Wednesday, January 07, 2009

Dendam 243,981 Undi

Berikut adalah sedikit fakta dari PRU12 untuk kerusi-kerusi DUN negeri Perak yang membentuk kerajaan Perak hari ini.

Seramai 848,229 pemilih atau 71% dari 1,196,160 orang pengundi berdaftar telah membuang undi pada hari tersebut. BN telah memperoleh 404,106 atau 47.64% undi manakala PR memperoleh 52.36%.

Dari undi-undi kepada calon-calon BN, calon-calon UMNO memperoleh 243,981 undi atau 60.37% dari keseluruhan undi untuk BN dan 28.76% undi dari keseluruhan undi rakyat Perak.

Calon-calon DAP memperoleh 188,484 undi atau 22.22%, PAS sebanyak 135,034 undi atau 15.92% manakala PKR memperoleh sebanyak 120,605 undi atau 14.22% undi.

Dengan memiliki seramai 560,690 pengundi Melayu berdaftar atau 46.87% dari keseluruhan senarai pemilih, dikirakan seramai 392,500 orang pengundi Melayu telah keluar mengundi. Juga dengan mengambilkira bahawa 70% pengundi Cina memilih untuk tidak mengundi BN, dikirakan bahawa bilangan pengundi Melayu yang memangkah calon UMNO adalah antara 58% hingga 62%.

Maka inilah punca mengapa DAP-PKR-PAS sama-sama mempunyai dendam kesumat ke atas orang Melayu di Perak. Ini kerana kali ini mereka berpeluang menguasai kaum majoriti yang majoriti mereka memilih untuk menyokong parti yang kini menjadi pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri.

Ini mengingatkan kita kepada tragedi dua tiga minggu pemerintahan Bintang Tiga pada tahun 1946 yang menyaksikan MPAJA membalas dendam dengan membunuh beribu-ribu orang Melayu hanya kerana orang Melayu mempunyai hubungan baik dengan Jepun.

Mujur kita hidup di tahun 2008 pada kali ini. Tetapi sejarah tidak pernah melupakan kita. Bahkah, kitalah yang gemar melupakan sejarah.