Kempen pembangkang yang sentiasa menyalahkan UMNO dalam apa-apa ketempengan mereka telah menjadi senjata makan tuan.
Ramai individu yang dekenali ramai kini memihak untuk menyertai UMNO. Pemain skuasy negara, Mohd Azlan Iskandar mengambil keputusan menyertai Umno, sekali gus menjadi atlet ternama pertama menyertai parti politik.
Penyerah borang menyertai Umno Segambut diadakan pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Segambut Ahad lalu.
Azlan ketika dihubungi berkata, penyertaannya dalam politik kerana percaya dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan percaya dengan sistem kerajaan sedia ada.
“Penyertaan ini adalah dari saya sendiri dan tidak dipengaruhi siapa-siapa, malah pada orang yang mengenali saya, mereka tahu saya bukan jenis yang mudah dipengaruhi,” katanya, kepada Sinar Harian.
Dalam pada itu, Azlan turut mengakui akan mengundi buat pertama kalinya pada PRU akan datang setelah kembali menetap di Malaysia awal tahun ini.
Katanya, dia menetap di England sejak berumur 16 tahun, dan tidak mendapat pendedahan yang sewajarnya dalam memberi kesedaran untuknya melaksanakan tanggungjawab mengundi.
“Sekarang umur saya 30 tahun dan saya rasa lebih baik saya mulakan sekarang daripada langsung tidak,” katanya.
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Segambut, Datuk Kamarudin Ambok, berkata, pihaknya amat mengalu-alukan penyertaan golongan muda dalam Umno terutamanya golongan profesional.
“Pihak Umno tidak menawarkan apa-apa, kerana penyertaan Azlan ini atas dasar dia sendiri mahu berkhidmat dalam Umno. Jadi saya harap ia dapat menjadi ikutan golongan muda,” katanya. - Sinar Harian
No comments:
Post a Comment