Wednesday, April 28, 2010

Sejarah Berulang: "Malay Leftist" Diperbodohkan Kafir.

Jika politik 1930an banyak dibawa oleh elemen mengindonesiakan jajahan British oleh orang Melayu dan mendapat sokongan besar orang Melayu pada ketika itu, hari ini, PKR dan PAS berada dalamperahu DAP untuk menyerang kolek orang Melayu.

Jika niat jahat British yang ditentang oleh orang Melayu pada ketika itu ialah niat menjadikan negara ini sebuah republik bernama Malayan Union atau United States of Malaya, sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat hakikatnya membawa kepada arah yang sama.

Hasil usaha orang Melayu menolak sistem republik telah mengekalkan survival Islam di negara ini untuk 80 tahun, sehingga hari ini.

Nampaknya kali ini, orang Melayu yang bodoh, masih lagi berani memilih untuk mengikut aliran ciptaan "British" yang dipakaikan pada DAP dan PKR.

Yang menjadi mangsa ialah makcik-makcik, pakcik-pakcik, aya-aya, aci-aci, apek-apek, nyonya-nyonya yang tak tahu apa. Buat masa ini, pertimbangan Bumiputra Sabah dan Sarawak adalah yang paling rasional berbanding Melayu, Cina dan India semenanjung yang telah dijangkiti virus politik jahat.

Maksud jahat ialah apabila kita dapat melihat dengan jelas ketegaran orang yang memperjuangkan Islam, bersemeja sebantal dengan orang yang cauvinis yang merupakan assabiah totok dan bertolong-tolong pula sesama mereka dalam menentang hukum Islam. Malah bukan mereka yang memimpin, malah dipimpin pula oleh orang yang meperolok-olokkan agama mereka.

Syaitan apakah yang merasuk mereka sehingga begitu tuli dan buta?

Tahun 1930an Berulang! Adakah Kita Menanti "Penjajahan Jepun"?

Politik tidak sihat bawaan Pakatan Rakyat terus berlaku. Kali ini dengan pembabitan tunggul PAS dari Perak, Nizar Jamaluddin. Dia dirakam membuan ceramah berunsur hasutan kepada masyarakat Cina di Hulu Selangor.

Dia juga menyebarkan kebencian dengan peluang yang tidak pernah dimiliki oleh sesiapa hatta pengganas komunis , al-maunah, dan jemaah islamiah.

Apakah trend ini sihat? Adakah pengganas melalui politik sentiasa terlepas untuk berbuat apa sahaja?

Adakah kita hanya diam? Seharusnya kita tahu bagaimana mengekalkan kesetiaan rakyat pada negara dengan cara mendidik dan mengawal.

Jika Malaysia mengamalkan sikap terlalu terbuka dalam membiar pengganas politik yang mungkin diangkat oleh masyarakat yang dibiarkan kebodohan akibat kesombongan mereka mereka berleluasa, Parti Komunis Malaya seharusnya di beri peluang sejak dahulu lagi.

Jika itu berlaku, demografi penduduk Malaysia mungkin berubah dan asimilasi total akan berlaku.

Namun, oleh kerana KEISLAMAN yang dipertahankan survival sebuah bangsa yang kononnya "MALAS" ini, PKM ditolak. Hari ini siapakah yang menunjukkan tanah semenanjung ini diketuai oleh parti orang-orang Islam dan memimpin Islam dan bukan Islam? UMNO atau PAS? ADAKAH PAS MENGETUAI PAKATAN RAKYAT? NIZAR SEBENARNYA ADALAH SYAITAN BESAR DALAM PERMAINAN SOSIALIS.

Hari ini kita melihat orang Melayu, sedang berubah lebih buruk sekali berbanding 1930an ketika penjajahan British, untuk memeluk 'agama' sosialis dan komunis. 'Penganut' agama ini akhirnya memerintah dengan kuku besi dan mempunyai diktator sendiri malah hingga berleluasa penghapusan puak seperti Vietnam, Yugoslavia, Chile, Argentina, Kemboja, China.

Politik hari ini kembali kepada politik Malaya sekitar tahun 1930an. Jika kita terus berada dalam kekalutan politik seperti saat tersebut, sejarah telah berulang. Sekuensnya, adakah kita sedang menantikan "Penjajahan Jepun"?