Tuesday, December 21, 2010

Anwar Ajak Rakyat Iktiraf 'Negara Israel' Secara Halus?

Anwar seperti mempunyai agenda tersembunyi yang kurang diketahui ramai dalam tindakannya menyamakan 1Malaysia dengan One Israel. Dia secara halus, membuatkan penyokongnya mengiktiraf negara Israel seperti yang dilakukannya dalam Annapolis Summit.

Kita mengetahui, Malaysia tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara. Maka dengan itu, kita tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan mereka. Pasport kita tidak boleh digunakan di Israel dan pasport Israel tidak sah di negara ini.

Anwar, seperti pemimpin Islam liberal yang lain, tidak senang dengan perkara ini. Seperti golongan pro-Israel di negara ini, Anwar mahu menyemai benih-benih pengiktirafan Israel sebagai sebuah negara, dikalangan orang Islam.

Tidak hairanlah jika selepas Barat mengutuk Anwar yang membangkitkan isu APCO di Parlimen, Anwar bersegera menemui pemimpin Barat untuk membuat penerangan.

Selepas dari itu, hentaman ke atas Anwar senyap. Padahal Anwar, hari ini, masih lagi membawa isu APCO ke Dewan Rakyat hingga membawa kepada penggantungannya yang meroyan tentang isu itu seperti tiada isu lain yang lebih penting.

Malaysia merupakan negara berdaulat yang diiktiraf kewujudannya di dunia. Istilah 1Malaysia untuk sebuah negara berdaulat memang terpakai dengan sah.

Tetapi, apakah istilah One Israel terpakai untuk dibuat perbandingan? Israel bukan sebuah negara di sisi penduduk negara ini dan di sisi dasar luar negara ini.

Meletakkan 1Malaysia setaraf dengan One Israel membuatkan secara tidak langsung Israel diiktiraf sebagai sebuah negara sebaris dengan negara-negara yang diiktiraf Malaysia.

Maka tidak hairanlah Anwar menghabiskan masanya menaip skandal-skandal APCO yang dikatakan mempunyai rekod yang mencurigakan dan menghurai penjawat-penjawat tertinggi APCo dan kaitannya dengan Israel.

Ini boleh menutup kisahnya yang semakin hari semakin terburai dari kerahsiaan. Tabir jeliknya, hipokrasinya yang menipis, semakin lutsinar.

Pada masa yang sama, orang tua ini belum lagi menjawab persoalan pembabitannya dalam Annapolis Summit berhubung isu Israel Palestin di mana tidak seorangpun wakil Arab Palestin ada dalam sidang tersebut, melainkan seorang Melayu lupa diri yang pluralis.

Jika hendak dihuraikan perkaitan dengan Israel dan sebagainya, cubalah bongkar MacDonalds, Coke, Facebook, Google, Blogger, Yahoo, Nestle dan segala-gala yang menjadi kegunaan biasa hari ini yang tidak melibatkan orang-orang Israel.

Jika tidak mahu semua itu, beri 1 sebab yang setanding tentang keterlibatan engkau dengan Paul Wolfowitz selama ini. Cuma 1 sebab.

Itu belum diminta untuk sediakan teks yang jujur tentang apa yang diperkatakan olehnya ketika segera ke Amerika Syarikat selepas dia dikecam pihak di sana dan dituduh anti-Semitik sehingga membuatkan mereka hari ini diam.

Indonesia Juga Dapatkan Khidmat APCO Worldwide?

Wah. Hebat. Bukan Malaysia jer yang mendapat khidmat nasihat APCO Worldwide. Indonesia juga mendapatkan khidmat APCO Worlwide agaknya. Kalau tak, masakan boleh timbul 1 Indonesia, Masyarakat Dahulukan, Pencapaian Utamakan, Untuk Indonesia.

Sebenarnya, slogan ini adalah inisiatif pemerintah Jogjakarta yang dilancarkan Oktober 2009, sempena Jogja Java Carnival 2009, kira-kira 6 bulan selepas 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, dilancarkan oleh PM di negara ini.

Bagi orang yang berakal, buang masa sahaja untuk menyebut tentang isu tiru-meniru, atau klaim-mengklaim, curi-mencuri. Semua falsafah, semua seni, semua budaya adalah milik tamadun manusia yang diciptakan berbeza-beza dan terkurung dalam batas sempadan ciptaan manusia yang mengasing-asingkan mereka.

Cuma penafsiran dan pemakaiannya yang bergantung kepada pecahan etnik yang diikat oleh rumpun bahasa yang sama.

Maka, apakah 1 Indonesia itu juga mengikut One Israel? Apakah mereka juga terlibat dengan khidmat APCO Worldwide? Apakah mereka tidak layak menggunakan slogan yang sama? Itukan bahasa mereka juga.

Jika kita menyebut satu bangsa, satu bahasa, satu negara sejak tahun 1960an lagi, hingga wujud lagu Malaysia Berjaya yang mempunyai frasa tersebut, di manakah salahnya bila kita menyebut Satu Malaysia yang menggabungkan kesemuanya?

Sebenarnya Anwar mempunyai agenda tersendiri dalam menyebut Satu Malaysia itu meniru One Israel. Nanti teman kupaskan.

CUEPACS Dapat Tambahan RM 2 Juta

Disebalik sikap meminta-minta CUEPACS yang cenderung memupuk ahlinya dan para penjawat awam untuk memboikot pemerintah, kerajaan melipatgandakan geran peruntukan tahunan kepada CUEPACS dari RM 1 juta tahun ini kepada RM 3 juta tahun depan.

Tambahan RM 2 juta itu adalah untuk CUEPACS menaiktaraf ibupejabatnya sebanyak RM 1 juta dan tambahan belanja mengurus sebanyak RM 1 juta.

Sehingga hari ini CUEPACS masih belum menjalankan tanggungjawab menyedarkan kakitangan awam bahawa pemberian bonus yang menelan peruntukan serta-merta sebanyak RM3.1 billion itu tidak sesuai dengan iklim ekonomi semasa.

Adalah jelas dan terang bahawa kerajaan telah meminjam wang semasa zaman Pak Lah untuk membayar bonus kakitangan awam, malah ketika ekonomi menghadapi krisis 1998, kerajaan telah memotong elaun-elaun kakitangannya, khususnya penjawat Kumpulan Prngurusan dan Profesional.

Tetapi, untuk kegawatan ekonomi 2008 - 2009, kerajaan tidak mengambil tindakan memotong elaun kakitangan. Cuma mengambil langkah tidak memberi bonus.

Adakah CUEPACS 'berperang' dengan kerajaan selama ini adalah untuk pihak mereka sendiri atau untuk kakitangan awam secara keseluruhannya?