Selamat hari jadi untuk UMNO untuk tahun ke 64 terus menjadi tunjang pemerintah negara sejak zaman Malaya lagi.
Seingat penulis, melalui cerita ibu, arwah nenek penulis berjalan kaki dari Tasek Gelugor ke Butterworth untuk menyertai gerombolan orang Melayu yang berusaha menubuhkan UMNO walaupun diancam bunuh ditepi jalan oleh Bintang Tiga.
Hari ini, pejuangan UMNO banyak bergerak dengan kereta mewah dan besar sehingga mereka lupa bahawa kuasa meletak atau menyingkirkan mereka ada pada golongan yang berjalan kaki.
UMNO perlu memantau perubahan angin Melayu Pakatan Rakyat yang 'menyertai UMNO' kebelakangan ini tidak mencetuskan pecah belah dalam parti kerana hakikat sebenar, banyak Melayu dalam UMNO masih bermentaliti pra PRU 12 2008. Mereka ini bila-bila boleh disanggah oleh mereka yang mempunyai otak dan peka kehendak masyarakat.
Lagi satu , UMNO perlu disuntik pembasmi virus dengan pemulauan golongan samseng yang cuba merampas parti ini dengan fitnah dan rekayasa menghasut.
No comments:
Post a Comment