Thursday, May 13, 2010

Memperingati 13 Mei 1969

Empat puluh satu tahun bukanlah tempoh yang lama. Empat puluh satu tahun sebelum 1969, dunia sedang rancak membangun selepas perang dunia pertama dan kaum India masih diimport sebelum dunia menghadapi krisis ekonomi pada awal 1930an yang menjurus kepada perang dunia kedua.

Migrasi masuk Cina dan India dihentikan pada tahun 1931. Namun tiada APMM pada ketika itu. Kemasukan secara haram menjadi lumrah.

41 tahun setelah pedagang Cina yang berjaya mengerah tenaga rakan setanahair mereka yang lebih miskin ini membina bandar-bandar utama, generasi kedua Cina-cina miskin ini menghalau orang Melayu dari KL. Akibatnya berlakulah Tragedi 13 Mei 1969.

Perlu dinilai, 41 tahun sebelum 1928 merupakan tahun keempat Perak jatuh ke tangan Inggeris dan pada waktu itu, migrasi masuk Cina ke Malay Peninsula mula diizinkan berlaku dengan hebat sekali.

Dalam almanak purba kiraan apa jua yang berkonsep penaakulan, logik yang ditentukan Tuhan ada pada sejarah berdasarkan ayat-ayat suci yang mahu perkara yang telah berlaku dijadikan peringatan.

Maka menjadi fitrah manusia untuk membuat ramalan berdasarkan kitaran. Waima penganalisis ekonomi juga berpegang kepada kitaran krisis setiap satu dekad.

Jelas sekali, untuk 41 tahun akan datang, di saat negara mempersiapkan diri untuk merayakan 100 tahun kemerdekaan, akan ada konflik yang bakal tercetus antara dua etnik yang tidak diasimilasikan.

Ini kerana, hari ini menjadi contoh kepada kitaran ini apabila mereka enggan menyokong kerajaan setelah 40 tahun memberi sokongan.

Via Mobile