Tuesday, June 28, 2011

Jawapan Untuk Wardina

KUDIS, KURAP DAN KUSTA yang tertempel di betis dan peha, jika tidak di selak kainnya, tidak akan kelihatan. Kerana empunya badan akan bermati-matian mengatakan betis dan pehanya putih mulus.

MORALITI sendiri menyebut seorang 'wanita baik' harus mengelakkan diri dari berada di RUMAH PELACURAN bagi mengelakkan diklasifikasikan sebagai PELACUR. Sekadar contoh. Jangan terasa pulak.

Ya, memang fitnah itu berdosa, TETAPI JANGAN LUPA, MEMBERI PELUANG UNTUK ORANG MENCIPTA FITNAH ADALAH SAMA BERDOSA. Tapi adakah blogger-blogger memfitnah?

SIAPA YANG YANG MEMALUKAN, MENJENGKELKAN DAN MENGHINA DIRI SENDIRI. Greenhorn, berhati-hatilah dalam mencekau income di sana-sini :

Soalan pertama saya. Salahkah? Ini adalah negara bebas di mana saya mempunyai hak duduk berbincang dengan sesiapa sahaja... Berbagai "versi" kini tersebar di internet. Hakikatnya mereka yang menulis ini semua memanglah menampakkan ketidakmatanagan dan memperihatkan rendahnya mentaliti dan cara pemikiran mereka. Saya terpanggil untuk menceritakan hal yang sebenar supaya anda boleh mendengar dari mulut saya sendiri. Tiada seorang pun "blogger" media baru itu menghubungi saya bertanyakan kisah sebenar. Bahasa dan cara mereka menulis mengerikan saya. Amat parah sekali jiwa mereka. Jika mereka ini mewakili UMNO dan BN, saya mengharapkan ada diantara pihak atasan "menegur" anak buah mereka ini....

- Saya telah dipanggil oleh YB Nik Nazmi untuk turut serta bersama dalam Karnival Mesra Rakyat bersama dgn Uthaya Sankar, Safee Sali dan ramai lagi pada pagi Sabtu tersebut. Saya yakin tiada agenda politik dalam program ini maka saya bersetuju. Saya diminta memberi MOTIVASI KEIBUBAPAAN (satu bidang yang memang dekat dengan hati saya)

- Akan tetapi saya tidak dapat hadirkan diri pada pagi tersebut kerana hal yang tidak dapat dielakkan, maka disuruh oleh YB untuk hadir pada majlis penutupan pada waktu malam pula. Saya bertanya apa sebenarnya program malam itu. Perlukah saya hadir? Kerana seikhlasnya saya sudah teramat penat kerana baru lepas pulang dari satu lagi program di SIRIM Shah ALam bersama 400 wanita dan remaja perempuan. YB menegaskan bahawa ramai menantikan kehadiran saya. He insisted me to come.

- Tiada siapa memberitahu saya apa agenda malam itu. Walaupun berkali-kali saya bertanya. Saya dibawa ke restoran untuk makan malam. Kemudian saya diberitahu YB Azmin sudah sampai. Saya tidak pula tahu, kerana tiada siapa memaklumkan kepada saya. YB Azmin bukanlah seorang penjenayah dan saya bukanlah seorang yang biadap.Kami berbual dan ini kali pertama saya berbual dengan beliau. Saya berjumpa dengan ramai orang...janganlah begitu jumud dalam pemikiran. Bagaimana pula gambar saya dengan Datin Seri Rosmah Mansur? Ada yang nak tolong sebarkan?

Saya sedar implikasinya sekiranya saya kelihatan duduk semeja dengan beliau. Tetapi saya merasakan bahawa amat perlu untuk kita tidak berfikiran sempit dan menghormati hak saya atau sesiapa sahaja untuk bertemu dan berbincang denagn sesiapa pun! Saya tidak melakukan kesalahan.

Saya dijemput berucap untuk memberi motivasi kepada penduduk di situ hanya untuk 10 minit. Saya jujurnya agak terkilan kerana diberi masa yang begitu singkat. Sepatutnya saya tidak perlu pun hadir. Tetapi saya ini orang yang berpegang kepada janji. Saya sepatutnya dimaklumkan dengan lebih terpenci mengenai apa yang akan berlaku.

Sepatutnya lebih berkesan jika saya turun padang dan mengadakan motivasi bersama ibu-ibu dalam kumpulan yang lebih kecil agar impaknya lebih terkesan. Saya megakui saya tidak berapa gemar dikaitkan dengan mana-mana parti politik dan saya amat dukacita dengan apa yang berlaku. Buat masa ni lebih banyak yang dapat saya sumbangkan sekiranya tidak menyertai mana-mana parti politik...anatara sebabnya juga saya merasakan kita di Malaysia belum mencapai satu tahap yang benar-banar 'matang dan tulus' maka saya sememangnya tidak teringin pun melibatkan diri dalam politik....

Tetapi saya percaya ada hikmahnya disebalik semua ini. Semoga kita bijak menilai dan tidak terpengaruh dengan orang-orang yang kronik dalam jiwa mereka. Blogger yang seolah-olahnya tiada kerja lain selain mencaci orang lain dan menulis dalam cara yang tidak ilmiah serta menjengkelkan. Tiada rasa malu dan bersalah menyebarkan fitnah pada saya (dan juga orang lain). Apa nak jadi dengan Malaysia? Apa nak jadi dengan oang Melayu? Bangunlah dan gunakanlah akal yang diberi ini kita ini untuk berfikir....

No comments: