Sunday, July 06, 2008

Tiada Samarata Tanpa Asimilasi

UMNO MCA dan MIC memang parti berdasarkan kaum. Memang mengakibatkan perbezaan yang ketara antara kaum di Malaysia. MEMANG SEPATUTNYA KAUM-KAUM DI MALAYSIA DIBEZA-BEZAKAN. Sebab apa? Sebab kedegilan kaum bukan Melayu untuk menjadi SATU BANGSA SATU BAHASA. Itulah kunci kesaksamaan. Tanpa kunci kesaksamaan itu tiada negara dunia yang memiliki warganegara yang TUNGGANG LANGGANG bahasa kebangsaannya. TIADA DAN MUSTAHIL!

Asimilasi tidak berlaku di Malaysia. Untuk menyamaratakan rakyat Malaysia, SEKOLAH VERNAKULAR DAN AKHBAR VERNAKULAR PERLU DIHAPUSKAN. Tetapi mereka tidak sanggup. DAN MEREKA PERLU SEDAR BAHAWA ITULAH YANG MENGAKIBATKAN MEREKA DIRAGUI JATIDIRI MEREKA.

Kesamarataan yang dilaungkan oleh PKR adakah benar? Adakah PKR akan membela kaum India yang banyak menyumbang kemenangan mereka. Siapakah kaum India di mata PKR? Terlupakah kaum India semasa Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau dengan angkuh menyebut " SAYA AKAN PASTIKAN LOCENG KUIL HINDU TIDAK AKAN BERBUNYI LAGI DI SELURUH NEGARA " semasa peristiwa krisis Hindu-Islam di Pulau Pinang.

Kaum India sebenarnya melarikan diri dari pembela sebenar kepada PEMANGSA. Sekiranya Anwar Ibrahim mampu untuk beralih pimikirannya, apakah manifestasinya akan kekal memihak kepada kaum India sekiranya seluruh umat Melayu menyokong PKR?

Sekiranya Anwar Ibrahim memerintah Malaysia, benarkah nasib kaum India terbela? Sekiranya timbul krisis kuil dirobohkan juga, adakah orang India akan merasa tertipu? Sudah tentu! Jadi kali ke berapakah kali ini mereka ditipu.

MIC ialah sebuah parti yang suci. Tetapi pemimpin nombor satunya terlalu korup dan menjadi buah yang busuk di atas pokok tetapi tidak gugur jua. Kaum India memilih PKR yang kononnya tidak berdasarkan kaum. Jika kaum India di Malaysia tidak menggunakan bahasa Tamil lagi, kesamarataan yang dituntut dalam PKR pun belum tentu dimakbulkan Tuhan hatta bertugu-tugu kuil dibangunkan. Hari ini, setinggi manakah posisi kaum India dalam kepimpinan PKR?

Untuk menolak parti yangtidak berdasarkan kaum di Malaysia adalah perlakuan halusinasi semata-mata. Ianya adalah satu perlakuan yang bodoh di Malaysia. Kaum Cina memilih DAP yang sekiranya memerintah Malaysia, hanya menikmati sedikit pai yang dikuasai oleh orang Melayu yang kekal dengan sentimen kemelayuan. Mengapa kekal? Kerana kaum Cina dan India menolak mentah-mentah ASIMILASI. Jadi mengapa menggunakan alasan parti berasaskan bangsa itu tidak relevan?

No comments: