Monday, January 05, 2009

MB Perak Sebenar Buat Penafian

Ngeh Koo Ham menafikan bahawa kerajaan negeri ada mengarahkan agar Tabika Kemas ditutup. Mengapa Ngeh yang menjadi jurucakap kerajaan negeri? Mana Nizar? Oh, Nizar cuma boneka. Sudah banyak tindakan baling batu sembunyi tangan yang dibuat oleh Kerajaan Perak bagi memperbodoh-bodohkan orang Melayu berkat restu jeneral-jeneral berkopiah yang memenangi 6 dari 59 kerusi DUN.

Jika penutupan Tabika Kemas di Ampang, Ipoh pagi tadi adalah bukan dari arahan kerajaan negeri, ia dibuat oleh siapa? Samseng-samseng PAS? Atau konco-konco ketua kampung PAS yang baru dilantik? Atau tangan para konspirasi yang mahu Mat Taib datang menjenguk ke situ?

Harus diingat bahawa konsistensi DAP-PKR-PAS di Perak sangat-sangat diragui terutama berhubung soal orang Melayu. Memang Tabika Kemas memiliki murid dari pelbagai kaum tetapi 90% dari mereka adalah anak-anak Melayu.

Kelak, dengan alasan ianya beroperasi di premis awam milik kerajaan, mereka akan tetap memastikan Tabika Kemas yang dianggap ejen kerajaan pusat, ditutup. Adakah harta awam itu milik DAP-PKR-PAS? Mengapakah kanak-kanak menjadi mangsa? Adakah ini taktik ala Israel yang mensasarkan kanak-kanak kerana kanak-kanak itu dibimbangi akan membesar dan menentang mereka?

Memang Ngeh boleh menafikan tetapi apa yang ada di dalam master plan di pejabatnya tiada siapa yang tahu hatta Nizar sendiri. Kejatuhan Islam di dalam mana-mana peradaban dunia sekalipun, bermula dengan situasi sebegini.

Kerajaan Perak Semakin Zalim

Pemerintah yang zalim nescaya akan diberi penghinaan di dunia apatah lagi di akhirat. Bahkan, yang menyokong mereka juga tidak mungkin akan terkecuali.

Kerajaan DAP di Perak melalui kesepakatannya dengan PAS kali ini bertindak di luar batas manusiawi dengan mengarahkan penutupan Tabika Kemas yang membabitkan 700 buah premis, kira-kira 13000 murid dan beratus-ratus guru KEMAS yang mungkin kehilangan perkerjaan.

Ya, kini sekolah-sekolah rendah telah menawarkan pendidikan pra-sekolah. Tetapi wajarkah anak bangsa yang tinggal di pendalaman yang mana selama ini memiliki Tabika Kemas, terpaksa keluar jauh untuk mencari sekolah rendah? Kerajaan Perak adalah kerajaan negeri paling kejam di negara ini!

Apakah murid-murid tabika ini diajar siapa UMNO siapa PAS siapa DAP? Apa nasib beratus-ratus pendidik anak bangsa yang tidak lagi dapat mencurahkan bakti?

Apakah kerajaan BN pernah mengarahkan PASTI yang terang-terang tegak atas nama PAS supaya ditutup?

Mengapakah anak Melayu yang 90% mengikuti pra-sekolah di Tabika Kemas dinafikan hak mereka?

Ini merupakan diskriminasi besar apabila kindergarten-kindergarten persendirian yang diragui corak pembelajaran dan halal haram makanannya seperti tajaan syarikat besar contohnya di Tiger Lane, Ipoh, mula tumbuh bersepah-sepah.

Begitu juga Tadika-tadika Methodist yang menyebarkan agama Kristian secara halus.

Jika tadika-tadika yang dikatakan berlatarbelakangkan parti politik perlu ditutup, tadika-tadika kendalian PAS juga perlu ditutup kerana pernah satu masa dahulu tersiar bahawa kanak-kanak tadika PAS di ajar supaya membenci sesetengah pemimpin Islam.

Kerajaan Perak mula mengambil pendekatan totalitarian, kuku besi dan menindas kurang setahun mereka merampas, merogol dan meliwat tampuk pemerintahan negeri. Rakyat Perak akan bangkit sedikit masa lagi.