Tuesday, April 10, 2012

Lebih Baik Penyokong Kerajaan Turut Sertai Bersih 3.0

Memang ini adalah inisiatif pembangkang. Perhimpunan Bersih walaubagaimanapun perlu ada segmen pemerintah di dalamnya.

Ini kerana laung pekik jeritan puak-puak pembangkang yang menuduh SPR sebagai agen mempertahankan kerajaan memerintah untuk kali ketiga ini cukup untuk menutup segala buruk lagu mereka ke atas sistem pilihanraya.

Dengan pengundi hantu mereka yang benar-benar wujud dan meresapi kawasan-kawasan kubu kuat Barisan Nasional, serta hembusan spekulasi tentang masyarakat Cina tidak mendaftarkan kematian bagi membolehkan pendatang China mengundi bagi pihak mereka adalah perkara-perkara yang tidak pernah dilaungkan oleh para penyokong kerajaan.

Menganggap Bersih sebagai manifestasi pembangkang semata-mata sebenarnya menutup pintu untuk kita dalam melihat salah laku pihak ini dalam proses pilihanraya.

Parti Pembangkang hakikatnya amat selesa apabila sanggahan ke atas sistem pilihanraya hanya dibuat oleh mereka dan tiada siapa dari segmen penyokong kerajaan yang mahu menyertai perhimpunan itu atas nama ianya haram dan menutup periuk nasi.

Kali ini, perhimpunan tersebut dibenarkan. Inilah masa untuk segmen penyokong kerajaan turut menyertai perhimpunan ini bagi melahirkan manifestasi tidak puas hati terhadap permainan puak pembangkang yang menyeret SPR dalam komplot politik mereka.

Siapa tahu dengan kehadiran penyokong kerajaan, ramai mereka yang mengikuti perhimpunan ini akan berada di kem kerajaan nanti. Lebih mulia, selesai perhimpunan Bersih, para penyokong kerajaan bolehlah melakukan kerja gotong-royong pembersihan tapak perhimpunan bagi menyindir tindak-tanduk moral pembangkang dalam etika perhimpunan.

Silence is no more golden.

Bersihkan Daftar Pemilih Kaum Cina

Ini bukan cakap fitnah. Ini telah lama menjadi buah mulut orang Melayu. Setiap kali banci penduduk dijalankan, mereka dari kaum mana yang enggan membuka pintu?

Mereka tidak mahu negara menjalankan proses mengenalpasti penduduk ke atas mereka. Tetapi mereka inilah yang menjerit-jerit meminta senarai daftar pemilih dibersihkan.

Heboh pada satu masa dahulu yang orang-orang Cina sesetengahnya tidak mendaftar kematian! Mereka menggunakan nama dan identiti orang yang telah mati untuk diberikan kepada pendatang dari China yang dibawa masuk. Ubahsuai identiti ini hanyalah cakap kosong tanpa bukti.

Tetapi adakah ia tidak benar. Jika Melayu di Pulau Pinang berkata perkara yang sama dengan Melayu di Ipoh dan Keala Lumpur, sudah pasti ada yang tidak kena.

Mereka-mereka ini, seharusnya membersihkan daftar pemilih dikalangan mereka ini dahulu yang dikatakan sangat kotor.

Sebab itulah mereka mempunyai idea untuk menuduh kewujudan pengundi hantu, individu yang sudah mati yang digunakan identiti mereka dan berbagai macam lagi.

Hati-hati dengan mereka yang licik ini.

Pembangkang Telah Lebih Awal Menghantui Daftar Pemilih

Hal ini teman dah kisahkan. Tetapi akan terus teman kisahkan. Pakatan Rakyat teman cabar supaya menegah pengundi-pengundi mereka menukar tempat mengundi ke kawasan yang asing bagi pengundi tersebut. Hal ini banyak dibuat dengan menukar alamat di kad pengenalan.

Selepas itulah baru mereka layak untuk bercakap tentang pengundi hantu dan reformasi sistem pilihanraya negara ini.

Seperti kisah teman dulu, si pemandu teksi yang tinggal di Pudu Ulu selepas bersara, masih lagi menjadi pengundi di tempat teman setelah menukar alamat di kad pengenalan pada tahun 2005 sejurus sebelum bersara perkhidmatan awam.

Dia yang berselera untuk menjatuhkan Ketua UMNO Cawangan pada ketika itu, teman temui di pusat mengundi pada tahun 2008 sebagai penyokong kuat PKR. Orang luar yang ingin mencampuri urusan dalaman sesuatu kawasan dan tidak berjaya seperti ini, akhirnya memilih pakatan pembangkang sebagai pilihan di hari pengundian.