Wednesday, October 20, 2010

CEUPACS Sarang Penjawat Awam Anti Kerajaan?

Melihat pada blog CEUPACS, jangan terkejut apabila mendapati ura-ura mensabotaj kerajaan, mogok dan mencaci maki pemerintah sangat berleluasa terutamanya berkaitan isu bonus.

Perkara ini hakikatnya memang mengejutkan tetapi lebih memeranjatkan apabila daripada komen-komen yang dibuat pada posting yang berkaitan dengan pejuangan CUEPACS bagi tuntutan bonus itu kebanyakannya mengutuk kerajaan.

Bukan itu sahaja, mereka juga dihasut dan didorong oleh suara-suara yang mahu memangkah pembangkang pada PRU13.

Ini menampakkan orientasi wang pada minda mereka membunuh nilai-nilai bijaksana yang ada pada fikiran mereka dalam mentelaah situasi ekonomi hari ini.

Baru 10 bulan selepas negara keluar dari pertumbuhan KDNK negatif, mereka terus menuntut bonus dua bulan dan lebih pelik, CEUPACS merestui kebodohan pemikiran yang sebegini.

Lebih pelik apabila mereka seolah-olah lupa bahawa untuk tahun 2010, setiap penjawat awam Gred 54 dan kebawah telah memperoleh RM1000 setiap seorang sebagai saguhati. RM500 pada 1 September 2010 dan RM500 lagi pada 23 Disember 2010 kelak.


Sebelum ini, ramai yang berpendapat bahawa antara faktor menurunnya sokongan pengundi terhadap Barisan Nasional pada PRU 2008 adalah kerana tiada bonus yang diberikan pada tahun 2007.

Akibat terdorong dengan rasa bongkak dan diperhambakan wang ringgit, CEUPACS seolah-olah merestui suara-suara yang mahu mensabotaj PRU 13 pula.

Apa tugas CEUPACS sebenarnya? Mana perjuangan untuk menaikkan Pembantu Tadbir dari Gred 17 ke Gred 19? Mana perjuangan untuk memastikan perkhidmatan awam keluar dari kepompong?

Yang ada hanya perjuangan menuntut bonus yang tidak sudah-sudah. Akibatnya, sesetengah orang berpendapat, Omar Osman adalah sesumpah yang menganut fahaman pembangkang. Sesetengah lagi menyebut, Omar Osman adalah kepala CEUPACS paling bingai pernah wujud.

Jika pengkhianatan oleh penjawat awam menjadi berleluasa akibat kedangkalan pemikiran mereka ini, semuanya menampakkan agenda tersembunyi CEUPACS kerana bersikap tidak menjalankan penerangan sewajarnya.

Yang menghairankan, suara-suara sial yang mahu mensabotaj pemerintah pada PRU 13 ini, tidak pula dibela oleh pihak yang mahu mereka undi.

Jika menang pembangkang pada PRU 13, sesungguhnya, Melayu-Melayu tolol dalam perkhidmatan awam inilah yang akan disapu keluar dulu bagi digantikan dengan bukan-bukan Melayu.

Malangnya mereka jauh dari pemikiran yang realistik dan akal yang cerdas. Itulah realiti penjawat awam hari ini.