Mesej jelas telah ditujukan ke seluruh dunia. Cina menolak BN. Cina menolak untuk meletakkan wakil mereka dalam kerajaan.
Cina telah berpusu-pusu menyokong DAP kerana apa?
Menurut seorang penganalisis kedai kopi, orang-orang Cina segera mengundi DAP kerana terlalu dihebohkan kisah kononnya Pakatan Rakyat akan mengambil alih pemerintahan negara.
Mereka perlu memangkah DAP kerana jika Pakatan Rakyat memerintah, suara mereka kurang dalam kerajaan persekutuan.
Malangnya mereka ditipu oleh orang Melayu dalam pihak pembangkang. Melayu PAS dan PKR tidak habis membuat kajian, terlalu yakin bahawa mereka akan menang dan sentiasa meyakinkan segmen Cina dalam Pakatan Rakyat bahawa mereka perlu memberi mandat kepada DAP.
Hasilnya, Melayu berpusu menyokong UMNO dan Cina berpusu menyokong DAP.
YANG UNTUNG DALAM HAL INI HANYALAH DAP. YANG JELAS KELIHATAN KARAT TERUSLAH MELAYU DALAM PAKATAN RAKYAT. DIPERKUDAKAN SEHINANYA.
Ramai tertanya-tanya, apakah pentingnya lagi MCA dan Gerakan di dalam BN? Bahkan ramai yang menyangka-nyangka, seandainya UMNO dan BN tumbang, kedua-dua parti ini akan segera memeluk Pakatan Rakyat.
Semoga Melayu Pakatan Rakyat terus sedar bahawa mereka merugikan parti -parti mereka sendiri dan menguntungkan DAP.
Namun lain pula halnya di Perak. Kerajaan 97% Melayu tercipta akibat tangan orang Cina sendiri.
Persoalannya, adakah orang Cina di negara ini hari ini bergembira? Atau mereka berduka tiba-tiba apabila menyedari mereka tidak ada wakil yang signifikan dalam kerajaan?