
Mahkamah halang buku fitnah Anwar diedar
KUALA LUMPUR 17 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendapat perintah injunksi interim terhadap penulis buku bertajuk 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM yang didakwa mengandungi kata-kata bersifat fitnah terhadapnya.
Perintah tersebut melarang penulis buku itu, Khalid Jafri dan penerbitnya, Media Pulau Lagenda daripada menulis, menerbit, mengulangi, mencetak dan mengedarkan buku tersebut ataupun sebarang pernyataan fitnah mengenai Anwar.
Menurut kenyataan peguamcara yang mewakili Anwar, Tetuan Faiz & Co., perintah itu diperolehi dari Mahkamah Tinggi di sini petang ini.
Kenyataan itu juga menyebut bahawa Anwar tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang yang wajar dan bersesuaian bagi membela maruah diri dan kedudukan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
No comments:
Post a Comment