Thursday, May 19, 2011

Hasil GST Wajar Untuk Menampung Subsidi Petrol

Kerajaan diseru untuk melaksanakan GST tanpa perlu mengurangkan cukai pendapatan. Ini kerana, bukan semua rakyat mempunyai pendapatan yang layak untuk dicukaikan.

Mereka akan terpaksa menanggung kenaikan harga barangan tanpa mendapat apa-apa keistimewaan yang diperoleh oleh pembayar cukai.

Apa yang paling baik ialah kerajaan diminta agar hasil cukai GST yang diperoleh digunakan untuk mengawal harga petrol. Ini kerana subsidi petrol dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Pengurangan cukai hanya menyeronokkan golongan kaya raya yang tidaklah begitu terkesan dengan perlaksanaan GST. Tetapi apa konsesi yang diperoleh oleh rakyat berpendapatan rendah?

Maka sebab itulah dicadangkan agar perlaksanaan GST dibuat untuk membolehkan harga minyak terus dipastikan rendah dan petrol merupakan kegunaan semua lapisan rakyat tidak kira berpendapatan tinggi mahupun rendah.