Bagi mereka yang tiba-tiba sampai di Taman Perpaduan di musim pilihanraya ini, pastinya terkejut apakah Taman Perpaduan ialah kubu kuat PKR. Namun anggapan itu dinafikan oleh penduduk Taman Perpaduan.
Setelah disiasat, barulah diketahui bahawa permainan wang dari pihak PKR yang akan bertanding di DUN Hulu Kinta telah menjadikan keadaan sedemikian rupa.
Ketika ditanya semalam kepada petugas-petugas BN, mereka menjawab, bendera masih belum sampai. Lagi 2 hari.
Namun impak bendera yang dikerjakan beberapa macai PKR dengan sumber kewangan dan bekalan stok yang banyak, telah merubah pemandangan Taman Perpaduan.
Jika mereka berani masuk kubu orang dengan tindakan gila-gila memerahkan mata walaupun tahu akan kalah, apa tindakan mereka yang mempertahankan? Senyum sinis memikirkan.





