Monday, January 03, 2011

Bagaimana DUN Selangor Nak Pinda Perlembagaan Tanpa Dua Pertiga?

Ah. Pakatan Retorik mahu meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor. Bila bermaksud meminda, maka perlulah sokongan dua pertiga dewan kan?

Maknanya, dari 56 DUN di Selangor, 36 DUN adalah ditangan Pakatan Retorik kan. Itu cuma 64.3% dari ADUN. Dua pertiga bermakna 66.7%. Mereka memerlukan 38 ADUN untuk menyokong mereka jika pindaan perlembagaan negeri mahu dibuat.

Macammana pulak Khalid nak meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dengan jumlah puaknya tidak sampai dua pertiga. Mana nak cari lagi dua?

Huh. Menipu tak agak-agak ko kan. Siapa la ADUN BN lagi dua yang bakal nak menyokong mereka?

Makanya bolehkah nafsu pinda meminda mereka terlaksana? Jika tak terpinda, selagi itulah mereka boleh menafikan Datuk SS baru ini kan? Bijak sungguh opera mereka.

Dan apabila terpecah tembelang yang demer ni nak meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa melantik tiga jawatan pegawai tinggi pentadbiran awam negeri ke tangan MB dan Sultan, maknanya mereka tersilap tafsir kah perlembagaan Selangor sebelum ini?

Oi. Malunya badan. Sia-sia pahlawan derhaka menyanggah Sultan. Sia-sia Kit Siang menipu dalam tahu dan mengutuk KSN. Sia-sia juga Kenyataan Akhbar yang dibuat sebelum ini.

Dan nampaknya jelaslah perlantikan Datuk SS yang baru itu tidak menyalahi apa-apa peraturan kan? Sebab itu segera nak dipinda supaya nampak macam salah. Tapi... Ih Ih Ihhh.

Yang melalak tak tentu hala kenapa? Pastinya mereka sedang terkucil bercampur baur antara rasa nak kencing pun ada, rasa nak berak pun ada sebab mendapat State Secretary yang berani menyanggah mereka.

Jika mereka mahukan State Secretary yang tunduk kepada mereka, siapakah yang sebenarnya mempolitikkan perkhidmatan awam? SPA atau MB Selangor?

Dan bangkai gajah apakah yang berhempas pulas ingin mereka tutup?