Tuesday, August 03, 2010

Pecahkan Sabah Sarawak Jadi 16 Negeri? Agenda Siapa?

Niat untuk menjadikan sistem beraja di negara ini dan penggiliran Yang Dipertuan Agong sebagai 'Presiden' negara ini kepada sesuatu yang tidak relevan, semakin ketara dengan cadangan Jeffery Gapari Kitingan yang mencadangkan Sabah dan Sarawak dipecahkan menjadi 16 negeri.

Cadangan ini pastinya akan membuatkan jumlah negeri di Malaysia akan bertambah menjadi 28 buah. Apabila 28 buah negeri ini wujud, sudah tentulah negeri-negeri yang mempunyai raja dan sultan hanya 40%. Akibat dari keadaan inilah, Indonesia membubarkan kerajaan sultan-sultan yang ada di rantau Nusantara sebelah sana pada tahun 1949.

Berikut adalah petikan dari artikel Malaysiakini tersebut :

Pemimpin pembangkang Sabah, Jeffrey Gapari Kitingan menggesa kerajaan negeri Sabah dan Sarawak supaya menimbangkan secara serius mewujudkan beberapa negeri baru di kalangan mereka.

Katanya, keluasan kawasan yang besar, kecekapan mentadbir yang lebih baik melalui desentralisasi dan memaksimumkan potensi sebagai alasan untuk berbuat demikian.Ideanya adalah Sabah dibahagikan kepada lima negeri - Tawau, Sandakan dan Kudat di pantai timur dan utara manakala dua lagi negeri iatu Pantai Barat dan Pedalaman.Bagi Sarawak pula, menurut Jeffrey, semua sebelas bahagian dijadikan negeri-negeri Sarawak, iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang."Jumlah 16 negeri dan satu wilayah persekutuan Borneo akan menengelamkan 11 negeri dan dua wilayah persekutuan di Semenanjung Malaysia,” katanya semasa ucaptama tertutupnya yang berjudul 'The Genesis of Malaysia Revisited' dan 'The Way Forward' di Kota Kinabalu, semalam.

Tetapi jika cadangan itu mahu dipertimbangkan, perlulah ada situasi menang-menang di sini. Memang akhir-akhir ini, tuntutan yang tidak-tidak makin banyak kedengaran dari tanah malaysia sebelah sana. Semakin banyak blog mentafsir sejarah dari otak hasad mereka sendiri dan memburuk-burukkan peristiwa-peristiwa yang membawa negara Sabah dan negara Sarawak bergabung dengan negara Malaya untuk membentuk Malaysia.

Baiklah. Jika Jeffrey berani mengutara pendapat sedemikian, sedarkah dia bahawa orang lain pun boleh mengutarakan pendapat mereka sendiri? Ibarat satu posting di dalam Facebook yang ditulis oleh seorang 'warganegara Malaya' :

Setuju bersyarat. Tamatkan 'kenegaraan' Sabah dan Sarawak... jadi ada 16 bagian berketua menteri + 2 di malaya... semuanya 18... YDPA tak relevan lagi... sistem raja2 perlu ditamatkan seperti di indonesia... dan seperti indonesia... 1 etnik (jawa) shj yg akan memegang kerusi presiden... (kerana toleransi jawa memberi laluan untuk bahasa melayu dijadikan bahasa kebangsaan) ... kalau di dalam konteks ini, etnik Melayu! Kerana terpaksa membelakangkan institusi raja-raja. Dan transmigrasi perlu diperkuatkan dan Sarawak perlu terima hakikat untuk mempunyai separuh dari penduduknya berasal dari Semenanjung, memiliki hartanah dan hidup secara kekal di sana. Apakah hasil dari semua itu? Itukah apa yang mereka mahu? Akhirnya... pheonix bangkit dari abu untuk terbang masuk ke dalam api dan menjadi abu semula.. akibat tangan-tangan serta idea-idea yang bodoh dan dungu. Yang berpaksikan dahaga kuasa.