Friday, April 20, 2012

Percetakan Dakyah Merosak Akidah Bakal Berleluasa


Masa untuk mendidik ilmu agama yang bukan sahaja mencukupi, malah yang mapan ke atas anak-anak kita telah tiba. Dek kerana terlalu dimanjakan oleh pemerintah sebelum ini, ibubapa mengambil mudah pendidikan agama ke atas anak-anak sehingga penerbitan Injil dalam bahasa Melayu pun menjadi kekhuatiran besar sebahagian masyarakat Islam di negara ini.

Namun, apa yang diluluskan di Dewan Rakyat jam 2.20 pagi tadi seharusnya dilihat secara positif dari hasil negatif di mana ia akan menjadi kesempatan bagi sesetengah pihak untuk meniru dakyah Kristianisasi dan pluralisme di Indonesia yang sebenarnya tidakpun mengakibatkan berlaku gejala kemurtadan besar-besaran. Malah masih ramai sahaja penganut Kristian di Indonesia memeluk Islam hari demi hari.

KUALA LUMPUR: It was a significant leap for the publishing industry when the Printing Presses and Publications (Amendment) Bill 2012 was passed in the Dewan Rakyat at 2.20am on Friday.

The Bill was passed without amendments.

The Bill does not only do away with the requirement to renew a permit annually, but allows publishers to challenge in court any decision by the Home Minister to revoke or suspend permits.

The Bill, along with other legislation to broaden civil liberties, is part of the Government's political transformation efforts.


Kita pasti dapat melihat bahawa akan ada berbagai lagi risalah, akhbar, majalah dan medium bercetak dari pihak dalam atau luar negara yang akan melipatgandakan usaha untuk merosakkan pegangan Islam dikalangan umat Islam di negara ini khususnya golongan muda yang lemah pegangan Islamnya.

Inilah kehendak Allah untuk negara ini mulai saat ini. Maka janganlah ada pihak yang hendak melawan ketentuan Allah yang mengilhami mereka-mereka yang terlibat untuk meliberalisasikan hal ini kerana dari sudut positifnya, ibu bapa tidak lagi boleh lari dari tanggungjawab untuk mengisi minda dan mengisi kekosongan jiwa anak-anak mereka yang tandus ilmu keagamaan yang selama ini mereka alpakan.


No comments: