Saturday, December 04, 2010

Ketuanan Melayu Cuma 56.8%. Bukan 100%.

Benarkah Ketuanan Melayu itu seperti tuan dan hamba seperti dakwaan Anwar Ibrahim? Berapa peratuskah "Ketuanan Melayu" terpakai di negara ini? Mari lihat kupasan ini. Bermula dengan, katakan Ketuanan Melayu sebenar ialah 100% meliputi 10 aspek berikut. Kemudian dipecahkan disusun mengikut kepentingan, dikaji dan diberi himpunan markah.

1. Keagamaan (5) : Dengan tidak melaksanakan undang-undang Syariah, Melayu di Malaysia hilang 5 mata. Ini kerana menggunakan sistem demokrasi yang mesra Islam. Kalau tuan, ia akan memastikan hambanya menganut agamanya seperti di Amerika. Di sini, syariah di ambil separuh-separuh, markah pun dapat separuh la kan? Dengan mengambil kira 95% orang Islam negara ini adalah Melayu, maka tertolak lagi. Mata yang layak, 4.75

2. Ekonomi (5): Dengan pegangan ekuiti sebanyak 19%, Tuan yang ini memang sebenarnya adalah hamba! Kerana ekonomi menentukan seberapa banyak bantuan yang perlu 'tuan' ini dapatkan untuk memastikan keseragaman kuasa berbelanja. Sebab itulah 'tuan' ini mempunyai mata yang banyak dalam kuasa beli. Mata yang layak hanya 1.90

3. Pendidikan(4) : Membenarkan sistem vernakular. Kalau tuan, ia akan mengasimilasi hamba. Seperti di Amerika. Mata ditolak ialah pecahan populasi bukan Melayu yang mempunyai sekolah vernakular. Penduduk Bumiputra seramai 67% tetapi peratusan Melayu 57% sahaja. Tetapi peratus sekolah Tamil hanya mewakili 570 dari 9,922 buah sekolah atau 6%, merit diberi menjadi, mata yang layak, 6.04

4. Kesihatan (4): Sistem kesihatan Malaysia diyakini lebih kerakyatan. Maka Melayu cuma mendapat mata mengikut populasi 57%. Kalau tuan, ia akan tidak mempedulikan kesihatan hamba. Mati la kau kat situ! Dengan meletakkan seorang Menteri Kesihatan dari bukan Melayu, hilang 1 mata . Mata yang layak, 4.70

5. Sosialisasi (3): Jumlah orang Melayu adalah 57%. Kalau tuan, ia akan memastikan asimilasi berlaku ke atas hambanya seperti di Amerika. Dengan Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bukan Melayu yang bertutur bahasa ibunda perlu tahu walaupun secara berterabur, separuh dari baki peratusan menjadi merit untuk mata ini menjadi 7.85

6. Ekonomi (3): Kuasa beli orang Melayu cuma 75%. Kalau tuan, ia akan tidak berdagang dengan hamba. Mata yang layak ialah 7.50

7. Keagamaan (2) : Masjid untuk orang Islam yang 95% adalah Melayu dibiaya oleh kerajaan. Kalau tuan, ia akan memastikan hambanya menganut agamanya seperti di Amerika. Mengikutstatistik, sepanjang 2000 - 2010, RM30juta diperuntukkan untuk rumah ibadat bukan Islam. Seperti yang pernah dikuiri Nga Kor Ming yang menyebut antara 2000 - 2008 kerajaan memperuntukkan RM748.26 juta untuk membina rumah ibadat Islam, mata yang layak cuma peratusan 96% tersebut sahaja iaitu 9.6. Tetapi ditolak 5% kerana mereka bukan terdiri dari orang Melayu. Tinggal 9.10

8. Budaya (2): Oleh kerana pemakaian khazanah budaya serta kesusasteraan termasuk penggunaan aksara-aksara ibunda dibenarkan, yang dimiliknegarakan dilihat berimbang, Melayu cuma mendapat mata berdasarkan peratus populasinya sahaja.Kalau tuan, ia akan memastikan asimilasi berlaku ke atas hambanya seperti di Amerika. Mata yang layak ialah 5.70

9. Penjawat Awam (1): Penguasaan orang Melayu dalam penjawat awam dikatakan berjumlah77.4%. Kalau tuan, ia akan memastikan perkhidmatan awam milik mereka sepenuhnya. Hamba mana boleh join admin gomen! Maka dengan itu, mata yang layak ialah 7.74

10. Pendidikan (1): Dengan mempunyai sebuah universiti yang tidak boleh menerima mahasiswa bukan Bumiputra, kaum Bumiputra mendapat 1 mata merit. Tuan pun tak boleh bukak sekolah sendiri? Tetapi, cuma 85% sahaja dari Bumiputra itu Melayu. Mata yang layak menjadi 10.85

Seterusnya campurkanlah mata tersebut berdasarkan daraban pekali kepentingan seperti di dalam kurungan. Mata penuh adalah 300 manakala jawapan yang terhitung adalah 170.45.

Ini bermakna "Ketuanan Melayu" terlaksana 56.8%. Cuma 56.8% ! Paling menarik, angka populasi Melayu adalah 57%. Hanya berlegar pada populasinya sahaja!

Ini mengibaratkan apa yang disebut kelebihan Melayu ke atas kaum yang lain itu, sebenarnya tidak ada langsung! Melayu hanya diberikan hak dalam lingkungan selayaknya sahaja. Ini bukan ketuanan atas bangsa lain! Mengikis lagi hak orang lain setelah 'mencuri' 43.2% bukanlah perbuatan yang bermoral.

Nota kaki : Penulis tidak memasukkan institusi raja kerana negara republik seperti Indonesia pun mengalami masalah antara pribumi dan non-pribumi.

3 comments:

Dot said...

assalamu'alaikum ipohmalay,

kalau kita sentuh isu tuan tanah, tuan rumah, tuan kebun, semua tu tidak mencerminkan langsung melayu menjadi tuan! apa yg melayu ada hanyalah gelaran2 yg hebat. namun gelaran2 ini juga diperolehi oleh bukan melayu melalui pemberian2 raja melayu & rakyat yg mengundi mrk. pembangkang melayu & bukan melayu juga mempunyai gelaran2 yg hebat. kerana gelaran2 melayu yg hebat inilah agaknya melayu masih lagi menjadi pemimpin. jika hilang gelaran2 hebat ini, melayu mungkin akan ke laut akhirnya....

klonghoy said...

Tuan Melayu, ketuanan melayu piiirahhhh, Tuan Melayu Pencen Perdana Menteri dapat hadiah banglo RM11 Juta kat Jalan Mahameru, Bini Tuan Melayu nak ajar anak tadika dapat RM111 Juta. Tuan Melayu Penoreh Getah, Tuan Melayu Nelayan, Tuan Melayu Petani, Tuan Melayu Posmen, Tuan Melayu Askar dan berbagai-bagai lagi Tuan Melayu yang pencen dapat apa?

IPOH MALAY said...

takkan PM nak gred gaji nelayan kot.. hahaha... berat cirit lagi dah kne masuk opis pikir pasal hangpa..

maklumlah.. rakyat OKU semua.. kutuk kerajaan tapi ngemis simpati