Wednesday, May 23, 2012

Peluang Kerjaya di Himpunan Jutaan Belia 2012

Gerbang Kerjaya adalah program yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia dan ia adalah salah satu program Hari Belia Negara – Himpunan Jutaan Belia 2012 yang akan diadakan di Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei 2012.

Belia-belia lepasan SPM, Diploma dan Ijazah serta kelulusan lain yang diikhtiraf boleh berkunjung ke Gerbang Kerjaya bagi mendapatkan maklumat dan info serta khidmat nasihat yang berkaitan dengan kerjaya. Sebanyak 100 Booth pameran di mana melibatkan lebih 70 agensi / syarikat yang akan bersama-sama menyertai program ini.

Para pengunjung boleh mendapatkan segala info dan maklumat yang berkaitan seperti, bengkel motivasi kerjaya, panduan & khidmat nasihat kerjaya, kaedah menulis resume, kaedah temuduga & etika berpakaian dan sebagainya. Gerbang Kerjaya juga turut menawarkan temuduga secara terbuka kepada semua selain daripada permohonan secara kaedah online.

Bagi membantu para pengunjung yang hadir, JobsMalaysia turut menawarkan khidmat perunding kerjaya dan padanan kerjaya kepada bakal pekerja. Kepada semua rakyat Malaysia dan bakal pekerja, datanglah beramai-ramai ke Himpunan Jutaan Belia 2012 di Gerbang Kerjaya untuk mendapatkan info dan maklumat berkaitan pekerjaan dan peluang kerjaya yang bakal ditawarkan kepada anda. Datanglah beramai-ramai di Presint 3 Putrajaya!

Untuk Lebih Lanjut sila hubungi EN.NORAZMI MOKNI (019-9710776)
Seketeriat HBN 2012

Ini untuk mereka yang obses dunia artis.

Anwar Dan Pengkalan Tentera USA Di Lumut


Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat, Ng Lum Yong mendedahkan rahsia dan motif hubungan rapat NGO khususnya dari Amerika Syarikat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dalam tempoh lima tahun akan datang China akan bergelar kuasa besar di Asia Pasifik, begitu juga dengan India dan Indonesia.

"Walaupun tidak diberi peluang di China, namun Anwar Ibrahim sentiasa menyampaikan ceramah dan bertemu media di India dan Indonesia hanya untuk merosakkan hubungan baik Malaysia dengan kedua-dua negara tersebut," kata Ng Lum Yong.

Beliau yang pernah dinafikan hak bertanding jawatan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR hanya kerana mendedahkan komplot menjatuhkan Menteri Besar Selangor itu turut berkata mendedahkan melalui Anwar Ibrahim, AS mahu menguasai Selat Melaka dan mengadakan satu pengkalan tentera khusunya di Lumut, Perak.

Ng Lum Yong turut menambah tujuan diadakan pengkalan tentera tersebut sebagai langkah AS menghindarkan ketiga-tiga negara Asia ini menjadi kuasa besar utama di Asia Pasifik.

"Anwar telah banyak menerima pembiayaan dan sumber kewangan besar dari Amerika Syarikat melalui pertubuhan-pertubuhan NGO.

"Tujuan mereka adalah mahu menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri untuk memudahkan pembinaan pengkalan tentera di sini," dakwa Ng Lum Yong.

KL Pos