Tuesday, March 08, 2011

Gadaffi Sedia Undur Diri, Mahu Keluar Dari Libya, Mahu Jaminan Keselamatan Diri, Keluarga Dan Harta Benda

Maklumat terbaru mendedahkan bahawa Muammar Gaddafi semalam telah menghantar perunding bagi pihaknya untuk berunding dengan Majlis Interim Nasional di Beghazi berkait kesediaannya untuk melepaskan kuasa dan meninggalkan Libya dengan jaminan keselamatan untuk dirinya dan keluarganya.

Sumber menyebut bahawa syarat yang ditetapkan oleh Ghadafi adalah seperti berikut : Kongres Rakyat (parlimen Gadaffi) akan mengisytiharkan Gadaffi meletak jawatan dan menyerahkan kuasa kepada Majlis Nasional. Sebagai balasan, Gadafi mahukan jaminan keselamatan untuk dirinya, keluarganya dan harta kekayaannya.

Dalam perbualan telefon dengan Asharq al-Awsat, sumber mendedahkan bahawa Gaddafi mahukan bantuan untuknya meninggalkan Libya, yang ingin dilakukan olehnya, tanpa bakal ada desakan dari mana-mana pihak untuk mengheretnya ke mahkamah antarabangsa.

Sumber tidak mendedahkan maklumbalas dari pihak Majlis dan hanya menyebut "belum ada maklumbalas rasmi berhubung tuntutan Gadaffi sama ada positif mahupun negatif". Walaubagaimanapun sumber tersebut menyebut bahawa iklim politik semasa Libya memungkinkan menolak segala bentuk rundingan dengan Gadaffi sekeras-kerasnya.

Sumber juga menyebut bahawa semalam, Gaddafi telah mengagihkan sejumlah senjata kepada "Abna al-Rafaq", sekumpulan muda-mudi yang setia kepadanya di Tripoli bagi mencetuskan huru-hara dan memperlihatkan gambaran yang mengelirukan di mata antarabangsa.

Sumber itu menyebut, golongan ini akan menguasai jalanan dan menembak secara rambang bagi mencetuskan kekacauan dan kepanikan dikalangan rakyat tatkala Gadaffi sendiri memanggil wartawan asing untuk membuat liputan di Tripoli.

Sumber : Asharq al-Awsat


Gaddafi sends negotiators to Benghazi
07/03/2011

By Jamaal Al-Qasass

Cairo, Asharq Al-Awsat- Informed Libyan sources in the city of Benghazi, where the headquarters of the Interim National Council are located, which has recently put forth its candidates to administer the country in the coming period, have revealed that Colonel Muammar Gaddafi yesterday sent a negotiator on his behalf to visit the Council. [Via the negotiator], the Libyan leader declared his readiness to abandon power and leave Libya, in return for ensuring the safety of himself and his family.

KLIK UNTUK BACAAN LANJUT

No comments: