Monday, June 14, 2010

Bukti Besar PAS Penghancur Islam

Banyak pengundi PAS hari ini tidak bermakna banyaklah ia membantu perpaduan umat tanpa berpaksikan politik. Barah politik dalam minda orang Melayu, PAS atau UMNO telah membuatkan masing-masing meninggalkan masjid yang merupakan tempat perpaduan Islam yang terulung.

Jahatnya British ialah apabila mencipta perlembagaan yang diarahkan untuk dirangka oleh bapa bapa kemerdekaan dulukala.

Setiap Melayu adalah Islam telah membuatkan setiap agenda untuk memajukan Islam akan dianggap sebagai bersifat perkauman.

Ini tidak boleh dinafikan kerana kebanyakan bukan Melayu bukan pribumi di Malaysia amat bodoh dan jahil berhubung soal Islam terutamanya apabila masuk Islam disebut masuk Melayu. PAS tidak bertanggungjawab pun dalam kerja-kerja damage control. Islam apakah PAS itu?

Usaha menyatupadukan orang Islam di negara ini pastinya akan ditentang oleh bukan Islam berniat jahat dan wajar digelar harbi atas nama, ianya adalah perkauman jika diukur pada perlembagaan.


Sebab itulah mereka menjajah sebuah parti islam yang kini terjerat dalam pakatan neraka jahanam.

Egonya orang Islam dalam PAS membuatkan mereka buta untuk melihat bahawa mereka sedang dijajah sekularisma.

Jika dilihat pada punca perpecahan hari ini, jari telunjuk harus dihalakan kepada PAS yang membawa sebahagian orang Islam ke jalan pembebasan dari Islam.

Lebih malang, mereka belum juga lagi sedar bahawa mereka sedang ditipu dan tertipu. Tiada pakar perlembagaan bersama mereka. Semua yang pakar adalah kafir harbi berniat jahat dan berminda sabotaj terhadap Islam.

PAS masih memperlihatkan kerja dakwah mereka langsung tiada, hatta jika atheist pun menyokong mereka, golongan itu harus dicinta hati nuraninya. Surau-surau kampung kubu kuat PAS masih tidak berciri kemasyarakatan dan sepi.

No comments: