Thursday, June 10, 2010

Malaysia Boleh Menjadi Iraq Kedua?

Menyambung kisah 'kuasa rakyat' atau 'mob power', contoh terbaik dalam bahaya 'mob power' ialah apa yang telah berlaku di Iraq. Itu adalah contoh yang Allah ciptakan sebagai pedoman dari orang yang mahu berfikir.

Meskipun Saddam Hussein tumbang bukan akibat dari pilihanraya, namun keterujaan rakyat Iraq yang sebelum itu mengundi dengan pen dan darah di jari menyokong Saddam Hussein berubah hati apabila mendapati Saadam Hussein tidak punya kuasa lagi.

Keseronokan mereka menenggelamkan kebencian mereka terhadap tentera penceroboh sehinggakan kuasa mereka terpamer di jalanan bersorak dan menyokong kejatuhan Saddam Hussein. Akhirnya, mereka mendapati, negara mereka sedang dirogol oleh kuasa dunia penjajah pasca Perjanjian San Francisco, yakni Amerika Syarikat.

Ketika bersorak, mereka tidak memikirkan masa depan mereka, maruah negara mereka, untung rugi negara mereka.

Begitulah yang kita dapat lihat apa yang ditaja oleh Anwar Ibrahim pada rakyat buta fikiran di negara ini. Yang sanggup turun dijalanraya bersorak menjerit agar jatuhnya kuasa sedia ada.

Sesungguhnya, apa yang dilihat di Iraq tidak mustahil berlaku di Malaysia, sebuah negara yang diidamkan oleh kuasa dunia kerana kedudukan yang strategik, malahan ada yang menyebut, tanah selatan yang dimaksudkan sebagai Ophyr (tempat terlonggok emas) dalam lagenda Nabi Sulaiman yang sangat dipegang kuat oleh Yahudi sehinggakan sejak zaman Ptolemy, tanah semenanjung disebut sebagai Golden Chersonese.

Malah, Gunung Ledang telah dinamakan Mount Ophyr sejak Portugis mula tiba di tanah ini.Hanya setelah merdeka, nama Mount Ophyr ditukar semula kepada Gunung Ledang. Dikatakan longgokan emas terlalu banyak di tanah ini pada zaman tersebut sehinggakan jambatan emas pun boleh terpacul sebagai lagenda. Tetapi penjarahan 446 tahun membuatkan kisah Emas di Semenanjung senyap sunyi

Sesungguhnya juga, negaraku Malaysia dalam bahaya sekiranya seorang pemimpin dikalangan 'mob power' diambil sebagai kepala. Hanya dengan itulah agenda Zionis akan tercapai untuk memiliki semula 'Ophyr' yang mereka merdekakan sedikit masa dahulu.

No comments: