Tuesday, January 22, 2013

PAS Keluar Pakatan Rakyat Jika Menang PRU13 ?

Dikhabarkan oleh kawan teman yang totok PAS dari Manjung, bahawa parti tersebut sebenarnya merancang untuk keluar Pakatan Rakyat sekiranya mereka menang PRU13. 

Kononnya ini strategi rahsia yang tidak diketahui oleh geng-geng DAP dan PKR. 

Nada mereka ini hampir sama dengan strategi yang teman serukan sejak akhir tahun 2010 supaya PAS  keluar Pakatan Rakyat segera dan bertanding di semua 222 Parlimen dan 555 DUN bermodalkan deposit RM11 juta.

PAS dikatakan hanya akan keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya menang PRU13 kerana mereka masih lagi memerlukan undi-undi bukan Islam di bandar-bandar. Kemudian, mereka akan kononnya menjadi kuasa ketiga yang menentukan pihak mana yang akan bersama mereka menubuhkan kerajaan campuran.

Kaedah ini bagi teman adalah satu bentuk penipuan politik. Ia tidak ubah seperti mana mereka menipu pada pilihanraya umum 2008 kerana pada masa itu Pakatan Rakyat tidak pernah kedengaran di telinga rakyat Malaysia.

Hanya sebulan selepas pilihanraya, mereka menubuhkan Pakatan Rakyat yang jelas sekali mengecewakan pengundi mereka yang mengundi bukan atas dasar untuk dipijak oleh PKR dan DAP.

Jika sentimen kebencian terhadap pemerintah BN pada tahun 2008 menghasilkan undi-undi belot, undi-undi sabotaj yang dibanggakan oleh Pakatan Rakyat hari ini, tidak mustahil mereka akan kalah dengan kekalahan lebih besar pada PRU ke 13.

Seperti teman yang telah kembali bersedia meminjamkan undian teman kepada UMNO-BN setelah meminjamkan undi teman kepada pembangkang pada PRU yang lalu, tidak dapat tidak, gelombang ini turut menerpa lebih ramai pengundi-pengundi lain yang mengundi dengan bijak atas penilaian yang wajar dan bukan berasaskan sokongan yang melulu.

PAS dalam agenda menipu pengundi sekiranya mereka menang PRU 13. Tetapi jika hari ini mereka menyebut soal moral, soal ketelusan, soal ketulusan, soal kejujuran dan sebagainya, tindakan keluar Pakatan Rakyat selepas PRU 13 mungkin sahaja sia-sia kerana segalanya telah terlambat untuk dilakukan 'damage control'.

Teman kata, itu menipu namanya. Dia kata, itu strategi namanya. Maka jelas sekali, strategi mereka ialah MENIPU. 

Kalau isu kalimah Allah sahaja PAS tertelan lidah berhadapan seekor binatang kalangan mereka yang menghina Islam dan al-Quran, beranikah mereka menangkis hinaan beribu ekor lagi andai mereka keluar Pakatan Rakyat?

Kaki mereka dibelenggu dengan rantai bernajis puak kafir anti-Islam yang di depan mereka berlakon Khalifah segala. Mampukah mereka melepaskan diri?