Ketika puak pembangkang melaung-laungkan 'kebangkitan' ala kuih bangkit mereka yang rapuh , supaya meniru kebangkitan ala-Mesir, negara Mesir pimpinan terbaru mengambil langkah meniru negara kita tercinta Malaysia, malah memuji Malaysia sebagai model negara Islam untuk dicontohi.
Ini sangat memalukan pembangkang. Ahli Parlimen Lembah Pantai yang berdegar dengan seruan tersebut seharusnya jika sebagai seorang manusia normal, wajarlah terkedu malu. Tetapi dia bukan manusia normal.
Pembaca berita tv Mesir tampil bertudung
KAHERAH 3 Sept. - Buat pertama kalinya, penyampai berita wanita di negara ini muncul di kaca televisyen dengan memakai tudung, semalam selepas kerajaan baru Mesir menarik balik larangan pengharaman yang dilaksanakan sejak beberapa dekad lalu.
Larangan tersebut berakhir apabila pembaca berita Fatma Nabil muncul dalam buletin berita stesen rasmi televisyen tengah hari semalam, dengan memakai tudung kepala berwarna krim dipadankan dengan suit hitam.
Pengharaman pemakaian tudung di kalangan pembaca berita wanita dikritik ramai termasuk golongan liberal dan aktivis hak asasi manusia kerana didakwa melanggar kebebasan individu, terutama di negara yang mana lebih separuh daripada wanitanya memakai tudung.Perubahan tersebut merupakan langkah terbaru di bawah pimpinan Presiden Mesir, Mohammed Mursi ke atas media rasmi kerajaan.
Beberapa minggu lalu, Dewan Tinggi Parlimen atau Majlis Syura, menukar pengarang media rasmi kerajaan dan hampir 50 lantikan baru terdiri daripada kumpulan yang menyokong Mursi.
Sementara itu, Kesatuan Wartawan Mesir menuduh kumpulan Ikhwan Muslimin yang dipimpin Mursi cuba menjadikan media sebagai suara mereka.
Banyak pihak menyatakan kebimbangan mereka terhadap kepimpinan Mursi, yang didakwa akan memberi kelebihan kepada golongan pro-Islam dalam usaha melaksanakan perubahan terhadap birokrasi dan juga menangani krisis kemiskinan dan ekonomi negara.
Nabil telah bekerja selama setahun bersama saluran televisyen Ikhwan Muslimin, Misr 25, selepas dia dihalang muncul di televisyen tempatan kerana memakai tudung.
Selepas pelantikan Menteri Penerangan baru, Salah Abdel-Maksoud juga daripada Ikhwan Muslimin, Nabil diberi lampu hijau untuk muncul kembali di kaca televisyen.
"Memakai tudung adalah keputusan peribadi, ia tidak ada kena mengena dengan standard seorang pembaca berita, semuanya berdasarkan profesionalisme, kemahiran dan juga kebijaksanaan," kata Nabil. - AP
No comments:
Post a Comment