Tuesday, February 16, 2010

Antara Krabi Dan Pulau Pinang

EDISI BALIK KEMBARA


Amat menghairankan bila kita lihat bandar-bandar di Thailand suasananya bersih walaupun negaranya dianggap kurang maju berbanding Malaysia dari segi prasarana. Tetapi itu mungkin itu anggapan orang yang mendengar kisah dari mulut ke mulut.

Penulis baru pulang dari bercuti di Ko Phi Phi, Krabi. Sepanjang jalan dari Hat Yai ke Krabi, laluannya melewati kampung-kampung dan penempatan orang-orang Islam berketurunan Melayu tetapi hanya berbahasa Thai.

Kepadatan pelancong asing di Krabi, Ao Nang dan Phi Phi berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan Pulau Pinang, kawasan paling ramai pelancong Eropah di Malaysia.

Tetapi, amat menakjubkan. Pemerintah Thai tidak pula meroboh gerai-gerai kecil peniaga Islam di sana walaupun adakalanya tidak bersesuaian dengan tahap hygeniknya dengan spesifikasi yang boleh dibuat dengan pertimbangan otak.

Kita sedia maklum bahawa negara Thai mempunyai pemerintah berpaksikan bangsa Thai dan agama Buddha. Namun mereka tetap berbangga kerana memiliki rakyat yang gigih berniaga. Mereka tetap benarkan peniaga tidak kira apa agama sekalipun, untuk mencari rezeki dengan kehadiran pelancong asing yang ramai di sana.

Maka jika dilihat di pantai Ao Nang, kita akan kagum dengan kegigihan peniaga-peniaga Islam berketurunan Melayu yang menjalankan perniagaan dipinggir jalan yang penuh dengan pelancong-pelancong Eropah.

Apa ada pada Pulau Pinang? Selain pihak Majlis Perbandarannya yang sangat jauh ketinggalan kerja kerasnya jika dibandingkan hatta dengan dengan Hat Yai, (kecuali dalam memeras cukai dari rakyat) yang paling jelas ialah mereka menurut kepada kepala negeri 'import' mereka yang memerintah seperti pewaris dinasti raja.

Tanjong Tokong yang kotor lautnya, tidak rela untuk hatta dicelup kaki ke dalamnya, dan keindahannya yang tersisa sekalipun tak akan mampu menarik pelancong sepadat Ko Phi Phi, Ao Nang, Railay, Ko Lanta dan sekitar daerah Krabi. Namun banyak gerai peniaga tempatan di Tanjong Tokong sedang dan akan diruntuhkan.

Jika dibandingkan dengan pemerintah Thai, nescaya kita tidak dapat menerima hakikat bahawa apa yang dilakukan oleh Kerajaan Pulau Pinang ternyata bongkak, ingin memenuhi kantung sendiri dan tidak membawa apa-apa perubahan, malah membawa kerosakan yang lebih lagi terhada tata ketamadunan setempat.

Malah menjadi ironik pula apabila melihat kerajaan yang bergerak dengan mementingkan bahasa Cina dialek Hokkien idi sebuah negara yang Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi, melakukan penindasan yang tergopoh-gapah ke atas masyarakat Melayu yang merupakan majoriti 67% penduduk di negara ini. Memang benar Melayu hanya 40% di Pulau Pinang tetapi apa yang dibuat oleh Kerajaan Hokkien pimpinan LGE membuahkan rasa benci majoriti umat Melayu di Malaysia.

Ibarat penjajahan Francis Light kembali ke Pulau Pinang. Tetapi kali ini Francis Light kuning langsat tidak berjambang dari Melaka. Penindasan terhadap peniaga Melayu Islam telahkelihatan akan bukan sahaja kepada melayu Islam, malah nanti, ke atas India Muslim dan peniaga makan India kecil-kecilan.

Untuk mengatakan bahawa pemandangan gerai buruk tidak hygenik dan segalanya dalam justifikasi meruntuhkan perniagaan orang Melayu di Pulau Pinang mungkin dusta semata-mata kerana dari perspektif umum, jelas Guan Eng mahu membolot segala peluang yang ada sementara dia belum tersingkir dari Pulau Pinang.

Jadi, mengapa ketelusannya dan CAT nya belum ada yang mahu pertikaikan dengan lantang?

Sesungguhnya, ingatlah, Lim Guan Eng amat berbahaya.



Peniaga Islam di medan selera pinggir muara Krabi


Peniaga Islam di pantai Ao Nang, Krabi.

Peniaga Islam di pantai Ao Nang, Krabi.

Peniaga Islam di pantai Ao Nang, Krabi, di kawasan yang sesak dengan pelancong asing.

1 comment:

phuket tour agency said...

Nice Photo & great information.
Thank you for sharing.