Wednesday, April 28, 2010

Sejarah Berulang: "Malay Leftist" Diperbodohkan Kafir.

Jika politik 1930an banyak dibawa oleh elemen mengindonesiakan jajahan British oleh orang Melayu dan mendapat sokongan besar orang Melayu pada ketika itu, hari ini, PKR dan PAS berada dalamperahu DAP untuk menyerang kolek orang Melayu.

Jika niat jahat British yang ditentang oleh orang Melayu pada ketika itu ialah niat menjadikan negara ini sebuah republik bernama Malayan Union atau United States of Malaya, sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat hakikatnya membawa kepada arah yang sama.

Hasil usaha orang Melayu menolak sistem republik telah mengekalkan survival Islam di negara ini untuk 80 tahun, sehingga hari ini.

Nampaknya kali ini, orang Melayu yang bodoh, masih lagi berani memilih untuk mengikut aliran ciptaan "British" yang dipakaikan pada DAP dan PKR.

Yang menjadi mangsa ialah makcik-makcik, pakcik-pakcik, aya-aya, aci-aci, apek-apek, nyonya-nyonya yang tak tahu apa. Buat masa ini, pertimbangan Bumiputra Sabah dan Sarawak adalah yang paling rasional berbanding Melayu, Cina dan India semenanjung yang telah dijangkiti virus politik jahat.

Maksud jahat ialah apabila kita dapat melihat dengan jelas ketegaran orang yang memperjuangkan Islam, bersemeja sebantal dengan orang yang cauvinis yang merupakan assabiah totok dan bertolong-tolong pula sesama mereka dalam menentang hukum Islam. Malah bukan mereka yang memimpin, malah dipimpin pula oleh orang yang meperolok-olokkan agama mereka.

Syaitan apakah yang merasuk mereka sehingga begitu tuli dan buta?

No comments: