawasan tersebut adalah  berbangsa Cina.


Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beliau akan bertanding kerusi Parlimen sama ada di Perak atau Selangor. Pengumuman itu sekali gus melenyapkan teka-teki sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Bagaimanapun, Anwar menambah, beliau masih belum dapat membuat keputusan muktamad mengenai pilihan kerusi yang bakal ditandingi.

"Saya belum buat keputusan kerana ada cadangan yang meminta saya turun (bertanding) di Perak atau Selangor.

"Tetapi saya sedang menimbang untuk turun ke Perak," katanya pada sidang media di ibupejabat PKR, di sini, hari ini.

Anwar memenangi kerusi Permatang Pauh menerusi pilihan raya kecil pada Ogos 2008 selepas dikosongkan oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau memegang kerusi sehingga 1999. Pada Pilihan Raya Umum 1999, ia dimenangi oleh Dr Wan Azizah.

Ketika diminta mengulas mengenai pengganti kerusi Parlimen Permatang Pauh, Anwar menjelaskan, beliau sedang meneliti beberapa nama calon untuk diletakkan di kawasan itu.

Ditanya sama ada, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bakal menggantikan beliau, Anwar menolak dakwaan itu.

"Dia (Nurul Izzah) sedang fokus di Lembah Pantai, apa pasal kita nak kacau dia.

"Biar (Datuk) Nong Chik seorang kacau dia sudahlah," katanya lagi.

Peperiksaan Lahad Datu. 2 Soalan Sahaja.


Gambar Hiasan


Soalan 1

Husin adalah ketua kampung A. Usop pula ketua kampung B. Kampung A dan Kampung B terletak bersebelahan, terjebak dengan sengketa tanah yang dimulakan oleh seorang Arip dari kampung A.

Sejarahnya isu berkait Arip, pemilik tanah dalam kampung A yang dahulunya ingin mewujudkan kampung sendiri yang dinamakan kampung C. Tetapi kerana lapar wang, dia merelakan tanahnya menjadi sebahagian kampung A. Sekelumit tanah lagi diserah ke Kampung B selama-lamanya.

Melihat sekelumit tanahnya di Kampung B semakin maju, dia mahu menuntut semula tanahnya di Kampung B. Dengan siapa dia hendak tuntut? 

a) Usop
b) Musuh Usop

(50 markah)


Soalan 2

Musuh Usop  yang teringin menjadi ketua kampung B dan kerap ke Kampung A. Di sana, dia menjalinkan persahabatan yang akrab dengan puak musuh Husin yang juga teringin menjadi ketua kampung A. Apabila Arip menceroboh kampung B, musuh Usop enggan mengutuk tindakan Arip demi menjaga perasaan kawan-kawannya di kampung A. Sebaliknya musuh Usop ini terus menyalahkan Usop. Adakah tindakan musuh Usop itu akan menimbulkan syak kepada penduduk kampung B bahawa dia bersekongkol dengan Arip?

a) Ya
b) Tidak

(50 markah)


P/S : Rakyat tidak bodoh. Mahu berjumpa dengan sesiapa sekalipun, buat appointment. Jangan rempuh rumah orang dengan senjata api. Megelak untuk mengecam tindakan sebegini hanya menzahirkan helah sebenar.

Tuesday, March 19, 2013

Krisis Lahad Datu : Kerjasama Pembangkang Dua Negara?


Mungkin ini sebabnya Kiram masih belum disabitkan kesalahan. Kiram si miskin yang bodoh dan naif. Diperdaya oleh satu pihak lagi yang kaya, bijak dan paling sahih, PEMBANGKANG yang bernaung di bawah United Nationalist Alliance yang dipengerusikan Joseph Estrada.

Mungkin atas sebab inilah pihak Filipina belum bertindak mengambil tindakan undang-undang ke atasnya atas pencerobohan bersenjata pihak Kiram ke atas kedaulatan Malaysia. Jadi siapa yang sedang diburu dalam senyap di Filipina?

Simpati yang diterima Kiram di Filipina rata-rata dari kelompok pembangkang! Mungkin sahaja penarikan balik sapina ke atas Kiram dalam isu ini berkait dengan parti pembangkang United Nationalist Party sendiri yang mana Presiden parti tersebut, Jejomar Binay, kini menjawat Timbalan Presiden Filipina! 
Also on Monday, former senator Richard Gordon, who is running for the Senate under the opposition United Nationalist Alliance banner, urged President Aquino to bring the sultan to the Palace for talks. “There’s no need for him to ask for an apology. He should tell everybody to calm down and assured them that he will protect them,” said Gordon. He brushed aside any need for emissaries. “He (the President) should be the one to do the talking because he created the noise, which was really wrong,” Gordon said. He also dismissed the talks with Roxas as mere propaganda. “That’s where the administration is good– in propaganda. They will destroy the Kirams,” he said.
Selain itu pertemuan Kiram dengan Misuari turut diiringi pemuka-pemuka United Nationalist Alliance seperti yang dilaporkan PhilStar.com edisi 4 Mac 2013 :
Gonzales along with Moro National Liberation Front (MNLF) chairman Nur Misuari, President Aquino’s uncle Jose “Peping” Cojuangco and his wife, United Opposition Alliance (UNA) senatorial candidate Margarita “Tingting” Cojuangco are being suspected of instigating Kiram's decision to send his army to Lahad Datu last February 11 to insist their claim over Sabah.
Kritikan dari pemimpin United Nationalist Alliance terus mencurah seperti laporan Global Inquirer pada 13 Mac yang menuduh Malaysia melayan pendatang Filipina dengan kejam selepas kejadian pencerobohan tersebut.
Sen. Gregorio Honasan, the chairman of the Senate committee on public order, said Malaysian reassurances were no longer enough. He said Malaysia should allow Philippine observers or those from a third party to look into the plight of Filipinos in Sabah. “This is no longer about our claim over Sabah. This has become an international issue and the Malaysian government should show what’s true and what’s not. We need more than reassurances,” Honasan told the Inquirer. “[Malaysia] should allow a third party or our officials to check on the condition of these alleged victims of torture and violations of human rights because Filipinos are involved,” he said. Escudero and Legarda are running for reelection under the administration coalition Team PNoy led by President Aquino, while Honasan is part of the opposition United Nationalist Alliance of Vice President Jejomar Binay, Senate President Juan Ponce Enrile and former President Joseph Estrada.


Mengapa Anwar Ibrahim masih tidak mengecam pencerobohan ini? Mengapa? Menjaga hubungan baiknya dengan Joseph Estrada?  Lebih menarik, parti ini sedang dalam agenda meraih sokongan rakyat Filipina dalam pilihanraya pertengahan penggal pada pertengahan tahun ini. Malah Jejomar Binay juga berkemungkinan akan menentang Benigno bagi jawatan Presiden pada tahun 2016 jika tidak Estrada sendiri. 

Mungkin sahaja mereka dirugikan oleh perjanjian damai Benigno Aquino - Murad Ebrahim (dibaca Filipina - MILF) yang dianjurkan Malaysia dari segi peluang-peluang seperti mana Nur Misuari dari MNLF merasa rugi dalam bentuk kuasa.

Adakah ini caranya United Nationalist Party untuk meraih sokongan rakyat Filipina? Dengan cuba  memanaskan isu 'nasionalis melulu' dan 'patriotisma tanpa undang-undang? Menggunakan kuasa feudal yang tiada apa-apa kuasa dalam negara republik, untuk memalukan Presiden Benigno supaya Benigno kelihatan tidak patriotik?

Persoalannya, di pihak Malaysia tentulah ada  yang "memberi greenlight"? Siapa kawan baik Estrada ? Siapa yang enggan mengecam pencerobohan ini kononnya demi menjaga hati 'rakan-rakan di Filipina'. 

Bukankah tidak menjadi isu andai Ketua Pembangkang negara ini mengutuk sekerasnya pencerobohan ini dan mengambil langkah untuk bersama menyelesaikannya bersama-sama kerajaan tanpa perlu merancang untuk BERLAKON HERO demi untuk mendapat nama?

Tidak hairanlah apabila perbincangan pihak penceroboh dengan pihak polis bulan lalu mendedahkan mereka mahu bertemu personaliti politik negara ini. Agaknya, selepas bertemu, kenyit mata, mereka pulang dan si dalang ini akan dilihat sebagai hero menyelesaikan kemelut. Satu permainan politik yang menguntungkan pembangkang di negara ini dan pada masa yang sama, pembangkang di Filipina juga mendapat untung.

Kedua-dua pihak bakal berhadapan pilihanraya. Malaysia sebelum April 2013 berakhir dan Filipina sebelum Jun 2013 berakhir.

Malangnya, itu tidak menjadi. Kini Filipina meletak Kiram ke tepi. Kiram hanya si bodoh yang dipergunakan. Dia sendiri mungkin sahaja tidak tahu bahawa dia sedang dipermainkan. Dalang  kini berpeluh dahi. Rancangan tak menjadi. Terfikir pula apakah akan ada permohonan ekstradisi ke atasnya. Nampaknya, Tian Chua lah harus disalahkan kerana memberi 'hint' terlalu awal. Terlalu awal sehingga rakyat meneroka internet untuk mencari akar sebenar persoalan yang tidak difahami selama 3 minggu rundingan dibuat antara pihak polis dan pihak penceroboh.


Lim Kit Siang Dari Ipoh Timur Ke Gelang Patah

Lim Kit Siang yang dikenali tidak berjasa di Ipoh Timur, berpindah lagi. Diwawarkan Parlimen Ipoh Timur akan ditandingi oleh Ahli Beliawanis MCA Pusat yang telah melakukan kerja untuk rakyat Ipoh Timur dengan cemerlang.

Dia yang mahu bertanding di Johor dikatakan memilih kerusi Parlimen Gelang Patah , parlimen yang mengumpul sebahagian besar Cina di Johor Bahru.

Di parlimen ini juga letaknya loji air yang membekalkan air ke Singapura dan DUN Skudai yang disandang oleh wakil DAP, ketua pembangkang di Johor,  seorang rasis yang enggan memakai songkok ketika majlis angkat sumpah DUN Johor 2008 silam.

Ini membuatkan Chua Jui Meng yang beria-ia mahu bertanding di kerusi tersebut telah diketepikan.

Adakah  mesej yang hendak disampaikan oleh Tan Ah Eng bahawa beliau dapat menjamin kelangsungan politik tokoh pembangkang ini sehingga sanggup melepaskan Ipoh Timur yang dimenanginya dengan majoriti puluhan undi ke sebuah Parlimen yang dimenangi BN sebelum ini dengan 8851 undi?

Berbanding Ipoh Timur yang memiliki 80% pengundi kaum Cina, Gelang Patah hanya mempunyai 54% pengundi kaum Cina mengikut data tahun 2008.

Padan muka Chua Jui Meng.

PKR "serah" kerusi Gelang Patah kepada Kit Siang


JOHOR BAHRU 18 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya 'mengalah' kepada DAP apabila memberi laluan kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk bertanding kerusi parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis anjuran DAP di Taman Sutera Utama di sini malam ini, sambil menyifatkan isu 'perebutan' kerusi di Johor sudah selesai.
"Kita tidak nafi memang ada sedikit masalah yang timbul berhubung kerusi itu sebelum ini, namun Kit Siang memberitahu saya dia sudi bertanding di situ, jadi saya menyokong penuh hasratnya itu," kata Anwar.
Kerusi Parlimen Gelang Patah menjadi punca sengketa antara PKR dan DAP Johor apabila Pengerusi PKR negeri, Dr. Chua Jui Meng menyatakan hasrat untuk bertanding di kawasan tersebut tetapi ditentang oleh Pengerusi DAP negeri, Dr. Boo Cheng Hau.
Pada pilihan raya 2008 lalu, kerusi tersebut ditandingi oleh wakil PKR, Dr. Zaleha Mustafa tetapi tewas kepada Tan Ah Eng daripada BN dengan majoriti 8,851 undi manakala pada 2004, ia ditandingi oleh calon Parti Rakyat Malaysia (PRM).
Sementara itu, kelibat Jui Meng tidak kelihatan pada majlis itu malam ini. - UTUSAN