Monday, May 05, 2008

DAP Parti Cina ?

DAP memang dikenali sebagai parti Cina sejak sekian lama. Walaupun mereka cuba untuk menambah muka-muka bukan Cina di dalam DAP, mereka tetap mengutamakan isu kaum Cina. Isu kaum lain yang mereka perjuangkan hanyalah berdasarkan perjuangan mereka menentang dasar-dasar kerajaan yang mereka dakwa turut menghalang kepentingan mereka.

Isu Melayu mereka jauhi atas alasan bahawa ianya diserahkan kepada sekutu mereka terutamanya PKR. Malangnya Parti Keadilan Rakyat tidak berminat untuk menjaguhi isu Melayu. Maka terjadilah sunyi sepi isu Teresa Kok membela gadis ketuk ketampi yang dibela olehnya kerana, rupa-rupanya gadis tersebut Melayu tempatan, bukanlah rakyat China seperti yang didakwa. Isu tersebut hilang dari media tanpa mulut besar Teresa Kok.

Orang Melayu menjauhi DAP. Jika mereka menyokong DAP sepenuh hati sekalipun, ianya hanyalah untuk menzahirkan rasa benci mereka terhadap parti-parti lain. Untuk jatuh sayang kepada DAP mungkin jauh sekali.

Orang Melayu tercipta sensitif. DAP terkenal biadap terhadap sensitiviti Melayu. DAP sendiri memahami kenyataan ini, lalu besyukur terhadap kebetulan apabila wujud PKR sejak 10 tahun lalu. Sekurang-kurangnya mereka tidak perlu lagi memikirkan untuk memperjuangkan nasib orang Melayu.

Jadi, atas alasan apa jika mereka mengatakan bahawa politik parti mengikut kaum itu tidak relevan? Mereka bermati-matian mahu mengatakan parti tersebut bukan mengutamakan kaum Cina sedangkan orang buta pun mampu membayangkan tahap kecinaan DAP.

Masalah ini mungkin dapat dikesan oleh pemimpin muda DAP yang terfikir untuk membawa pembaharuan. Dengan pengecilan komposisi penduduk Cina yang akan tiba ke tahap 25% dalam sedikit masa lagi akibat pertumbuhan yang rendah, pemimpin muda DAP yang lahir di zaman pasca merdeka akan terfikir akhirnya untuk mengetengahkan orang-orang Melayu bagi membawa agenda sosialis mereka. Jika tidak, mereka akan membunuh parti mereka sendiri.

Ini tidak mustahil kerana di Perak hari ini, mereka menggunakan wakil PAS untuk menjayakan agenda sosialis mereka. Ianya adalah sesuatu yang ironik. Namun tetap mereka berjaya mencatur nasib Melayu di Perak dengan meletakkan ahli PAS sebagai MB Perak. Namun kebanyakan penyokong dasar sosialis dalam bangsa Melayu itu berada di dalam UMNO.

UMNO hakikatnya merupakan parti yang paling awal memperjuangkan sosialisma untuk orang Melayu. UMNO mengajar orang Melayu memilih pemimpin dan mempercayai bahawa pemimpin yang dipilih atas dasar demokrasi itu adalah kuasa sakti yang menabir feudalisma yang menjadi anutan politik orang Melayu sejak beratus-ratus tahun lalu. Cuma kecenderungan berpuak dan memonopoli menyebabkan integriti mereka terhakis.

Pemimpin muda DAP yang dilihat paling berkaliber buat masa ini untuk menjadi peneraju DAP di masa depan ialah Lim Guan Eng. Bukannya Gobind, Teresa Kok atau Fong Po Kuan mahupun Chong Eng. Beliau yang mendapat mandat memerintah kerajaan negeri Pulau Pinang, mengelak untuk membuat kenyataan sensitif selepas ‘rakyat’ Melayu beliau meniru cara beliau satu ketika dahulu; bantahan di jalanan ; selepas beliau mengelirukan mereka dengan isu DEB. Beliau lebih cenderung untuk memahami orang Melayu. Mungkin ini disebabkan beliau merupakan pemimpin yang melalui berbagai cabaran pahit getir yang tiada siapa tahu ianya menimbulkan kesedaran ataupun dendam dalam diri beliau.

Pertikaian yang berlaku di Pulau Pinang yang melibatkan orang Melayu, di serahkan kepada orang Melayu sendiri. Maka wujudlah masalah antara Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dengan Exco yang menguruskan hal ehwal Islam di situ.

Yang ditatang ialah bangsa India yang kehilangan kuasa sebuah parti milik bangsa sendiri setelah mereka memilih DAP dan PKR yang tidak berdasarkan mana-mana kaum. M Kula, Ahli Parlimen Ipoh Barat, bersungguh-sungguh berucap dalam Melayu pasar kepada pengundi di Bercham yang didiami 90% kaum Cina dan memekik tentang isu pendidikan kaum bukan Melayu semasa kempen PRU ke 12 yang lalu. Beliau menang besar manakala DUN Bercham dirampas DAP.

Dipetik dari blog Teresa Kok ketika ditanya mengapa pusat khidmat wakil rakyatnya tidak ada orang Melayu, ini jawapannya :

on 21 Apr 2008 (2 weeks ago) at 18: 16.12 Teresa

someone has repeatedly mentioned that I do not hire non-Chinese staff or no Malay staff in my service center.

The problem is, majority or 99% of the complainants to my Seputeh office are Chinese, many of them are the poor and uneducated lot where they came to me to ask me to help them to fill up application forms for low cost flats or ask us to explain some government or legal documents to them. They always face problems when they go to DBKL or other government agencies as many of them can’t understand or converse in Malay language.

So, if I hire a Malay staff where they find difficult to communicate, then I will only make my service center like another government agencies where the poor find difficulties to communicate with us. Isn’t that very unnecessary or inconvenient?

However, I can hire an Indian guy in my Kinrara office as there are a number of Indians staying in Puchong where my Indian staff can handle their problems.

When it comes to hiring staffs, we need to emphasise on practicality, skin colour or race is not the issue, especially in the case of service center.

Kenyataan bias, penuh kecinaan dan menghina kakitangan awam sudah cukup menzahirkan sebuku kata-kata yang Teresa berjaya sekat dari tertulis olehnya di dalam blog tersebut.

Di manakah datum bagi sebuah persefahaman tanpa batas perkauman yang kononnya mereka perjuangkan seandainya mereka mengajak kaum Cina membenci Melayu melalui isu-isu yang mereka, dengan seperti kanak-kanak, mereka tangani penuh emosi dan rasa benci.

Pemimpin DAP masa depan mungkin akan menukar tradisi kempen meraih sokongan mereka dari seruan yang disalahertikan oleh penyokong mereka sebagai kempen anti-Melayu kepada seruan untuk bekerjasama agar kesaksamaan dapat dituntut apabila terhapusnya garis perkauman.

Lim Guan Eng mengajak Ning bergambar ketika mereka terserempak di Airport Bayan Lepas Rabu lalu. Beliau dikatakan ke Kuala Lumpur seorang diri dan menduduki kelas ekonomi di baris paling hadapan. ( Yang sememangnya luas )

No comments: