Sunday, November 15, 2009

Awasi Gelombang Ketiga H1N1 !!

Orang ramai seharusnya mengetahui bahawa GELOMBANG KETIGA penularan wabak H1N1 pada hakikatnya sedang menanti masa untuk melanda dunia.

Gelombang kedua H1N1 yang berpunca dari musim sejuk di Hemisfera Selatan beransur pulih dan padan masa ini, Hemisfera Utara sedang menanti masa untuk memasuki musim sejuk.

Kesan musim sejuk di Hemisfera Utara ke atas negara ini saban tahun membawa musim yang agak dingin kerana tiupan angin Timur Laut dari China akan membawa angin dingin bersama hujan monsun. Pada ketika ini, ramai yang akan mula terdedah kepada penyakit alahan respiratori seperti batuk dan selsema.

Dalam ketika begini, wajarlah masyarakat sendiri mempunyai kesedaran yang mencukupi natijah dari pengalaman mengharungi musim pandemik H1N1 gelombang kedua yang telahpun reda beberapa bulan lalu.

H1N1 hanya menyerang golongan yang mempunyai tahap antibodi yang rendah dan kurang melakukan aktiviti fizikal juga kurang menjaga kebersihan diri. Maka, wajarlah bagi masyarakat untuk lebih mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan gelombang ketiga H1N1 berjaya dilalui dengan daya upaya yang disumbang oleh kesedaran kebersihan yang tinggi.

Hanya dengan memakai penutup hidung dan mulut serta kerap mencuci tangan dengan air dan sanitizer, kebarangkalian untuk terjangkit H1N1 menjadi rendah.

Semoga Allah melindungi masyarakat kita dari wabak penyakit H1N1 yang lebih serius.

No comments: