Wednesday, April 04, 2012

Malaysia Cetuskan Amuk Di Indonesia Lagi!

Malaysia kembali menjadi sasaran rakyat Indonesia! Kali ini bukan maki hamunnya kepada negara ini, tetapi kepada pemerintah Indonesia yang dikatakan telah menipu mereka semasa menyebut 'petrol di Indonesia lebih murah dari di Malaysia'.

Ini berikutan dari laporan Detiknews bertajuk Pemerintah Malaysia Pilih Pertahankan Subsidi BBM untuk Rakyatnya telah mengemukakan satu fakta yang kebanyakannya baru diketahui oleh rakyat Indonesia.

Rupa-rupanya minyak gred oktan paling rendah yang digunakan di Malaysia ialah RON95! Ini berbeza dengan Indonesia yang masih menggunakan RON88 sebagai minyak paling rendah kualitinya. Maka benarlah secara harga bahan bakar paling murah boleh di dapati, Indonesia menawarkan harga lebih rendah. Tetapi bagaimana pula dengan kualiti?

Rakyat Indonesia mulai sedar bahawa perbandingan bahawa minyak di Indonesia lebih rendah harganya dari minyak di Malaysia adalah dusta semata-mata kerana kualitinya tidak disebutkan.

Ini kerana RON95 adalah setaraf petrol Pertamax Plus yang dijual pada harga Rm3.60 seliter di Indonesia dan tidak menjadi pilihan hatta oleh orang-orang kaya di Indonesia kerana dianggap 'mahal' dan tidak mampu diguna rakyat.

Lebih teruk, golongan kaya, kelas menengah, yang menaiki kereta-kereta mewah di Indonesia turut menggunakan minyak RON88 yang bersubsidi! Ini mencetuskan kemarahan berlipat ganda rakyat berpendapatan kecil.

No comments: