Ada yang memalukan telah dipertontonkan oleh seorang pemanggil pro-demonstrasi dalam rancangan langsung TV1 beberapa hari lepas yang mengulas mengenai tindakan kumpulan baju merah di Thailand.
Ketika khalayak dibawa untuk mengeji tindakan melampau kumpulan tersebut yang menggunakan darah dalam demonstrasi menentang Abishit, PM Thailand ketika ini, si pemanggil dengan nada seolah-olah tidak sedar kesilapannya dengan bangga memberi sokongan kepada corak demonstrasi kumpulan baju merah yang disifatkannya sebagai politik yang matang.
Memang benar, kematangan politik mereka membuatkan tiada perniagaan yang rosak dan diganggu gugat mungkin kerana mereka sendiri tidak berani. Kebanyakan penyokong Thaksin adalah orang luar Bangkok terutamanya dari utara Thailand.
Namun, kenyataan paling dangkal yang dikemukakan si pemanggil ini cukup untuk menconteng arang ke mukanya sendiri secara langsung di TV.
Dia telah dengan selamba menyebut bahawa walaupun kekacauan politik terus berlaku di Thailand, matawang Baht tetap lebih kukuh dari negara ini.
Tetapi, tahukah dia bahawa kekukuhan Baht adalah disebabkan permintaan yang tinggi terhadap matawang itu akibat kemasukan pelancong asing?
Thailand menjana pendapatan yang tinggi melalui kemasukan pelancong asing dan 80% pelancong asing tidak berada di Bangkok, iaitu tempat berlakunya kacau bilau politik tersebut. Majoriti pelancong asing bersantai di pulau-pulau tengah dan selatan Thailand yang tidak terkesan dengan kekacauan di kota Bangkok.
Tetapi di negara ini, 50% hingga 70% pelancong asing tertumpu di Kuala Lumpur. Dengan kemasukan pelancong yang bukanlah dikira sebagai penyumbang terbesar GDP negara, ia turut tidak menyumbang kepada pengukuhan ekonomi melalui tukaran asing.
Nampaknya, sesetengah pihak suka menghalalkan sesuatu tanpa menyedari alasan yang mereka kemukakan hanya memalukan diri mereka kembali.

1 comment:
baru tgk blog anda...
Post a Comment